Bab 27

RAJA AGONG AMIRUL mengerutkan dahinya. Keningnya hampir tercantum. Pergerakkan tangannya untuk membetulkan tie pada leher, terhenti. Kepalanya menoleh ke arah pintu bilik air. Telinganya dipasang, mendengar sekali lagi. Benar atau tidak tadi telinganya menangkap bunyi orang muntah.

"Nafisah." Dia menyebut perlahan nama isteri mudanya. Langkah kaki diatur ke pintu bilik air. Tangannya memulas tombol pintu bilik air.

Bulat matanya melihat Permaisuri Agong Nafisah terduduk di atas lantai dengan keadaan lemah di tepi mangkuk jamban. "Nafisah." Dihampiri isterinya.

Permaisuri Agong Nafisah hanya membisu. Tidak mampu dia untuk bersuara ketika ini.

"Kau tak apa-apa?"

Permaisuri Agong Nafisah menggelengkan kepalanya. Sekali lagi, isi perutnya dikeluarkan dari mulutnya.

Raja Agong Amirul mengurut belakang leher isteri keduanya. "Teruknya kau muntah. Keracunan ke?"

Permaisuri Agong Nafisah mendengus perlahan. Rasa mahu diketuk sahaja kepala suaminya ini. 'Dia ni... dah ada anak, ada pengalaman di sisi isteri mengandung pun tak boleh teka lagi yang aku tengah mengandung. Ketuk kepala karang.'

"Dah habis?"

"Tak larat dah," balas si isteri dengan lemah. Dia memegang kuat lengan kanan suaminya. Kepalanya semakin menunduk ke bawah.

Raja Agong Amirul mencuci mulut isterinya sehingga bersih. "Jom aku bawak kau keluar."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk.

"Bangunlah." Raja Agong Amirul menarik kedua tangan isterinya ke atas.

"Tak larat... dukunglah."

"Haih." Raja Agong Amirul mencampung tubuh isterinya. "Beratnya kau."

"Jangan bebel."

Raja Agong Amirul mengeluh. Langkah kaki diatur keluar dari bilik air dan menuju ke katil. "Allah... patah pinggang," ujarnya sebaik sahaja dia meletakkan isterinya ke atas katil.

"Doalah patah pinggang, jadi betul-betul... baru tahu."

"Kau tu, berat gila. Macam angkat dua tiga orang."

'Memang kau tengah angkat tiga orang pun tadi. Anak kau ada dua dalam ni ha,' ujar si isteri dalam hati.

"Dah la. Rehat. Nanti aku suruh Ita bagi kau ubat ke apa yang patut. Aku pergi dulu."

Permaisuri Agong Nafisah menarik tangan suaminya. "Tak payah la pergi."

"Aku kena kerja la. Ingat aku nak pergi berjimba ke?"

"Ala... please..." Permaisuri Agong Nafisah sudah membuat muka comelnya.

"Nafisah. Aku kena pergi."

"Pergilah lepas patik tidur."

"Tidur lah."

"Tidurkanlah patik ni," pinta si isteri. "Please..."

"Aku ada banyak kerja."

Permaisuri Agong Nafisah mengembungkan mulutnya dengan angin.

"Okey. Fine. Cepat tidur." Raja Agong Amirul melabuhkan punggungnya di hujung katil. Betul-betul di sisi isterinya. "Aku tunggu."

"Nak bau..." Permaisuri Agong Nafisah menarik tangan suaminya mendekatinya.

"Teruknya la. Bau, bau, bau. Tak bosan ke?"

Permaisuri Agong Nafisah menggeleng.

"Kalau tak bau, tak boleh?"

"Tak boleh. Patik tak boleh tidur."

"Habis, malam ni giliran Jannah. Macam mana malam nanti kau nak tidur, kalau kau ketagih sangat dengan bau aku? Nak cium la, nak bau la sebelum tidur."

"Tuanku tidurkanlah patik dulu sebelum pergi. Senang."

"Banyak cantik."

Permaisuri Agong Nafisah melepaskan pegangannya dari lengan suaminya.

Mata Raja Agong Amirul memandang bakul baju kotor. 'Baju malam tadi...' Satu senyuman ditarik. Kening kanannya sudah terangkat ke atas.

"Kalau ditemani baju aku semalam, boleh?"

Permaisuri Agong Nafisah memandang wajah suaminya.

"Aku banyak kerja sangat ni. Jadi boleh la biarkan baju aku jadi peneman kau sepanjang aku tak ada dekat sebelah. Esok giliran kau, tak payah la bau dekat baju aku lagi. Bau terus dari badan."

Permaisuri Agong Nafisah membisu.

"Boleh?"

"Hm... boleh la. Tapi nak bau wangi. Tak mau busuk."

"Eee... banyaknya cekadak kau ni. Nasiblah isteri aku tahu? Kalau tak..."

"Kalau tak apa?"

"Tak ada apa. Aku pergi ambik baju aku semalam."

Permaisuri Agong Nafisah menarik senyuman.

*****

RAJA AGONG AMIRUL memeluk tubuhnya di atas kerusi. Tangannya menyilang dada sambil memandang wajah pembantunya dan Pakar Kesihatan Istana di dalam pejabatnya.

"Tuanku, tuanku... kena diet mulai sekarang," ujar Pakar Kesihatan Istana.

"What? Diet? Eh, hello... beta tak gemok." Satu keluhan berat dilepaskan.

Pembantu Raja Agong Amirul menunduk. Hujung matanya memandang wajah Pakar Kesihatan Istana yang berdiri di sisinya.

"Tapi tuanku, berat badan tuanku naik... mendadak. Itu tanda..."

"Tanda apa? Tak sihat?"

Pakar Kesihatan Istana mengangguk perlahan. Mengiyakan kata sang raja.

"Beta sihat. Sihat sejahtera. Sihal walaa'fiat. Sihat apa lagi? Beta sihat! Tak sakit!"

"Tuanku.. patik tak kata tuanku sakit, patik cuma nak tuanku luangkan sedikti je masa untuk diet. Kalau tuanku tak mahu, kita boleh susun aktiviti untuk tuanku bersenam."

"Beta sibuk la untuk beberapa bulan ni, beta tersangatlah sibuk. Faham? Ada reti?"

"Tuanku, boleh patik bertanya?" Pembantu Raja Agong Amirul mengangkat tangan kanannya separas dada.

"Apa?"

"Tuanku... jadi macam ni... mungkinkah sebab Tuanku Permaisuri dah berisi?"

"Tuanku Permaisuri hamil?" sampuk Pakar Kesihatan Istana.

Raja Agong Amirul merenung tajam kedua-dua wajah pekerjanya. "Mana satu soalan nak kena jawab ni?"

"Er..." Kedua-dua pekerja Raja Agong Amirul memandang sesama sendiri.

"Kalau tuanku jadi begini sebab kena tempias Tuanku Permaisuri hamil, patik rasa tuanku mungkin boleh..." kata-kata Pakar Kesihatan Istana dipotong oleh sang raja.

"Boleh apa? Makan ikut apa yang beta nak?"

" Ye. Tapi..."

"Good! Ye. Permaisuri beta hamil sekarang." Selamba sahaja Raja Agong Amirul bercakap. Entah betul, entah tidak dia sendiri tidak tahu kebenarannya. "Dah, keluar. beta banyak kerja."

"Tapi tuanku tetap kena jugak bersenam."

"Egh... nantilah."

"Tuanku, kesihatan itu penting bagi pemerintah."

"Beta jaga kesihatan. Cuma beta busy. Tolong, faham. Beta pecat karang baru tahu. Nak kena pecat?" ujar sang raja. Entah kenapa bila Pakar Kesihatan Istana ini memberi cadangan agar aktiviti makannya disekat, dia rasa... rasa nak marah je.

"Tak nak, tak nak."

"Tahu pun."

"Okey. Bila tuanku free, boleh? Kita buat aktiviti bersenam atau diet." Pakar Kesihatan Istana cuba bawa berunding. Risau dia melihat bentuk badan pemerintahnya sekarang. Baju kemaja yang dipakai pun, sudah seakan tidak sesuai dengan tuannya lagi.

"Ooo... hm... boleh la. Buat masa sekarang, kamu jangan cuba-cuba nak kacau jadual beta. Full tahu? Nak suruh bersenam bagai. Ingat beta tak tahu aktivit bersenam yang dikatakan sekejap tapi berejam tu?"

Pakar kesihatan Istana hanya tersenyum. Tangannya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Dah keluar. Keluar semua... beta sibuk...."

"Baiklah, tuanku."

Baru sahaja mereka ingin melangkah keluar dari pejabat, Raja Agong Amirul bersuara. "Yang pembantu beta nak keluar sekali kenapa? Beta nak minta sesuatu dari kamu."

"Maaf tuanku." Pembantu Raja Agong Amirul kembali berdiri di depan meja majikannya.

Melihat sahaja Pakar Kesihatan Istana keluar dari pejabat, Raja Agong Amirul membetulkan posisi duduknya. "Beta teringinlah nak makan sate. Tolong carikan."

"Sa... sate?"

"Ye. Sate."

Pembantu Raja Agong Amirul mengangguk.

*****

"AKU tak fahamlah tuanku tu, lain perangainya sekarang. Makan je," bebel Pakar Kesihatan Istana di depan meja pembantu sang raja. "Risau aku tengok badan tuanku. Tekejut wei bila tuanku buat pemeriksaan semalam. Berat badan... naik."

"Normallah, Tuanku Permaisuri kan tengah mengandung. Tuanku kena tempias lah tu."

"Tapi aku tengok, Tuanku Nafisah tu tak de selera nak makan, selera makan dikongker habis oleh tuanku pulak. Lepas tu, sikit-sikit ugut nak pecat. Macam budak-budak dah. Macam tuanku je yang mengandung."

"Kena tempias wei. Agaknya tuanku dapat pakej makan sekali dengan emosi orang mengandung. Tu yang macam tu."

Pakar Kesihatan Istana mengangguk perlahan. Jari telunjuknya diletakkan di atas bibir. Berfikir bagaimana caranya mahu menurunkan berat badan rajanya itu.

*****

"SAYANG aku kan?" soal si suami. Sengaja dia menjenguk isteri mudanya ini sekejap sebelum ke Istana Agong.

Permaisuri Agong Nafisah mencebik. "Tak."

"Ye la sangat. Habis dari tadi baju aku tak lepas dari genggaman kau, aku tengok."

"Nak bau. Tuanku kan tahu, patik nak bau tuanku. Nanti tak boleh tidur."

Raja Agong Amirul menggelengkan kepalanya. "Pelik la perangai kau."

"Biarlah. Asal tak kacau orang. Tak macam tuanku. Kacau orang je. Makan, makan, makan. Badan pun dah macam tong drum."

"Tong drum!" Bulat mata sang raja mendengarnya.

"Ye. Tengok cermin. Hodus (hodoh) dah muka tu patik tengok."

Raja Agong Amirul menyentuh wajahnya. "Hodus? Apa tu?"

"Hodus tu... lagi teruk dari hodoh."

"What!" Pipi diraba. "Aku hodoh? Lagi teruk dari hodoh? No..." Raja Agong Amirul sudah menjerit kecil. Tidak boleh terima hakikat sekiranya dia hodoh ketika ini.

Permaisuri Agong Nafisah menahan tawanya. 'Padan muka.'

*****

RAJA AGONG AMIRUL memusingkan badannya di hadapan cermin. Sudah seperti orang perempuan yang baru ingin mencuba pakaian pula. Kedua tangannya mencekak pinggang. "Gemuk ke?"

Dipusingkan badannya ke kanan. "Tak lah gemuk. Cuma nampaklah naik badan aku. Perut dah ke depan sikit." Tangan kanan diletakkan di atas perutnya.

Satu keluhan berat dilepaskan. Badan dipusing ke kiri. Matanya memandang imbasan badannya di cermin. "Tapi masih kacak lagi aku ni." Raja Agong Amirul sudah membuat gaya orang mahu menunjuk otot di depan cermin. "Yesz."

Permaisuri Agong Jannah yang baru masih ke dalam Kamar Peraduan Diraja menahan tawanya melihat perilaku suaminya.

"Masih kacak, dan bergaya."

Ketawa Permaisuri Agong Jannah. Gagal sudah untuk menahan.

Raja Agong Amirul terus menoleh ke arah isterinya. "Dinda. Kenapa ketawa?"

"You're so funny." Permaisuri Agong Jannah menekan perutnya sambil ketawa. Geli hati dia.

"Apa yang kelakar?"

"Kanda lah."

Raja Agong Amirul membuat muka tidak puas hatinya.

Permaisuri Agong Jannah menghampiri si suami. "Kenapa ni kanda? Buat gaya macam tu depan cermin."

"Saja nak tengok kekacakkan diri sendiri."

"Ye ke? Resultnya apa kanda?" soal si isteri. Dia masih lagi ketawa.

"Kanda masih kacak la."

"Adui."

"Kenapa?"

"Tak ada apa."

"Nak kata kanda gemuk la tu."

"Tak cakap pun."

"Ye la tu. Tipu je."

"Tak tipu la."

"Nafisah kata kanda tong drum tahu? Tong drum... Siap cakap kanda hodus lagi. Perkataan yang tak pernah wujud dalam kamus, dia guna untuk gambarkan diri kanda. Sedih kanda dengar. Keciwa (kecewa) hati kanda."

Makin kuat isteri pertama Raja Agong Amirul ketawa.

"Stop! Jangan ketawakan kanda!"

Permaisuri Agong Jannah menutup mulutnya.

"Sama je dengan Nafisah."

"La... Dinda Nafisah bergurau je la."

Raja Agong Amirul memalingkan wajanya ke arah lain.

"Amboi sensitifnya kanda sekarang. Macam orang mengandung pulak."

Raja Agong Amirul mengeluh panjang. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi kecil yang berdekatan.

"La... merajuk ke suami dinda ni."

"Dinda... gemuk sangat ke kanda ni?"

"Ha?"

"I'm asking, kanda gemuk sangat ke sekarang ni?"

"Hm..."

"Jujur!"

"Sikit."

Bulat mata sang raja mendengarnya.

"Kanda sendiri yang suruh jujur."

Raja Agong Amirul memandang wajah Permaisuri Agong Jannah. "Hodoh?"

"Still kacak. Jangan risau."

"Betul?"

"Ye."

"Nafisah kata kanda..."

"Gurau je tu."

"Really?"

Permaisuri Agong Jannah melutut di depan suaminya. Kepalanya diangguk beberapa kali. "Kanda kacak lagi. Tak hodoh. Badan pulak, tak gemuk sangat sampai tahap obes, cuma nampak lah badan kanda dah bertambah. Baju pun... ketat... kan?"

Raja Agong Amirul berdiam.

"Dah tanya Dinda Nafisah? Betul atau tak dia pregnant?"

"Tak. Lupa nak tanya. Banyak kerja. Bila kanda dah dapat sembang dengan dia, ada je topik lain nak cakap. Lupa terus pasal tu."

"Esok tanya ye?"

"Insya-Allah... kalau kanda ingat."

----- BERSAMBUNG -----

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh