Home Novel Cinta HATI TERCARIK LUKA
HATI TERCARIK LUKA
AIDA ASMIDA
10/11/2019 22:03:54
53,251
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 10

JAUHpandangan Eyda Amanda. Agaknya mahu tembus dinding kaca Starbucks Coffee itu.Fikirannya menerawang bagai di awangan. Jiwanyabergelora, namun ekspresi wajahnyatampak begitu tenang. Dia cuba menyembunyikan rahsia hati. Jari- jemari menari-nari memainkan gelas kaca di hadapannya.

“HaiEyda!”

EydaAmanda memalingkan wajahnya. Lebar senyuman yang terukir di bibir tatkalajejaka Cina bermata sepet itu mencecahkan punggung di atas kerusi berhadapannya.

“Hai!”spontan Eyda Amanda membalas.

“Sudahlama sampai?” soal Allan Tan.

Rasabersalah pula dia bila melihat Eyda Amanda sudah lamamenunggunya.Sedangkan dia yang menghubungi EydaAmanda untuk janji temu itu. Seharusnya dia yang menepatimasa dan janji.   

“Takadalah. Baru je sampai.”

Sorry Eyda, I stuck kat traffic jamtadi,” jelasAllan Tan ringkas.

Diamasih diburu rasa bersalah. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Eyda Amandaberburuk sangka bahawa dia adalah lelaki yang tidak menepati janji. Tak ubahseperti sahabatnya, Dani Zairie.

It’s okay. So ada apa younak jumpaI?” Eyda Amanda bertanya.Diamenghirup perlahan ice blended latte kegemarannya. Sekadar membasahkan tekak yang kering.

“Saja.Rindu dengan you,” usikAllan Tan selamba.

Sukabenar dia menyakat Eyda Amanda. Direnung wajah Eyda Amanda dalam-dalam. Manisdan cantik. Keayuan wajah yang asli. Begitu terserlah kejelitaan Eyda Amanda.Hairan sungguh dia, mengapa Dani Zairie sanggup menganiayagadis secantik Eyda Amanda? Tidak berhati perutkahlelaki itu? Ah! Kejam sungguh Dani Zairie.

Andaidia miliki gadis jelita itu,pasti dia akan menatang bagaikanminyak yang penuh. Hakikatnya,jejaka bermata sepet ini lebih cenderungmeminati dan mengidami ciri-ciri gadis Melayu.Tapi mengapa Dani Zairie sanggup mensia-siakan semua ini? Tidak pernah menghargai kewujudan Eyda Amanda?

‘Lelaki Melayuitu benar-benarbodoh!’ Getus Allan Tan dalam hati.

“Hah!Sudahlah Allan. You dengan kawan baik you tu sama saja. Hipokrit,” perli Eyda Amanda sambil mencebik. Diarasa seolah-olah semua lelaki sama seperti Dani Zairie.Cintanya seakan mati buat makhluk yang bergelar lelaki.  

Hello dear, janganlah nak samakan Idengan Dani. Kita orang berdua sama lelaki tapi tak serupa,” protes Allan Tan dalam gurauan.

Berdesingjuga telinganya mendengar tuduhan Eyda Amanda yang agak melulu itu. Seakanberdentam-dentum letupan mercun menembusicorong telinganya.

“Hmm…apa yang tak serupa?” soal Eyda Amanda mendatar. Masih dalam nada sindiran.Kedua-dua keningnya terangkat seketika.

Sempatjuga Eyda Amanda menjeling wajah Allan Tan. Kacak dan macho. Wajah ala-ala selebriti Korea, Song Joong Ki. Andai dibandingkan denganDani Zairie memang tiada beza. Memiliki ciri-ciri lelaki yang menjadi idamanwanita. Hanya bangsa dan agama yang membezakan mereka berdua.

‘Huh!Lelaki! Semua sama. Tak habis-habis berlakon. Pandai cover line. Menyakitkan hati!’Gumam Eyda Amanda dalam hati.

Even I baik dengan dia, tapi totallydifferent. I mana ada girlfriend?Dia pulak girlfriend kelilingpinggang, ma,jelas Allan Tan cuba menafikan faktadan kenyataan Eyda Amanda. 

“Sebabdia playboy, kan?” Eyda Amandasengaja menduga. Dia sekadar ingin memastikan Allan Tan masih berpihakmenyebelahi Dani Zairie atau sebaliknya.

Terkebil-kebilAllan Tan memandang Eyda Amanda. Tiba-tiba bibirnya terasa begitu berat menuturkata. Ulas bibirnyaseakan terkunci. Sukar sekali untukmengiakan kata-kata Eyda Amanda. Biarpun ia benar belaka. Dia berfikir sejenakuntuk berbicara sebaik mungkin.Diabimbang andai hati Eyda Amanda tergores luka bercalar lagi. Seboleh-bolehnya dia tidak mahumengeruhkan keadaan yang semakin keruh itu.

Previous: Bab 9
Next: Bab13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AIDA ASMIDA