Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,705
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Sepanjang perjalanan ke rumah,Camelia hanya diam membisu.Danish yang berasa hairan ingin menegur adiknya tetapi bimbang jika dia tersalah kata.


"Iq kenapa ni?Since balik lunch tadi Iq diam je."Akhirnya terluah soalan yang dari tadi tersimpan dibenaknya.


3 minit.Camelia membiarkan soalan abangnya tidak berjawab.


"Angah,company angah tak ada nak employee baru ke?"


Danish mengerutkan dahinya.

Aikk,baru habis interview takkan terus nak tarik diri kot.


"Kenapa?Chadd ada buat apa apa ke dekat Iq?"Soal Danish.Manatau Raiq telah menyakitkan hati adiknya.Kerana sepanjang

15 tahun berkawan dengan Raiq,dia memang terkenal dengan sikap 'angin' dengan semua perempuan.


Itupun disebabkan satu peristiwa yang menyebabkan Raiq menjadi begitu tidak suka dengan perempuan.


"Iq taksukalah dia tu.Cakap main lepas je."Rungut Camelia.Tangan sudah disilangkan didada."Alah Iq ni,kata tough.Takkan lah kena tolak dengan ayat pedas dia tu je dah tercungap cungap cari air."Danish memberi kata kata semangat.


Taknak adiknya terus give up untuk mencari kerjaya.

Walaupun dia suka menyakat satu satunya adiknya,tapi dia masih ingin selalu menjaga hati adiknya.


"Tapi,ngah.Dia tu eii Iq geramlah dengan dia."


"Okay macam ni,angah nak Iq kerja dengan dia atleast sebulan.Lepas sebulan,kalau Iq nak berhenti,its up to you.Boleh?"Camelia memikirkan cadangan abangnya.Boleh kot.

Sebulan bukannya lama,kan?


"Okay,deal."Jawab Camelia.Danish tersenyum."Jangan geram sangat,nanti bertukar jadi sayang."Gurau Danish apabila adiknya kelihatan tidak segeram tadi.


Camelia mencebik bibir.Radio dikuatkan.Lagu Selamat Tinggal Sayang nyanyian Haqiem Rusli mula kedengaran.Sesekali mulut Camelia terkumat kamit mengikut lirik lagu itu.


_______


"Camy!!!!!"Jerit seseorang apabila Camelia keluar dari perut kereta.Camelia memandang kearah tuan empunya suara.


"Weyy Jill,rindunya."Kata Camelia lalu menapak menghampiri pagar yang memisahkan antara rumah keluarga Camelia dan rumah Aunty Fatma,mak kepada Jill.

"Makin perempuan lah kau sekarang.Asal?Ada balak omputeh ngorat kau ke sampai boleh jadi perempuan tulen?"Perli Jill.


Tangannya dijabat dengan tangan Camelia."Eh,aku memang perempuan eh kau je yang takpernah perasan."Kata Camelia yang mempunyai seribu makna terpendam.


Jill mencebik bibir."Dahlah,lain kali lah kita sembang.Aku ada date dengan tunang aku ni.Bye!"Kata Jill lalu berjalan meninggalkan Camelia seorang diri.Camelia tergamam.Tunang?


Prangggg!!


Hati Camelia hancur ibarat pinggan kaca yang terhempas ke lantai.Sakitnya hati apabila orang yang disukainya sejak berusia 13 tahun sudah dimiliki.


"Dahlah Iq,nak broken broken buat apa?Dah tertulis Jill tu bukan untuk Iq."Tegur Danish.Bahu adiknya dipaut.Dia tahu adiknya sudah lama menyukai anak jiran mereka.Sebab itulah Camelia tidak pernah menerima sebarang lelaki yang meminatinya.


Dan sebab itu jugalah dia menolak tawaran memasuki sekolah berasrama penuh.Semuanya kerana hati Camelia sudah terukir nama seseorang.Sessorang yang dia perlukan untuk sentiasa ada bersamanya.


Camelia tersenyum pahit sebelum dia dan Danish jalan beriringan masuk kedalam rumah.Biarlah,biarlah hatinya yang berkecai itu dibiarkan begitu saja,terikat namun tak bertali...


Eh,itu lagu.Kan?


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey