Home Novel Cinta Buah Hati Cik Sarimah
Buah Hati Cik Sarimah
Maa Medina
20/1/2017 18:06:23
31,196
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 21

USAImenunaikan Solat Tarawih di masjidberdekatan, Sarimah Aisya dan Ain Nisak berjalan kaki menyusuri laluan kampungyang agak gelap untuk pulang ke rumah. Tidak ada apa yang perlu ditakuti merekakerana ada sahaja kanak-kanak di kampung itu yang sedang bermain mercun di sanasini.

“Imah, sinilahlepak luar kejap, ambil angin malam dulu,” ajak Ain Nisak sambil menarik tanganSarimah Aisya untuk menyertainya duduk di bangku dan meja kecil di luar rumah.

“Telekung ni...”

“Alah, tak payah tukarlah. Kejap aje please...” pujuk Ain Nisak.

Sarimah Aisya hanya menurut. Dia duduk berhadapan AinNisak. Masing-masing masih ayu bertelekung.

“Imah, err...” ujar Ain Nisak, teragak-agak.

“Ya, kenapa?”

“Abang Ziyad tu baik, kan? Dia still caring macam dulu,” ujar Ain Nisak, membuka topik perbualan.

“Ya. Senyum meleret aje ni, ada apa-apa ke nak share?” teka Sarimah Aisya, tidak selesadengan topik itu.

“Hmm... aku stillsayang dialah, Imah. Sebelum jumpa dengan dia semalam pun, aku tak boleh lupadia, ni kan pulak dah jumpa balik. Perasaan tu rasa macam makin kuat aje,” luahAin Nisak.

“Kadang-kadang apa yang kita rasa baik untuk kita tusebenarnya boleh jadi benda yang tak elok untuk kita, Nisak. Kau betul-betulpasti ke perasaan sayang tu boleh buat kau happynanti?” ujar Sarimah Aisya, memberi pendapat.

“Aku taklah hundredpercent sure, tapi kau tengoklah Abang Ziyad layan kita macam mana. Diabaik sangat, kan?”

“Ya, aku tak nafikan dia baik dengan kita, tapi...”

“Tapi apa, Imah? Pasal dulu ke?” soal Ain Nisak, mulamengimbau kembali momen di saat dia terburu-buru mengambil keputusan untukmemutuskan hubungannya dengan Ziyad Harith.

 

 

“KENAPA abang tak nak? Abang justnak main-mainkan perasaan Ain aje ke?” soal Ain Nisak, mulai risau.

                                          Matanyamemandang tajam Ziyad Harith di hadapannya.

“Ain, bukan macam tu. Tak ada kaitan dengan perasaan. Abangcuma rasa waktu ni tak sesuai lagi nak sampai ke tahap tu. Tu aje,” jawab ZiyadHarith, lembut. Dia tidak mahu menggores hati Ain Nisak.

“Kenapa tak sesuai? Ke abang dah ada orang lain?”

“Ain, abang nak kerja dulu. Abang ada tanggungjawabdengan ibu. At least abang kenahabiskan dulu final year. Ainsabarlah. Insya-ALLAH kalau diizinkan ALLAH, abang akan datang jumpa family Ain nanti,” ujar Ziyad Harithlagi supaya Ain Nisak tidak terus-terusan salah faham terhadapnya.

“Tak nak. Ain tak nak tunggu lagi. Kalau pasal kerja,pasal tanggungjawab abang dengan ibu, Ain boleh consider untuk kita nikah khitbah aje dulu. Okey?” cadang Ain Nisak,tetap mempertahankan keputusannya untuk mengikat tali perkahwinan dengan ZiyadHarith.

“Ain, soal nikah ni bukan benda main-main. Kalau bolehsekali seumur hidup. Abang cuma nak Ain bersabar sikit aje. Bukan abang tak nak.Ain pun still study lagi. Kalau boleh,habiskan dulu satu perkara then baru fikir next step. Boleh?” ujar Ziyad Harith,menolak keputusan Ain Nisak walaupun untuk bernikah khitbah.

“Kalau nikah khitbah pun abang tak nak, alasan apa lagiselain abang memang tak serius dalam hubungan kita ni? Memang abang tak nak Ain,kan?” duga Ain Nisak.

“Ain suka fikir bukan-bukan. Abang cuma minta Ainbersabar, tu aje. Tu pun Ain dah cakap bukan-bukan,” ujar Ziyad Harith,menggeleng.

Fine! Kalauabang tak nak, maknanya abang memang tak sayang Ain. Buat apa lagi kita nakteruskan hubungan ni? Kita putus! Puas hati abang, kan?” putus Ain Nisak.

“Ain, dengar dulu. Ain suka buat keputusan mendadak. Cool down dulu okey? Kita bincang elok-elok,jangan terus macam ni,” ujar Ziyad Harith, terkejut mendengar kata-kata AinNisak.

Namun, Ain Nisak tidak mampu bertolak ansur. Dia bingkasbangun meninggalkan Ziyad Harith di kafe.

“Ain!” panggil Ziyad Harith, namun tidak dihiraukan gadisitu.

Mata-mata pelajar lain yang terdengar Ain Nisak meninggikansuara sebentar tadi kini tertumpu ke arah Ziyad Harith. Namun mereka semuahanya diam kerana menghormati Ziyad Harith selaku ketua pelajar yang sememangnyaterkenal dengan sifat lemah lembutnya, bertanggungjawab dan ramah dengansesiapa sahaja di kampus itu.

Ziyad Harith serba salah dengan permintaan Ain Nisak yangdianggapnya terlalu awal untuk mendirikan rumah tangga. Dia sendiri tidak tahusejauh mana perasaan sayangnya terhadap Ain Nisak yang hanya berputik selepasmengorbankan perasaannya terhadap Sarimah Aisya, satu-satunya perempuan yangdicintainya. Adakah betul dia sekadar mempermainkan perasaan Ain Nisak? Hatinyakeliru.

Tipulah jika dikatakan tidak ada langsung perasaan sayangterhadap Ain Nisak setelah beberapa bulan mereka bersama. Cuma ukuran dantafsiran perasaan sayang itu yang membuatkan Ziyad Harith teragak-agak untukmemenuhi permintaan Ain Nisak. Takut jikalau dia hanya akan melukakan hatigadis itu suatu hari nanti. Dia sendiri tidak mahu melukai hati mana-manaperempuan. Refleksi diri lantas menyoal di benak fikirannya, adakah betultindakannya dahulu untuk menerima Ain Nisak semata-mata untuk menjaga hatiSarimah Aisya?

Kejamnya dia jika perlakuannya itu sekadar menyakiti hatiAin Nisak. Namun bukannya dia tidak mencuba untuk menyayangi Ain Nisak, tetapiperasaan terhadap Ain Nisak tidak sekuat yang dirasakannya terhadap SarimahAisya. Dia juga nekad untuk mengahwini Ain Nisak sejak memutuskan untukmenerima Ain Nisak dahulu, cuma bukan pada waktu ini.

Kalaulah Ain Nisak mampu bersabar. Hatinya diulit rasabersalah yang menggunung.

Previous: Bab BAB 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Maa Medina