Home Novel Cinta Ingat-ingat Lupa
Ingat-ingat Lupa
Zulfati Hanis
1/11/2012 11:02:07
105,485
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Lemah longlai rasa tubuh Nurul Amira pagi ini. Suhu badannya pun semakin panas. Lututnya mula terasa ngilu. Kepalanya juga semakin berpinar-pinar. Namun digagahkan dirinya untuk menyiapkan kerja membersih yang masih belum siap.

Bila denyutan kepalanya semakin galak, pandangan matanya semakin kabur. Dia duduk seketika dikaki tangga ruang legar lobby utama bangunan Mutiara Holding. Dipicit kepalanya dengan kedua belah tangannya. Namun denyutan di kepala tidak berkurangan. Terasa seolah ada batu besar yang sedang menghempap kepalanya tika ini.

Amboi…..senang nampak!. Kerja dah siap ke?” suara yang nyaring mengejutkan Nurul Amira.

“Maaf cik. Saya rehat sekejap.” Nurul Amira memaksa dirinya untuk bangun.

“Pemalas!. Padanlah kerja cleaner aje.” Pedas ayat yang dilontarkan.

“Sara….tak baik cakap macam tu,” Hasnan menjegilkan matanya pada Mysara yang tiba-tiba menyinga pada Nurul Amira.

“Mira, you okay ke?” lembut Hasnan bertanya. Dari raut wajah itu Hasnan dapat merasakan yang Nurul Amira tidak sihat. Mata sembab. Hidung berair. Tanda-tanda seseorang yang mengidap demam panas.

“Baik encik Hasnan,” lemah suara Nurul Amira menjawab. Pandangan matanya semakin kabur. Dia cuba bertahan.

“Eummm…..baiknya you,” sindir Mysara tidak puas hati. Sakit hatinya bila dirinya ditegur didepan pekerja bawahan.

“Salah ke kita sebagai majikan ambil berat dengan kebajikan pekerja kita?” soal Hasnan menahan rasa geramnya.

Mysara mendengus geram. “Tunggu apa lagi?. Berambuslah!” jerkah Mysara.

“Maaf sekali lagi cik Sara, encik Hasnan.” Nurul Amira mula melangkah. Namun denyutan kepalanya semakin menjadi-jadi dan akhirnya pandangan matanya terus gelap dan dia terus rebah menyembah lantai.


Kabus mulai menipis. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Terpampang di depan matanya air terjun yang tinggi dan disekelilingnya dikelilingi bongkah batu yang besar serta unik. Nurul Amira kebinggungan. Dia di mana sekarang ini. Dipandang sekelilingnya namun tiada sesiapa.

“Ada sesiapa tak?” jerit Nurul Amira sekuat hatinya. Dia mula di pagut rasa takut bila bersendirian di tempat yang asing seperti ini.

Nurul Amira berlari ke sana ke mari sambil menjerit meminta tolong. Setelah penat dia berhenti berlari dan terduduk keletihan. Dia menangis lagi.

Tiba-tiba dia merasakan bahunya di sentuh dari belakang. Di angkat kepalanya dan menoleh kebelakang. Seorang lelaki bertubuh tegap sedang berdiri dibelakangnya. Namun wajah lelaki itu tidak jelas dipenglihatannya. Beberapa kali di pejam celik matanya. Namun wajah lelaki itu masih tidak jelas.

“Siapa awak?. Saya kat mana ni?” Nurul Amira memberanikan diri bertanya pada lelaki itu. Namun tiada jawapan. Sebaliknya lelaki itu mula melangkah meninggalkannya.

“Tunggu!. Jangan tinggalkan saya,” jerit Nurul Amira yang berusaha untuk mengejar langkah lelaki itu yang semakin menjauh.

“Tunggu!” Nurul Amira terus mengejar dan mengejar. Lelaki itu masuk ke dalam kabus yang tiba-tiba semakin tebal. Diberanikan dirinya meredah kabus yang tebal itu. Dia terus berlari dan berlari dan tiba-tiba satu cahaya menerjah kearahnya menyebabkan matanya menjadi silau. Dipejamkan matanya.


“Mira…..Mira….”

Ketika dia sedar, dia memandang sekeliling. Kini dia bukan berada ditempat tadi. Terpisat-pisat dia memandang orang yang berada di depan matanya.

“Ya ALLAH, syukur. Mira dah sedar pun.”

“Kak Kiah?. Saya ada kat mana ni, kak Kiah?” tanya Nurul Amira bila mengenali wajah kak Kiah.

“Kat hospital. Mira pengsan tadi,” jelas kak Kiah yang jelas cemas dengan keadaan Nurul Amira tadi.

“Pengsan?.”

“Haah. Mira pengsan. Nasib baik encik Hasnan sempat hantar Mira ke sini. Cemas akak bila diberitahu Mira pengsan. Kalau dah tahu demam buat apa datang kerja jugak. Cuti ajelah. Mira…Mira….” Kak Kiah sudah memulakan bebelannya.

Nurul Amira memaksa dirinya untuk bangun. Kak Kiah membantu Nurul Amira untuk duduk. Nurul Amira memandang sekeliling bilik yang dihuninya. Tiada pesakit lain selain dirinya di dalam bilik ini. Dia mula cemas bila mengingatkan jumlah bil yang perlu dijelaskan nanti. Serasanya dia tak mampu untuk menjelaskan jumlah bil yang mahal. Berapalah sangat gajinya sebagai seorang cleaner.

“Kak…..Mira nak keluar.”

“Mira belum sihat lagi ni. Mana boleh keluar,” jelas kak Kiah.

“Tapi kak…..ni hospital mahal. Mana Mira ada duit nak bayar bilnya kak,” luah Nurul Amira.

“Jangan risau. Semuanya I tanggung.” Tiba-tiba terdengar suara Hasnan.

Kak Kiah dan Nurul Amira menoleh serentak.

“Tapi encik Hasnan……” Nurul Amira kematian kata-kata.

“You tak perlu risau. Bil hospital ni I yang tanggung. Sekarang ni you berehat dan dengar nasihat doktor.” Hasnan masih tegas dengan pendiriannya.

Tiba-tiba Nurul Amira menangis teresak-esak. Dia amat terharu dengan keikhlasan Hasnan.

“Kenapa Mira menangis ni. Sakit lagi ke kepala tu?” tanyakak Kiah cemas.

“Kalau sakit lagi I panggilkan doktor,” ujar Hasnan pulak.

Pantas Nurul Amira mengelengkan kepalanya. “Terima kasih encik Hasnan. Terima kasih kak Kiah.” Hati Nurul Amira amat terharu. Dikala dia tiada sesiapa, masih ada insan-insan yang baik hati disampingnya.

“Laaa……buat terkejut aje Mira ni.” Kak Kiah mengusap pipi Nurul Amira. Hasnan tersenyum.


Setelah dua hari di tahan wad akhirnya hari ini Nurul Amira dibenarkan keluar hospital. Dengan perasaan yang amat gembira Nurul Amira membuka pintu biliknya. Beg pakaiannya diletakkan diatas katil. Nurul Amira turut duduk diatas katil. Rindu pada biliknya.

“Mira rehatlah. Doktor bagi Mira cuti sakit dua hari lagi kan?” Kak Kiah muncul dan duduk disebelah Nurul Amira.

“Haah. Tapi Mira dah sihat kak. Rasanya esok boleh pergi kerja dah ni.”

“Jangan nak gatal. Dah dapat cuti tu cuti ajelah.” Kak Kiah mencubit lengan Nurul Amira.

“Sakitlah kak.” Nurul Amira mengusap lengannya sambil tersenyum.

“Tahu pun sakit. Dah….Mira rehatlah Akak nak pergi masak bubur nasi untuk Mira.”

“Kak….” Kak Kiah tak jadi untuk bangun. Dia kembali memandang Nurul Amira.

“Akak percaya tak pada mimpi?.”

Kening kak Kiah berkerut. “Mimpi?. Mimpi tu kan mainan tidur Mira.”

“Entahlah kak. Akak nak tahu tak masa Mira pengsan hari tu, Mira bermimpi yang Mira ada kat satu tempat. Cantik tempat tu, siap ada air terjun lagi. Tapi tak ada orang. Mira duduk seorang diri. Tiba-tiba muncul seorang lelaki. Tapi wajah dia tak jelas kak. Mira cuba tanya dia. Tapi dia tak jawab. Sebaliknya dia terus menghilang disebalik kabus. Lepas tu Mira terus terjaga.” Beritahu Nurul Amira setiap apa yang dia alami sewaktu pengsan hari itu.

Kak Kiah mengusap rambut kerinting milik Nurul Amira. “Itu semua mimpi aje. Mira tak payah ambil pusing sangat. Apa yang penting sekarang ni Mira berehat aje,” pujuk kak Kiah.

“Kak terima kasih ya sebab ambil berat tentang Mira,” ujar Nurul Amira yang sememangnya bersyukur dikurniakan teman serumah sebaik kak Kiah.

“Tak payah nak berterima kasih Mira. Akak dah anggap Mira ni macam keluarga akak sendiri. Sudahlah Mira rehat. Akak keluar dulu.”

Nurul Amira menghela nafas dalam seraya menganggukkan kepalanya. Mungkin benar kata kak Kiah. Mimpi itu mainan tidur.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.