Home Novel Cinta Aku, Dia dan Justin
Aku, Dia dan Justin
Aaliya Adni
17/4/2019 01:01:57
50,978
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
EMPAT

Suasana di sekitar agak sibuk. Kawasan membeli belah di situ memang kerap dibanjiri orang ramai sejak awal pagi. Ketika tengahari Normala sekali sekala makan di food court berdekatan terutama ketika lepas gaji itu sahaja.

Kedai makan Omar Rojet itu agak hingar bingar. Normala sedang beratur bersama seorang kawan sekerja bernama Salwa, untuk membayar sebelum membawa makanan ke meja.

"Tunggu apa lagi, dah ada orang berminat tu...bawa-bawa berkenalan. Mungkin jodoh baru." usik Salwa yang sudah menjangkau 35 tahun.

Normala tidak segera menjawab. Mee goreng yang dalam pinggan di tangannya bagai memanggil-manggil, mungkin kerana tak sempat sarapan tadi, dia terasa amat lapar.

"Kau kena mula fikir ke depan. Kau orang dah bercerai kan, kes kau kat mahkamah memang tengah berjalan hanya tunggu nak formalkan aje...tapi kau tak perlu pandang belakang lagi. Kau setel baik2 dengan dia."

"Ya aku tak mungkin kembali kepada dia. Aku dah serik. Aku tak mau anak-anak aku hidup dalam suasana macam itu."

"Aku kalau laki buat hal memang aku tinggal sahaja. Kita kawen untuk mudahkan hidup. Bukan menyusahkan!" kata Salwa bersungguh-sungguh.

"Kau belum kahwin...kau tak kan faham masalah orang berkahwin..." kata Normala perlahan. "Bukan senang-senang aje nak bercerai...banyak yang nak difikirkan... cakap aje senang..."

"Aku dah baca banyak kisah macam kau ni kat media sosial...apa yang aku tak tahu...semua orang bercakap tentang rumah tangga yang teruk..." jelas Salwa merenung jauh. "Malah aku tak ralat tak kahwin. Adik beradik aku yang kahwin semuanya tak happy aku tengok."

"Betul ke dia orang tak happy? Kau aje buat teori dia orang tak happy...Anak dia orang berapa?" tanya Normala.

"Bilangan anak bukan petanda kebahagiaan seseorang. Lagi banyak tu hanya bermaksud lebih kerap buat projek dan ada rezeki dapat anak. Banyak juga yang tak ada anak dan okay sahaja...tapi sebab adik beradik aku kerap cerita tentang suami dia orang dengan macam-macam kerenah...aku pun fikir tak berminat untuk berkeluarga. Aku rasa hidup aku dah cukup masalah...haa...dengan suami lagi nak tambah...adehhh..." kata Salwa ketawa.

"Lain orang lain rezeki, tapi yang pasti jodoh belum sampai tu...kalau dah jodoh, mesti kau tak fikir panjang lagi..." kata Normala senyum.

"Macam kau ni lah sekarang... ada hero penyelamat... macam cerita dongeng..tapi tak mustahil jadi realiti kan...sayangnya kau tak bagi dia telefon number ke apa..."

"Hah mana sempat, masa itu, memang aku fikir nak bawa lari anak aku aje...Harith memang dah lama minta kereta aku tu balik tapi dia pun berani2 takut sebab aku ada banyak bukti dia terlibat dengan mat pet kat rumah aku...kalau dia buat hal aku rasa aku terpaksa gunakan benda tu..."

"Wah kau ni macam drama pulak...kalau dia tahu kau ada bukti tu takut dia apa-apakan kau aje nanti.."

"Tak berani dia...aku dah simpan tempat rahsia lah... hihi...dia pun tak tahu aku ada kongsi dengan sesiapa ke apa..."

"Tapi berani pula dia nak bawa lari anak tu?"

"Dia terdesak...orang amik dadah...memang macam tu...jika dia dapat sikit dia high dia pun lupa la nak cari kami."

"Hmm.. sebab dadah tu la kau nekad ya..."

"Ye...kalau dia tak mendadih, mungkin aku masih dengan dia...entahlah...aku ni sebenarnya sayang sangat dengan dia...tapi aku takut dia bunuh aku dan anak aku je nanti masa dia tengah mereng...lagi pun lepas aku dah dapat kerja tetap aku rasa, tiba masa aku berjuang untuk diri aku..."

"Baguslah tu...aku harap kau berhati-hati aje...perkara ni kau kena buat laporan polis...walau pun tak ada tindakan dia orang akan rekod...dan jika ada apa-apa terjadi, memang dia akan jadi saspek utama..." kata Salwa.

Normala termenung seketika. Terkenang dia masa mula-mula mengahwini Harith. Sekejap sahaja mereka bahagia. Harith ada masalah yang semakin membesar. Mulanya dia menyangka Harith ada skandal...tapi semakin di siasat, punca sebenarnya kerana Harith ketagih. Dan masalah paling besar, Harith tidak berusaha untuk berubah...dia pernah bermimpi dapat suami yg dapat membimbing dia sekeluarga kerana dia memang jahil bab agama. Tapi nasib tidak menyebelahinya...

"Jadinya sekarang kereta tu atas nama dia?" tanya Salwa. Salwa bekerja bahagian stok. Dia sudah bekerja di situ sejak beberapa tahun yang lalu.

Normala mengangguk.

"Dulu memang tak sangka jadi macam ini...kita kerja bagi dia duit untuk belikan kita kereta...tapi sebab nak mudahkan urusan, kita bagi dia pakai lesen dia..." Dia melepaskan hela nafas yang berat.

"Tu lah...lain kali jangan percaya sangat dengan lelaki ini..." kata Salwa.

"Apa guna kita berkahwin jika kita tak ada percaya mempercayai?" tanya Normala.

"Apa guna jika hanya satu pihak yang setia? Siapa yang susah nanti?" tanya Salwa semula.

"Entahlah, aku kalau dah jatuh cinta memang aku bagi seratus peratus..." Normala mengeluh.

"Kita perempuan memang banyak macam ini, Mala...saya belajar dari kisah keluarga saya...tapi...saya tak mahu ingat lagi...biarlah saya single forever..." kata Salwa."Eh dah nak pukul 2...shift kau kan dah mula?"

"Dah pukul 2.00 pm ni, mati aku kalau lewat Angela mengamuk..." kata Normala bersegera mengangkat punggung untuk beredar. Sampai di hujung blok dia melangkah belok ke kiri, ke arah pasarayanya. 

Tapi, tak semena-mena di situ dia terlanggar seseorang.

Elok-elok sahaja dia terjatuh dalam pelukan lelaki itu, bagaikan dalam sebuah novel cinta. Mata mereka bertentang mata. Dan amat memeranjatkannya, lelaki itu insan baik yang sama membantu dia ketika bekas suaminya membedal dia ketika pergaduhan tempoh hari.

"Eh, eh....awak?" dia tergagap dalam debar dan perasaan bercampur aduk. Terasa ada perasaan yang menyelinap di ruang hatinya apabila bertemu semula dengan lelaki gentleman itu.

"Hmmm saya pun tak sangka boleh terserempak di sini..." balas lelaki budiman itu.

"Kerja di sini ke?" tanya Normala.

"Tak. Saya pergi beli barang kat pasaraya sana tu.."

"Saya kerja di sana," kata Normala segan-segan.

"Ohh...tak ketemu pula kita di sana tadi ya..." lelaki itu tersenyum manis. Matanya tidak lepas memandang wajah Normala.

Merah padam wajah Normala.

"Saya lunch break tadi..." balasnya tersipu.

"Saya ingin kenal dengan awak dengan lebih lagi." kata lelaki itu terus terang.

"Hhmmm...saya ...saya kan janda," kata Normala tertunduk malu.

"Kenapa? Maksudnya awak itu sejenis alien ke? Bukan manusia ya?" tanya Zaki matanya tersenyum.

Cair Normala di tenung begitu. Masa itu juga mahu saja Normala rasa insecure takut-takut penampilannya ada cacat cela. Apakah dia kelihatan menarik atau kusam pada penglihatan pemuda itu, pada saat itu.

"Kita kenal-kenal dulu...mana tahu kan...lagi pun saya pun alien juga...boleh kita berpasangan dekat planet ni?" pemuda itu tersenyum manis. "Boleh saya dapatkan nama cik alien dan nombor telefon cik ke... kalau sudi berkawan dengan alien macam saya pula?"

Normala ketawa kecil, jiwanya terasa kembali segar dia bagaikan ketika remaja. Dalam tersipu malu, sambil teragak-agak tetap dia terasa amat berterima kasih dan bersyukur kerana ada insan yang sudi membantunya pada saat genting itu. Wajah pemuda yang budiman itu menjadikan dia mudah terbuka dengan lelaki yang tak dikenalinya itu.

"Terima kasih sangat hari tu...maaf saya rushing...nama saya Normala...panggil Mala saja pun ok..."

"Alhamdulillah alien cantik ini ada nama yang manis pula...dulu saya ada minat seorang selebriti nama dia sama dengan nama awak...cantik manis pun macam awak..." kata pemuda itu penuh gentleman setelah Normala memberikan nombornya. "Jangan tak angkat pulak bila saya telefon?"

"Macam mana saya tak angkat, saya pun tak tahu nombor encik..." kata Normala ketawa kecil.

"Owhh ye tak ye jugak... ni saya miss call awak ya. Yang miss call tu save lah nanti...nama saya Zaki..." balas Zaki mesra. "Kalau ada fb cari saya Zaki Bakal Jenazah. Kalau ada banyak nama sama cari yang pakai profile gambar kucing...saya pencinta kucing..."

"FB? Saya tak biasa main fb...mungkin anak saya tahu tapi handphone saya pun jenis biasa2 saja..." Normala tersenyum mendengar nama yang disebut Zaki, sambil tunduk mahu berlalu.

"Tak apa...nanti saya bolehajarkan...tapi kalau saya telefon jangan blok tau," pesan Zaki bersungguh-sungguh. "Jangan lupa save, Zaki Bakal Jenazah. Gambar kucing."



Previous: TIGA
Next: LIMA

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.