Home Novel Keluarga WASITAH
WASITAH
Abdul Rahim Awang
18/12/2019 09:01:44
17,627
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
PROLOG
Dia tidak lekang daripada tabiat yang menjadi amalannya semenjak bertahun-tahun berkhidmat dalam angkatan tentera – berdiri dan merenung imej wajah dan susuk tubuhnya dari atas hingga ke bawah dalam cermin setinggi dua meter yang terlekat pada dinding, sebelum keluar meninggalkan bilik. Cuma, kali ini, dia bukan sekadar memeriksa dan memastikan kekemasan wajah dan pakaiannya, tetapi dipengaruhi oleh kata-kata Husni ketika mereka makan bersama tengah hari tadi, kata-kata yang terus terngiang-ngiang di telinganya ….

“Sampai bila engkau nak membujang, Fur?” Itulah soalan pertama yang diajukan Husni setelah mereka berbual-bual kosong tentang cuaca dan kesibukan lalu lintas di bandar raya.

“Baru dua tahun, Hus” dia membalas pantas. Walaupun bukan jawapan tetapi lebih berupa alasan, dia berharap Husni faham tentang ketiadaan minatnya untuk berbicara tentang keadaan hidupnya. Lukanya masih pedih. Kesalan masih menyelubungi perasaannya. Dia tidak mahu perkara itu mejadi tajuk perbualan mereka.

“Dua tahun sudah terlalu lama untuk orang macam kita, Fur,” balas Husni. Masih tidak berpuas hati dan masih mahu mempersoalkan tentang kehidupan bujangnya.

Dia tidak menjawab. Dia sedar niat suci Husni, teman rapatnya semenjak sama-sama bujang dan mula menjalani latihantentera dulu. Husni memang selalu mengambil berat dan mengambil tahu tentang dirinya.

Dia juga sedar Husni tidak mungkin faham apa yang sedang dialami dan dirasakannya kerana Husni memang tidak boleh hidup sendirian. Husni orang pertama dalam kalangan mereka yang tamat latihan serentak mendirikan rumah tangga. Baru-baru ini Husni kahwin semula dengan seorang wanita muda dan belum pernah berumah tangga, selepas tidak sampai tiga bulan isteri pertamanya meninggal dunia.

Tindakan Husni itu menjadi gurauan teman-teman, mengatakan Husni menangis di tanah perkuburan arwah isterinya dengan mata liar memandang keliling mencari calon pengganti. Ada pula yang mengherdik dengan kata-kata, ‘tanah kubur masih merah dan basah, Husni sudah mencari pengganti’. Tidak kurang pula yang menuduh Husni memang telah lama meminati isteri barunya dan sentiasa mengharap arwah isteri lamanya segara meninggal dunia.

Dia tidak pernah bersangka buruk terhadap Husni.

Tetapi dia bukan Husni!

“Kalau engkau mahu, aku boleh minta Faridah carikan calon,” Husni menambah, merujuk kepada isteri barunya.

Dia tidak menjawab.

Husni tersenyum. “Tapi orang macam engkau takkan perlukan bantuan, kan? Tentu banyak pilihan.”

Dia tetap tidak menjawab.

“Jangan teralu memilih, Fur,” Husni menyambung. “Orang macam kita sudah tidak ada masa untuk terlalu memilih.”

Dia masih tidak menjawab.

“Tetapi, semenjak dulu pun, engkau memang terlalu memilih, kan?” Husni menyambung lagi, dalam bentuk soalan pula. “Kalau tak silap, antara semua kawan-kawan kita, engkau paling lambat kahwin, kan?”

*****
Pemandu kereta Proton Waja kelabu yang melewati di hadapan rumah Datuk Ghafur tersenyum sendiri. Seperti yang dijangka, kereta Datuk Ghafur terletak di poc, bererti Datuk Ghafur ada di rumah.

“Lokek!” katanya dalam hati. “Bukannya tidak mampu nak menggajikan driver, tetapi masih mahu memandu sendiri juga!”

 Dia memandu terus ke hujung jalan, membuat pusingan-U, berhenti dan mempertimbangkan semula rancangannya. Bukan kerana tidak yakin, tetapi mahu memilih kaedah paling sesuai untuk melaksanakannya.

Dia melemparkan pandangannya ke arah banglo yang dianggapnya sebagai lambang ego Datuk Ghafur. ‘Lambang ego’ kerana dia berasa Datuk Ghafur tidak memerlukan kediaman sebesar dan secantik itu.

Satu pembaziran, katanya dalam hati. Tidakkah lebih berfaedah kalau wang yang digunakan untuk membina banglo itu diagih-agihkan kepada orang-orang yang memerlukan, terutama anak-anak dan menantu-menantunya? Apa gunanya banglo yang tersergam indah, tetapi sepi. Cuma dua daripada sepuluh biliknya berpenghuni – Datuk Ghafur sendiri, sendirian dalam bilik utama, dan pembantu rumahnya, seorang wanita Indonesia berusia 50an, di bilik belakang.

Dia tahu setiap sudut, susun letak perabot dan keadaan dalam banglo itu. Dia boleh masuk untuk melakukan apa yang mahu dilakukannya dengan mudah.

Tetapi perlukah dia bersusah payah masuk ke dalam banglo?

Dia memandang keliling.

Dia boleh melakukan apa yang mahu dilakukannya di luar kerana banglo Datuk Ghafur terpencil di hujug jalan. Kediaman terdekat terletak hampir seratus meter dari situ, di kepala simpang. Keadaan di situ pula, seperti kawasan-kawasan perumahan mewah lain juga, sunyi dan tenang.

Dia juga terlalu tahu rutin harian Datuk Ghafur, lalu membuat keputusan untuk menunggu di luar sahaja.

*****
Datuk Ghafur berpusing meninggalkan cermin, mencapai songkok dari atas meja sisi dan melangkah ke luar bilik.

Dia berhenti di ruang tamu, berpaling dan memandang ke arah bahagian dalam rumahnya. Ketiadaan penghuni dan kesamaran cahaya mata hari petang yang meyusup masuk melalui tingkap-tingkap cermin tertutup dan berlangsir tebal mencetuskan ingatannya kepada soalan Husni tengah hari tadi: ‘Sampai bila engkau nak hidup sepi macam ini?’. Soalan itu menyemarakkan perasaan sepi yang memang terpendam dalam hatinya.

Sambil mengeluh perlahan, dia berpusing dan melangkah ke pintu hadapan.

Tiba di poc, dia berhenti dan meraba dalam poket baju Melayunya.

Dia teragak-agak dan berfikir seketika, samada mahu masuk semula ke dalam untuk mengambil kunci kereta atau berjalan kaki sahaja ke surau yang hanya lebih kurang 150 meter dari rumahnya.

Dia melihat jam di lengannya. Cukup masa untuk sampai ke surau sebelum azan maghrib dilaungkan, lalu melangkah mininggal poc dan keluar melalui pintu pagar hadapan rumahnya.

Tiba-tiba dia mendengar bunyi enjin kereta semakin mendekat dari arah belakang. Cepat-cepat dia berpaling untuk melihat. Kerana kereta yang dipandu laju ke arahnya itu sudah terlalu dekat, dia tidak sempat mengelak, tetapi spontan melompat dan menjatuhkan tubuhnya ke atas bonet dan bergolek ke tepi.

Dia cuba bangun dan memandang ke arah kereta yang semakin menjauh. Pehanya terlalu sakit. Dia terkulai dan terbaring di atas tarmac.

Dia tetap tidak mejawab.

“ Cuma kita bukannya muda macam dulu lagi,” Husni mengingatkan. “Pada usia sekarang ini, kita tidak ada masa untuk terlalu memilih.”

Dia merasakan ungkapan ‘usia’ yang diafazkan oleh Husni memberikan ruang untuknya menamatkan bebelan rakannya itu.

Dengan harapan Husni akan mengalih arus perbualan mereka, dia berkata, “Mana ada perempuan yang mahu bersuamikan lelaki tua macam aku ni?”

Harapannya meleset. Husni bukan sahaja tidak mengalih arus perbualan mereka, malah menjadi semakin teruja. Sambil membeliakkan mata, Husni merenung tepat wajahnya dan dengan lantang dan tegas bertanya, “Bila kali terakhir engkau tengok cermin? Atau, semenjak dua tahun kebelakangan ini engkau sudah tidak berminat tengok cermin lagi?”

Kerana menyedari kelantangan suara Husni menarik minat dan perhatian pelanggan-pelanggan lain di restoran, dia mengambil keputusan untuk tidak menjawab. Lagipun, dia berasa tidak perlu menjawab. Sebagai rakan yang telah berpuluh tahun saling mengenali fiil masing-masing, Husni cukup arif tentang perangai dan tabiaatnya.

Husni juga menyedari kelantangan suaranya menarik perhatian pelanggan-pelanggan lain di situ. Lalu, dengan nada rendah hingga bagaikan berbisik sahaja pula, dia menyambung, “Engkau sedar tak, engkau sebenarnya kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar engkau? Engkau masih tampan dan segak. Orang-orang yang tidak benar-benar mengenali engkau tidak akan tahu yang engkau telah berusia enam puluh sembilan tahun.”

Dia menyentuh rambutnya sambil berkata, “Ini apa? Tidakkah ini melambangkan usia aku?”

“Orang muda pun ramai yang beruban, Fur.” Husni tidak setuju. “Lagipun, rambut engkau yang hampir keseluruhannya berwarna perak itu menambahkan seri wajah engkau. Ia lambang peribadi engkau ... tegas, matang, konfiden. Rambut beruban engkau itu bukan liability, tetapi asset!”

Dia menggeleng. Tidak mahu terpengaruh dengan pujian Husni.

“Apa ada pada usia?” Husni menambah. “Age is just numbers. Angka-angka saja, tidak membawa sebarang makna.”

“Age defines a person,” dia membalas, tidak mahu membiarkan Husni membebel sesuka hati lagi. “Kita dilambangkan melalui usia.”

“Setuju!” Husni juga membalas. “Tapi cuba engkau fikirkan, apa yang diharapkan oleh wanita daripada lelaki? Lelaki seperti manakah yang dianggap ideal dijadikan suami?”

“Tentunya bukan lelaki tua macam aku!” dia berkata tegas.

“Salah tu!” Husni tidak setuju. “Engkau mungkin tidak sedar. Engkau sebenarnya boleh dikategorikan sebagai a very eligible bachelor.”

Dia sekadar menggangkat kening dan mengerut dahi sambil merenung wajah Husni.

“Status bujang menjadikan engkau lelaki yang cukup layak dijadikan calon suami,” Husni mmenyambung.

“Bujang ganyut,” katanya sambil tersenyum.

“Tua, tapi belum ganyut,” balas Husni. “Kriteria utama bagi wanita dalam memilih calon suami ialah security … jaminan hidup.

Engkau lebih daripada mampu memberikan jaminan yang diharapkan. Engkau kaya!”

Dia menggeleng.

“Apa?” Husni bertanya. “Engau tidak mahu mengaku engkau kaya?”

Dia tidak menjawab, tetapi melihat jam di lengannya.

“Sampai bila engkau nak hidup sepi macam ini?” Husni bertanya lagi.

Dia mengangkat tangan memanggil pelayan. “Aku minta maaf, Hus. Aku tak boleh lama-lama lagi dengan engkau di sini. Ada meeting petang ini.”

Husni tersenyum mengerti. “Engkau masih tidak berubah. Kalau tidak suka dengan perkara yang dibincang, terus beri alasan untuk belah.”

“Bukan alasan,” dia menjawab sambil menandatangani bil yang dibawa oleh pelayan. “Aku memang ada meeting petang ini.”

Dia bangun dan menghulur tangan kepada Husni.

“Whatever you say, my friend,” balas Husni sambil turut bangun dan menyambut tangnnya.

Mereka bersalaman sebelum berpisah.

*****
Pemandu kereta Proton Waja kelabu yang melewati di hadapan rumah Datuk Ghafur tersenyum sendiri. Seperti yang dijangka, kereta Datuk Ghafur terletak di poc, bererti Datuk Ghafur ada di rumah.

“Lokek!” katanya dalam hati. “Bukannya tidak mampu nak menggajikan driver, tetapi masih mahu memandu sendiri juga!”

 Dia memandu terus ke hujung jalan, membuat pusingan-U, berhenti dan mempertimbangkan semula rancangannya. Bukan kerana tidak yakin, tetapi mahu memilih kaedah paling sesuai untuk melaksanakannya.

Dia melemparkan pandangannya ke arah banglo yang dianggapnya sebagai lambang ego Datuk Ghafur. ‘Lambang ego’ kerana dia berasa Datuk Ghafur tidak memerlukan kediaman sebesar dan secantik itu.

Satu pembaziran, katanya dalam hati. Tidakkah lebih berfaedah kalau wang yang digunakan untuk membina banglo itu diagih-agihkan kepada orang-orang yang memerlukan, terutama anak-anak dan menantu-menantunya? Apa gunanya banglo yang tersergam indah, tetapi sepi. Cuma dua daripada sepuluh biliknya berpenghuni – Datuk Ghafur sendiri, sendirian dalam bilik utama, dan pembantu rumahnya, seorang wanita Indonesia berusia 50an, di bilik belakang.

Dia tahu setiap sudut, susun letak perabot dan keadaan dalam banglo itu. Dia boleh masuk untuk melakukan apa yang mahu dilakukannya dengan mudah.

Tetapi perlukah dia bersusah payah masuk ke dalam banglo?

Dia memandang keliling.

Dia boleh melakukan apa yang mahu dilakukannya di luar kerana banglo Datuk Ghafur terpencil di hujug jalan. Kediaman terdekat terletak hampir seratus meter dari situ, di kepala simpang. Keadaan di situ pula, seperti kawasan-kawasan perumahan mewah lain juga, sunyi dan tenang.

Dia juga terlalu tahu rutin harian Datuk Ghafur, lalu membuat keputusan untuk menunggu di luar sahaja.

*****
Datuk Ghafur berpusing meninggalkan cermin, mencapai songkok dari atas meja sisi dan melangkah ke luar bilik.

Dia berhenti di ruang tamu, berpaling dan memandang ke arah bahagian dalam rumahnya. Ketiadaan penghuni dan kesamaran cahaya mata hari petang yang meyusup masuk melalui tingkap-tingkap cermin tertutup dan berlangsir tebal mencetuskan ingatannya kepada soalan Husni tengah hari tadi: ‘Sampai bila engkau nak hidup sepi macam ini?’. Soalan itu menyemarakkan perasaan sepi yang memang terpendam dalam hatinya.

Sambil mengeluh perlahan, dia berpusing dan melangkah ke pintu hadapan.

Tiba di poc, dia berhenti dan meraba dalam poket baju Melayunya.

Dia teragak-agak dan berfikir seketika, samada mahu masuk semula ke dalam untuk mengambil kunci kereta atau berjalan kaki sahaja ke surau yang hanya lebih kurang 150 meter dari rumahnya.

Dia melihat jam di lengannya. Cukup masa untuk sampai ke surau sebelum azan maghrib dilaungkan, lalu melangkah meninggal poc dan keluar melalui pintu pagar hadapan rumahnya.

Tiba-tiba dia mendengar bunyi enjin kereta semakin mendekat dari arah belakang. Cepat-cepat dia berpaling untuk melihat.
Kerana kereta yang dipandu laju ke arahnya itu sudah terlalu dekat, dia tidak sempat mengelak, tetapi spontan melompat dan menjatuhkan tubuhnya ke atas bonet dan bergolek ke tepi.

Dia cuba bangun dan memandang ke arah kereta yang semakin menjauh. Pehanya terlalu sakit. Dia terkulai dan terbaring di atas tarmac.
Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Abdul Rahim Awang