Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 14

Malam itu, Irdina mengemas pakaian untuk di bawa balik ke kampung halamannya. Telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej WhatsApp masuk. Seperti biasa, mesej dari orang yang sama setiap hari, setiap malam. Bila ditanya nama orang itu memberitahu supaya memanggilnya sebagai Encik Secret Admirer. Sudah beberapa bulan berterusan begini namun Irdina tetap melayan Encik Secret Admirer seperti biasa. Tiada yang istimewa kerana dia tidak teruja pun untuk mengenali siapakah jejaka itu.

            'Assalamualaikum awak. Buat ape tu?'

           'Waalaikumussalam. Kemas pakaian.'

          'Nak pegi mana? Balik kampung ke?'

         'Ya, camana tahu?'

          'Sekarang kan dah mula cuti pertengahan penggal I ni. Awak kan kampung kat Kelantan.  So, mestilah awak balik kampung awak kan.'

         'Macam mana awak tahu saya orang Kelantan? Saya tak pernah bagitahu rasanya.'

        'Saya kan secret admirer awak, mestilah banyak benda yang saya tahu tentang awak.'

       'Owh, yeke? Tak apelah kalau gitu..'

Irdina mencebik mulutnya. Sedikit menyampah. Alah, bukan susah pun nak tahu asal dari mana. Kat Facebook pun boleh tahu, fikirnya.

          'Balik sorang je ke? Berani ke drive sorang?'

         'Dah biasa. Sebab saya tak ada teman nak diajak balik kampung bersama-sama.'

        'Saya nak ikut awak balik kampung boleh ke?'

        'Nak buat ape?'

        'Nak jumpa parent awak.'

        'Kenapa nak jumpa mereka?'

       'Nak masuk meminang awak!!'

       'Owh yeke..nak pinang orang ni, mestilah orang tu pun dah kenal kan. Ni saya tak

        tahu pun siapa awak, camana rupa awak, dari mana, kerja ape..'

        'Awak kisah ke kalau orang yang masuk meminang awak tu tak berapa hensom, kerja pun tak adalah bagus sangat..'

       'Kisahlah juga..'

Irdina senyum sendiri. Sejujurnya dia tidak begitu kisah pun tapi dia memang sengaja mahu menguji orang itu sahaja.

            'Awak jangan risau, saya cukup pakej untuk meminang awak. Saya kacak, kerja pun bagus, baik hati, penyayang dan lain-lain..'

           'Perasan juga awak ni kan..biasanya kalau orang perasan, dia tu tak adalah seperti yang dia katakan.'

          'Hahaha..yeke..nanti dah jumpa saya nanti awak mesti akan terpegun punya tengok saya. Sangat lah kacak, ala-ala Fattah Amin gitu..'

         'Kalau awak ni ala-ala Fattah Amin, kenapa tak cari yang macam Fazura? Saya ni macam nenek Fazura je..'

        'Alahai, merendah diri pulak dia. Saya gurau je. Saya ni biasa-biasa je. Mungkin tak sesuai dengan awak yang lawa ni.'

        'Saya tak lawa pun. Kalau saya ni lawa, dah tentu dah jadi bini orang atau mak orang sekarang. Masalahnya bila dah jadi andartu maksudnya tak lawalah. Muka macam pecah rumah kot..'

         'Awak adalah perempuan paling cantik yang saya pernah kenal..luaran dan dalaman..'

        'Macamlah awak kenal sangat saya..macamlah awak serumah dengan saya sampai cakap dalaman saya pun cantik. Saya bukan orang yang baik sangat pun.'

        'Samalah saya pun. Tak baik mana pun.'

        'Awak umur berapa?'

Tiba-tiba Irdina terasa ingin bertanya banyak pula malam itu. Mungkin kerana cuti sekolah dan tidak sibuk sangat. Kalau hari biasa, sepatah tanya, sepatah jawab. Itu pun jika dia mahu jawab, jika tiada mood dan stress dengan kerja, maka mesej lelaki itu akan terbiar begitu sahaja.

        'Sebaya awak.'

        'Dah kahwin ke belum ni?'

        'Belum. Kalau dah, tentu saya tengah sibuk layan wife dan anak saya sekarang ni..'

        'Tapi ada je tunang orang, laki orang mesej saya..'

        'Yeke..pastu awak layan tak?'

        'Malas nak layan. Apa yang diorang ni nak ya? Pelik saya, dah kahwin, dah tunang tapi pujuk rayu anak dara orang. Tak malu..'

        'Saya pun tak tahu nak komen camana. Yang penting saya ni single and available. Oh ya, boleh ke kalau saya nak pergi kampung awak ni? Saya serius ni. Apa nama kampung awak??'




Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee