Home Novel Keluarga DOA CINTA HERSALINA
DOA CINTA HERSALINA
28/1/2014 19:47:48
41,436
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
PROLOG

Aku mengimpikan bahagia. Namun ia tidak pernah tercapai.Jauh dari gapaian tanganku. Di hatikuini hanya ada derita yang menjamah ragaku sehingga aku sudah tidak mampu untuk merasai apa itubahagia. Acapkali aku bertanya pada diri sendiri, adakah aku tidak patut bahagia? Selayakanya akuapa di pandangan mata mereka, ahli keluargaku? Justeru di mana aku harus di tempatkan Ibu? Dihatimu atau pada kebencianmu yang semakin menghitam itu? Ibu langsung tidak memahami.Apatahlagi mahu mengerti. Betapa malamku sangat merindui belaian seorang insan yang bergelar ibu.

Mahu didodoi dan disayangi. Dikasihi dan dimengerti. Ibu tidak tahu akan semua itu. Aku yang terpaksa menempuhinya ibu. Larut derita dalam sepi keseorangan. Ibu, sungguh waktu dahulu, aku selalu berdoa pada Dia. Agar aku dikurniakan ibu yang lain andainya ibu sudah tidak menyayangiku. Sudah tidak mahukanku lagi. Duduklah tempatku, dan mereka akan merasa betapa sakitnya sekeping hati kecil ini ditidak-tidakkan oleh ibu sendiri. Apakah makna kewujudanku di pandangan matamu, Ibu? Ibu, maafkanlah andai setiap bilah kataku ini sentiasa bakal membuatkanmu sakit hati nanti.

Sakit ibu menampar dan memukulku masih belum apa-apa lagi jika dibandingkan denganrengsa di dalam hati kecil ini. Aku memahami mengapa ibu tidak pernah sekelumit pun menerimaku. Hanya kerana aku tidak sah taraf, ibu nafi dan sisihkan aku seluruh hayat ibu. Begitu pun payah aku berusaha, meraih kasih sayangmu, aku sendiri hampa ibu. Ibu tidak pernah mahu menyayangi aku malah ibu terus-terusan membenci aku hanya kerana kesalahan yang aku tidak tahu.

Adilkah hidup ini buat aku, ibu? Itu semua kerja Tuhan. Aku hanya manusia yang menempuhi dengan ketabahanwalaupun terkadang aku tidak mampu melaluinya. Aku lelah ibu. Kadang-kala, setiap malam akumenangis di hadapan Dia Yang Maha Mendengar tentang ibu. Dia mendengar setiap rintihanku.Setiap keluh kesahku. Setiap apa yang mahu aku katakan. 

Tentang bagaimana seorang anak yangbegitu ingin sekali disayang dan dimengerti hatinya. Tentang bagaimana seorang anak yangmenginginkan ibu, tempat aku mengadu apabila ada masalah. Tempat aku bermanja-manja. Tempatuntuk aku berkasih-kasihan. Di dunia ini tiada lain yang aku harapkan selain kasih sayangmu ibu.Tapi perkara itulah yang paling sukar untuk aku gapainya. Payah sekali sehingga aku terpaksamengorbankan segala-galanya.

Apakah benar kasih ibu membawa ke syurga? Mungkinkah sebab ituaku payah sekali untuk meraihnya? Apakah benar syurga itu di bawah telapak kaki ibu? Sehinggakadang-kala aku terpaksa menahan sakit kerana ibu selalu menyepakku? Ibu, andai ibu mengertiakutidak pernah mahu untuk dilahirkan sebegini. Takdir Allah telah menentukan segala-galanya. Aku redha di atas ketentuan-Nya.

Ibu, andai ibu mengerti walau sekali, aku cukup bersyukur padaIlahi.Tapi semuanya itu tidak pernah memungkinkan ia terjadi. Walaupun sekali aku harapkannyaterjadidalam hidupku ini. Ibu, mengertilah aku mahu disayangi. Seperti anak-anak yang menyayangiibunya. Aku mahu dicintai. Seperti anak-anak mencintai ibunya. Dan aku mahu dikasihi. Sepertianak-anak mengasihi ibunya sehingga akhir nyawa mereka. Maka ibu, benarkanlah aku... untuk sekali ini sahaja.


Next: 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.