Home Novel Cinta Aku Ikhlas Kau Pergi
Aku Ikhlas Kau Pergi
fatyyn_cool
22/7/2021 03:18:30
6,204
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1

(Di kantin kolej)


"Wey farish kau tengok wanita tu. Cantik kan? Test kau kan tu?". kata Haziq kepada Farish sambil menujuk ke arah sekumpulan wanita yang tidak jauh dari mereka.


"Mana-mana?" balas Farish sambil melihat ke arah yang ditunjuk oleh Haziq.


"Alah tu. Wanita yang pakai baju seksi tak cukup kain tu. Yang warna hijau tu. Kau nampak ke tak?" jawapan yang diberikan Haziq membuat kan Farish tergelak mendengarnya.


"Hahahaha sengal. Nampak nampak. Kenapa dengan budak tu?". Farish berasa pelik apabila kawannya menyuruhnya memandang ke arah yang ditujukkan tidak jauh daripada meja mereka. 


"Kau tak nak try ke wey?" kata Haziq kepada kawannya dengan senyuman yang mempunyai maksud. 


"Cantik doh budak tu. Walaupun tak boleh buat isteri tapi untuk buat ke sana ke sini boleh lah." kata Aizat menyampuk perbualan antara Farish dengan Haziq.


"Betul jugak kata kau Haziq. Tapi jap. Habistu si Zarina aku nak letak mana?" tiba tiba Farish terfikirkan kekasih hatinya si Zarina. 


"Alah kau ni, kau ni handsome bodoh. Semua wanita Kat kolej ni syok dekat kau. So setakat hilang si Zarina tu. Kau boleh cari yang lain lah bro" jawab Haziq dengan selambanya


Aiman: Betul betul. Si Zarina tu boleh bagi aku atau kawan kawan Kau yang lain. Hahahaha


Farish: Hahahaha bodoh lah korang berdua ni. Tapi betul jugak. Jap jap. Aku try.


(Farish dengan beraninya pergi ke arah sekumpulan wanita yang dikatakan oleh mereka tadi) 


Farish: Hai. Nama awak apa? (Menghulurkan tangan untuk berjabat tangan tanda salam perkenalan)


Alia: Hai. Nama saya alya. Kenapa? (Tidak menghulurkan tangan dan hanya memandang Farish sekilas sahaja. Selepas itu, sambung borak dengan kawan kawan dia)


Farish: Sombongnya awak ni. Sampai hati tak nak sambut tangan saya tanda salam perkenalan.


Alia: Wajib ke? Lagipun awak siapa? Saya kenal awak ke? Atau kita pernah kenal ke? Tak pernah kan. So okey. Saya tengah busy ni. Awak tak nampak ke? 


Farish: Ohhh. Memang lah awak tak kenal saya. Saya pun tak kenal awak. Tu sebab saya nak berkawan dengan awak. Awak sudi tak nak berkawan dengan saya?


Alia: Tak sudi dan tak nak. Terima kasih


Farish: ohhh okey sombong yer. Baiklah. (Berlalu pergi meninggalkan sekumpulan wanita itu dan kembali ke arah meja kawan kawan dia kembali)


Aiman: Macam mana? Dapat tak?


Haziq: Confirm lah dapat. Kawan kita ni tak pernah kena reject kau tahu tak.


Farish: Dapat kepala otak kau. Sombong bodoh perempuan tu. Dia ingat dia siapa. Dia salah orang lah nak tolak aku. 


Haziq: Serious lah dia tolak kau. 


Farish: Yer bodoh. Dia tolak aku depan kawan kawan dia. Perghh memang shit betul lah perempuan tu. Geram betul aku.


Haziq: Perghh perempuan tu tak tahu kau macam mana agaknya. 


Farish: Takpe takpe. Biar sekarang dia tolak aku. Aku akan pastikan dia yang terkejar kejar aku. Tengok lah. Aku akan buat hati dia cair dengan kelakuan aku. 


Aiman: Macam tulah. Ini lah Farish yang kita orang kenal siak. Kau kena buat macam macam supaya dia suka kan kau. Aku rasa dia berlagak je tu nak suruh kau terhegeh hegeh Kat dia. Padahal siapa je tak kenal kau.


Farish: Kalau macam itu yang dia fikir. Dia silap orang lah nampaknya. Aku akan buat dia tergila gila kan aku. Nanti bila tiba saatnya aku yang akan tinggalkan dia. Hahahaha. (Berasa marah bila pertama kali ada seorang wanita yang berani tidak menerima dia) 


Atiqah: Wey alia, berani kau tolak dia. Rugi doh tolak dia. Dia lelaki yang paling handsome dan famous kat kolej kita tau. Semua budak perempuan tergila gila kan dia. 


Alia: Aku tahu. Aku pun kenal dia je sebenarnya. And aku pun suka kan dia. 


Nana: Hahhh? Kau ni mana satu yang betul doh. Kejap tak kenal lepastu kejap kenal. Then kejap tak suka lepastu kejap suka pulak. Kau ni gila ke apa?


Atiqah: Haah lah Alia. Betul kata Nana tu. Kau kenapa doh?


Alia: Sebenarnya aku pun suka kan dia. Tapi aku tak nak lah jadi wanita yang mudah terima dia. Aku nak dia tu terhegeh hegeh dekat aku. So takde lah nanti dia tinggalkan aku cm wanita wanita lain. 


Atiqah: Ohhh patutlah. Hebat lah kau Alia berfikiran macam tu. Aku pun tak sepandai kau untuk fikir macam tu.


Nana: Betul tu. Tapi kau kena hati hati tau Alia. Sebab setahu aku Farish akan tinggalkan wanita yang bersamanya kalau dia jumpa wanita yang lebih menarik di matanya. So kau kena buat si Farish tu yang tergila gila kan kau.


Alia: Itu aku tahu. Tu sebab aku ignore dia tadi. Kita tengok sejauh mana si playboy tu tergila gila kan aku. 


-END PART 1-


Adakah Farish berjaya mengambil hati Alya? Adakah rancangan Alya itu akan berjaya? Adakah Farish akan stay dengan seorang wanita? 


Kalau nak tahu cerita boleh komen untuk tengok part selanjutnya okey

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh fatyyn_cool