Suasana kelab malam yang dipergi oleh Alisha semakin bingit apabila lagu "Don't let me down" mula dimainkan oleh DJ. Sedikit-sedikit minuman keras yang dituang di dalam gelas kecil diteguk. Inilah penenangnya. Dia ternyata serabut apabila memikirkan kembali apa yang telah diberitahu oleh Khan. Dia sungguh kecewa dan tidak percaya.
"I'm not stupid, Khan. Kau boleh tipu aku macam-macam tapi once you are mine, tak ada orang lain boleh rampas kau daripada aku", kata Alisha seorang diri dalam keadaan separa sedar. Tawa kecil dihamburkan. Entah mengapa dia rasa seperti ditikam dari belakang. Hatinya retak seretak-retaknya. Membayangkan Khan bergembira bersama si 'isteri' cukup menaikkan api kemarahan seorang gadis bernama Alisha. Dia tidak kisah jika nyawa perlu dipertaruhkan asalkan dia mampu untuk memiliki lelaki itu.
Selamanya.
"Alisha ! Oh My God ! I tak sangka jumpa you dekat sini", seorang gadis campuran Cina-Melayu duduk di hadapan Alisha. Wajahnya cukup ceria. Rambut perang yang tampak sihat laju sahaja dibetulkan agar keterampilannya kekal terjaga.
"Oh My ... Lizzy ! I ingat you fly hari ni"
"Tak pun. I fly esok kut ? You pulak ?", soal Lizzy sambil melihat sekeliling seperti mencari sesuatu.
"I baru je balik dari Dhaka"
"Eh, Alisha. Selalunya you datang sini dengan Khan. But why hari ni I tak nampak dia pun ?"
Alisha terdiam. Berkira-kira sama ada mahu menceritakan hal sebenar atau tidak. Jujur dia katakan, Lizzy ialah satu-satunya rakan sekerja yang paling rapat dengannya. Walaupun tidak dikategorikan sebagai sahabat, namun mereka bagaikan keluarga.
"He's married", Alisha menjawab pendek. Dia tahu, kenyataannya kali ini bakal mengundang kontroversi.
"Hah ? Are you serious ? Tapi macam mana ?", Lizzy membeliakkan mata.
"I don't know. Dia cakap dia terpaksa sebab nak sedapkan hati mak dia. Menyampah betul. Mak dia pun perangai macam budak-budak", pantas sahaja Alisha menghamburkan kata-kata yang diselitkan dengan emosi.
"Oh My God. Habis macam mana dengan you, Alisha ?"
"What can I do then ? Takkan I nak pergi melutut pulak ? But I'm fine. Tahulah I nak buat apa", air minuman diteguk.
"You tahu tak siapa perempuan tu ?"
"I tak tahu tapi I akan cari tahu jugak"
"Eeee kesiannya you. Dah 6 tahun you bercinta dengan dia tapi sekarang dia yang betray you. Even dia punya mom nak dia kahwin dengan perempuan tu, takkanlah dia tak boleh slow talk ?", kata Lizzy sambil memandang tepat anak mata Alisha.
"I tak boleh nak buat apa. By the way, ada lelaki on the way datang dekat you", Alisha memuncungkan mulut bagi memberitahu lokasi lelaki itu kepada Lizzy.
"Hey, girl. Wanna dance with me ?", bahu Lizzy ditepuk oleh seorang lelaki.
"Ya ! Alisha, I pergi menari dulu eh ? See you later", laju sahaja Lizzy mengikuti langkah lelaki itu. Alisha hanya mengangguk. Malas ingin melayan kerenah rakan sekerjanya.
---
"Nah. Saya dah siap iron kan baju awak", aku menyerahkan uniform juruterbang milik Khan kepada dia yang sedang asyik menonton televisyen. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.
"Oh, thank you", dia mengambil pemberianku. Aku hanya diam. Berkira-kira untuk bertanya sesuatu tapi takutlah pula. Huhuhu.
"Khan, tak nak makan ke ? Saya dah masak tadi"
"Aku tunggu kau. Lama sangat nak iron baju aku pun"
Aku menjelingkan mata. Lama ? Kau ingat senang ke nak iron baju kau ? Takkan 3 minit dah siap ? Adoi !
"Jomlah makan atau awak nak tengok tv dulu ?"
"Jom ah", dia menapak dahulu ke dapur. Aku hanya mengikuti langkahnya. Tanpa membuang masa, aku mengambil pinggan dan cawan lalu meletakkan nasi dan air di dalamnya. Khan tampak gembira apabila melihat sambal udang yang aku masak. Kegemaran dia mungkin ? Hurmmm apa lah ! Suami sendiri pun tak tahu.
"Sedap jugak kau masak", suapan pertama ditelan. Hahahaha ! Of course aku masak sedap. Ini Chef lah wei. Even bukan chef sebenar, but who cares ?
"Thank you"
Suasana agak sunyi buat lima minit di antara kami. Masing-masing khusyuk dengan makanan yang ada di hadapan mata.
"Khan, esok awak fly ke Nanjing, nak keluar rumah pukul berapa ?", soal aku. Sejujurnya, inilah yang paling aku buntukan. Aku bercadang untuk memberi dia bekal sebelum pergi bekerja. Risau jika dia sakit akibat tidak mengambil sarapan pagi.
"Pukul 8 aku dah kena gerak. Kenapa ? Kalau kau nak keluar pergi mana-mana masa aku tak ada, pergi je lah", jawab dia sambil meneguk air sunquick perisa oren yang aku sediakan. Aku rasa gembira ! Gembira kerana dia berselera menikmati masakan aku walaupun dia kata tidak mahu menganggap aku sebagai isteri. Hihihi. Alangkah indahnya kalau kami berkahwin atas dasar cinta, bukan kerana terpaksa ?
"Oh, okay. Thank you"
"Kenapa kau tanya ?", keningnya diangkat.
"Nothing. Sengaja je tanya. Kalau mommy call ke apa ke at least saya dah ada jawapan", balas aku sambil menayangkan senyuman.
Entah mengapa apabila membayangkan dia memakai baju seragam juruterbang, mengingatkan aku pada waktu pertama kali aku bertemu dia di KLIA tiga tahun yang lalu.
---
3 tahun yang lalu ...
Aku membetulkan tudung bawal yang aku pakai. Solekan nipis yang menghiasi wajahku aku belek dengan penuh prihatin. Ikutkan maklumat daripada laman sesawang Malaysia Airlines dan aplikasi Flight Radar 24, pesawat yang diterbangkan oleh Khan Fadzil bakal mendarat dalam masa dua minit lagi. Aku menanti dengan penuh teruja. Buku dan pen aku genggam dengan erat. Inilah impianku. Impian untuk bertemu si dia yang aku anggap seperti idola sejak di bangku sekolah menengah lagi.
Sebaik sahaja melihat dia berjalan keluar dari balai ketibaan, membuatkan aku bertambah teruja dan gembira. Dia kelihatan kacak dalam uniform itu. Aku berlari meluru ke arahnya.
"Assalamualaikum ! Encik ni Khan Fadzil kan ? Pilot untuk Malaysia Airlines ?"
"Ya saya. Kenapa ?", dia menjawab dengan sopan. Raut wajahnya mempamerkan riak pelik. Pelik agaknya apabila aku meluru ke arahnya.
"Saya peminat Encik Khan Fadzil. Saya lah yang encik kata boleh tengok google kalau tak faham tentang RVSM (Reduced Vertical Separation Minima)", aku menerangkan dengan sepenuh hati.
"Peminat saya ? Tapi saya bukan artis", dia tersengih. Orang yang lalu-lalang tidak dihiraukan kami.
"Saya aviation lover. Jadi, semua pilot adalah idola saya. Tapi, dalam banyak-banyak tu, Encik Khan Fadzil yang paling saya minat dan kagum"
"Hahaha ... awak ni. Nama apa ya ?"
"Nur Shakirah. Encik boleh panggil saya Sha"
"Oh okay"
"Encik Khan, boleh tak kalau saya nak minta autograf encik dan gambar kita berdua ? Saya nak buat kenangan", aku menghulurkan buku dan pen kepada dia. Dia menerima pemberianku lalu menulis sesuatu pada buku itu. Senyuman tidak mati di wajahku saat ini. Aku terlalu gembira !
"Jom ! Peace !", dia yang memegang telefon bimbitku menekan punat kamera lalu beberapa keping foto kami berdua berjaya ditangkap. Ya Allah, happy nya !
"By the way, may I have your phone number ?", soal dia kepadaku. What ?! Phone number ?! Aku silap dengar ke ? Is this real ?
"Kenapa Encik Khan nak ?", aku tersipu-sipu malu bertanya.
"Sengaja ? Memandangkan you orang pertama yang cakap I ni idola you", dia menyerahkan telefon bimbit jenama Opponya kepadaku. Weh ! Aku pegang phone idola aku !
"Nah. Saya dah masukkan"
"Alright. Thank you"
"Encik Khan dah nak pergi ke ?"
"As you can see, I baru balik dari ChongQing. Penat sangat", kata dia sambil membetulkan tai hitamnya.
"Oh ... Encik Khan, ni saya ada belikan coklat cadbury. Encik Khan makanlah untuk alas perut", aku menghulurkan beberapa keping coklat cadbury kepada dia. Dia pantas sahaja mencapai lalu menghadiahkan aku sebuah senyuman. Ya Allah ! Mimpi ke apa ni ?
"Thank you tau. I gerak dulu"
---
"Mak", tegur Shakiah apabila melihat ibunya, Mak Cik Salimah, termenung memikirkan sesuatu di tepi pintu. Pasti ibunya merindui Shakirah, yang telah berumah tangga bersama Khan Fadzil. Sedangkan dia sendiri pun merindui adiknya, apatah lagi ibu yang telah mengandungkan selama 9 bulan ?
"Akak...", emak pantas menyeka air mata yang mengalir membasahi pipi.
"Mak rindu adik ke ?"
"Haah, kak. Kenapa sampai sekarang tak jenguk kita ?", soal mak.
"Mak, diorang pun baru je kahwin. Insya-Allah nanti diorang datanglah", balas kakak ingin menenangkan hati emak.
"Emak harap sangat si Khan tu jaga adik elok-elok"
"Ya, mak"
"Nanti akak mesej adik supaya balik dengan Khan tau. Mak rindu"
"Baik, mak"
---
"He's so tall and handsome as hell, he's so bad ...", kedengaran lagu Taylor Swift, Wildest Dream tidak jauh dari tempat aku berada. Aku yang sibuk di dapur menyediakan bekal makaroni goreng laju sahaja berlari ke ruang tamu. Ingin lihat siapa yang menelefon pagi-pagi buta.
"Assalamualaikum ?"
"Wa'alaikumussalam, adik !", suara yang ceria menyapa dari dalam talian. Hah rupanya kakak yang telefon. Fuhhh ! Cuak den. Ingatkan siapalah. Risau juga. Hehe.
"Kenapa akak call ?", aku memulakan perbualan sambil berjalan ke dapur semula. Bekal yang mengandungi makaroni goreng aku tutup dengan rapi.
"Sengaja je. Adik buat apa ?"
"Baru je lepas masak. Ni nak siapkan bekal untuk Khan"
"Aik ? Awalnya ? Baru 7:30 pagi ?"
Aku melihat ke arah jam tangan pasar malam yang aku beli bersama Izzah pada minggu lalu. Hurmm ... memanglah baru 7:30.
"Khan ada flight pagi ni. Kesian pulak kalau tak buat breakfast. At least nak dia alas perut"
"Oh, hahaha. Apa je yang adik masak ?", akak ketawa dari dalam talian. Mendengarkan suara ketawa akak cukup menggelikan hatiku. Rindu !
"Makaroni goreng je. Harap dia sukalah"
"Amin !", tawa kakak semakin galak. Annoying jugak sekarang ni weh !
"By the way, bila adik dan Khan nak balik kampung ? Mak dah tanya walaupun adik baru kahwin tak sampai seminggu"
"Insya-Allah, kak. Tunggu Khan balik dari Nanjing. Maybe tiga hari tak ada dekat Malaysia. I need to wait"
"Oh, yelah kalau macam tu. Nanti akak inform dekat mak je. Lagipun akak faham kerja dia macam mana. Pilot kan ?"
"Eloklah akak faham. Ingatkan tak faham tadi"
"Amboi ! Kemain eh ?"
"Haha.. akak ni. Dahlah. Kejap lagi dia turun. Adik tak nak dia lewat"
"Hehe ... okay, dik. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam !", jawab aku lalu mematikan talian.
Entah mengapa pagi ini aku rasa bersemangat. Semangat yang aku sendiri tidak tahu datangnya dari mana. Aku cepat-cepat sahaja membawa bekal tersebut ke ruang tamu lalu menanti Khan Fadzil untuk keluar dari bilik tidurnya. Hurmm ... bosan.
"Eh ? Kau dah bangun ?", sedang asyik aku melayari aplikasi Instagram sambil menanti si putera untuk keluar, kedengaran suara lelaki yang aku cukup kenali menegur aku dari tangga. Aku menoleh, dan tersenyum.
"Saya dah lama bangun"
"Wow ...", bagasi hitam diletakkan di tepi pintu. Nak pukul 8 dah ke ? Tak puas tengok laki aku ni !
"Awak dah nak bertolak ke ?"
"As you can see"
"Ni bekal untuk awak", aku menghulurkan bekal tersebut.
"Bekal ? For what ?", dia mengjongketkan kening ketika menerima pemberianku.
"Yelah. Awakkan tak breakfast. Jadi, saya masakkanlah untuk awak. Kalau awak tak boleh makan dekat rumah pun, awak boleh makan dekat tempat kerja. Actual departure awak pun lambat lagi kan sebenarnya ?"
"Oh, okay .. kalau macam tu aku gerak dulu ah. Nanti apa-apa kasi roger"
"Jap .. roger ? Nombor awak pun saya tak ada"
"Ala kau ni pun. Nanti aku buat missed call, make sure kau save. Dah, dah ! Aku lewat ni", dia bergegas menyarung kasut kulit hitamnya.
"Eeee Khan ! Buatlah missed call sekarang. Nanti awak lupa, susah saya"
"Bluekkkk ! Tak nak ! Lagipun aku belum tua lagilah", dia menjelirkan lidah. Aku hanya berdiri di tepi pintu. Menunggu sehingga dia tiada lagi dalam pandangan. Sepatutnya seorang isteri mengiringi suami kan ? Heheh aku kan isteri mithali ! Tak apa ! Aku takkan putus asa untuk menawan hati dia ! Tunggu kau, Khan Fadzil. Game baru nak start !
---
"Fulamak, bro ! Bini bagi bekal ke ?", Edzuan yang ditugaskan untuk menerbangkan pesawat Boeing 737 ke Nanjing bersama Khan menyapa sambil ketawa di restoran berdekatan. Ketawa menyakat ? Memerli ? Hurmmmmmm. Sememangnya mereka berjanji untuk bertemu dahulu di sini sebelum bergerak ke KLIA.
"Dia risau aku tak makan", Khan membalas. Entah mengapa dia rasa bangga apabila Edzuan menegur. Terasa kembang seperti maggi kari yang mengembang setelah dibiarkan lama.
"Walaweh ! Sweet nya ! Ni yang buat aku cemburu. Tiba-tiba rasa nak kahwin pulak"
"Biasalah. Ada isterikan ?"
"Eleh tapi how about Alisha ? Our hot stewardess ? Aku dengar banyak gosip pasal kau dengan dia"
"Entahlah, Wan. Aku tak tahu nak cakap apa dah"
"But why kau kahwin dengan orang lain tapi tak inform apa-apa dengan dia ?"
"Wan, I told you kan yang aku kahwin dengan isteri aku tu sebab mak aku yang nak. Lagi pun aku tahu mak aku tak suka dengan Alisha"
"Habis tu kau dengan bini kau tak ada cinta-cinta lah ?"
"Entahlah. Tapi kan aku rasa dia tu ikhlas kahwin dengan aku. Kau ingat tak ada seorang budak perempuan minta tandatangan aku dulu waktu aku balik dari ChongQing 3 tahun lepas ?"
"Ingat ingat", Edzuan mengangguk.
"Dia lah isteri aku sekarang ni. I just can't believe"
"What ?! Serious lah ?!", Edzuan terlopong mendengar penjelasan Khan Fadzil.
"Ya Allah .. betullah. Tapi okaylah kan aku dapat isteri macam dia ? Waktu dia nak salam aku pun, dia malu-malu"
"Hahaha .. kau kan idola dia ? That's why dia macam tu", ketawa Edzuan meletus apabila membayangkan adegan lucu antara rakannya itu bersama si isteri.
"Tak apalah. Nanti aku kenalkan kau dengan dia. Dia memang suka dengan pilot"
"Weh kau ni bini kau kan ? Kenalkan dengan aku kenapa ?"
"Mana tahu kita boleh borak semeja tentang kapal terbang ? Hahaha"
"Okay that's sound weird"
---
"MH 9, 32R, cleared for take-off", suara pengawal trafik udara menyambut kesibukan Khan Fadzil bersama Edzuan di dalam pesawat Boeing 737 itu.
"32R, cleared for take-off, MH 9. Thank you. Bye", Khan Fadzil membalas panggilan radio tersebut. Usai mendapat perlepasan untuk berlepas di landasan 32R, mereka memulakan penerbangan.
Masing-masing berdebar. Walaupun sudah bertahun bergelar juruterbang, mereka masih berdebar. Gelisah jika terjadi apa-apa yang tidak diingini kerana berlepas juga merupakan waktu yang kritikal dan memerlukan mereka untuk bertindak lebih cepat jika terjadi apa-apa memandangkan mereka hampir dengan muka bumi.
"V1"
"Rotate"
"Departure, MH 9", Khan Fadzil membuat panggilan radio kepada KUL Tower. Entah mengapa penerbangannya kali ini ke Nanjing seperti bakal mengundang pelbagai memori antara dia dan Alisha. Dia tidak mahu mengingat memandangkan dia sudahpun bergelar suami. Mungkin ada hikmahnya. Dia sendiri tidak tahu.
Apabila pesawat yang diterbangkan mereka mencapai 'cruising altitude', Khan pantas mencapai telefon bimbitnya lalu menangkap beberapa gambar berlatarbelakangkan awan untuk ditunjukkan kepada isterinya yang berada di rumah. Biarpun dia masih tidak mendapat sebab yang relevan untuk mencintai seketul donat bernama Shakirah, dia masih ingin melayan gadis itu seperti isterinya. Walaupun dia sendiri pernah menghamburkan kata-kata yang melukakan hati pada hari pertama perkahwinan mereka.
"Cantikkan, Wan. Kalaulah aku boleh bawa isteri aku sekarang ni. Mesti dia suka", kata Khan sambil menoleh ke arah Edzuan yang sedang menikmati hidangan dalam pesawat yang dihantar oleh pramugari yang bertugas.
"Next time, kau belilah tiket untuk dia"
"Nantilah kan ? Bagus juga idea kau"
"Ni Edzuanlah weh. Bukan calang-calang calon suami tau", kata-kata Edzuan mengundang tawa Khan Fadzil. Bagaikan tidak percaya mereka sedang menikmati hidangan dan bersembang pada FL320 (32,000 kaki)
---
"Izzah !", jerit aku tatkala melihat wajah Izzah, sahabat karibku di muka pintu. Gembira apabila gadis itu jauh-jauh hadir ke rumahku sambil membawa sekotak Cheezy Pizza yang dibeli di Pizza Hut.
"Weh ! Tak cakap nak datang", aku dan dia berpelukan.
"Kalau aku cakap, tak surprise lah", Izzah ketawa.
"By the way, tahniah untuk wedding kau dengan Khan. Aku tak sangka yang kau kahwin dengan dia"
"Eleh .. wedding aku pun kau tak datang", aku mencebik. Menunggu perangai Izzah yang terlalu 'mean' untuk untuk keluar. Sememangnya itulah yang membuatkan kami rapat sehingga hari ini.
"Ala, tapi aku dah datangkan sekarang ?"
"Malas nak layan kau ni"
"Oi, mana baby bucuk kau ? Fly ke hari ni"
"Eeeee sibuklah kau. Dia fly pergi Nanjing. Nanti dia baliklah 3 hari lagi"
"Dia takkan tak ambil cuti ? Peliklah", pizza yang penuh dengan keju dimasukkan ke dalam mulut.
"Babe, dia tak nak anggap aku macam isteri. Aku tak kisah pun. Jadi, apa guna dia cuti kononnya untuk honeymoon kalau aku dengan dia pun tak bercinta ? Kalau akulah kan, memang aku open hati aku untuk dia. Ecewah. Tapi tinggal dialah sekarang ni. Aku tak kisah pun. Aku percaya dengan Qada' dan Qadar Allah SWT", terang aku panjang lebar.
"Tak berubahlah kau ni. Dari sekolah sampai dah kahwin pun still TOO POSITIVE", Izzah mengeluh kemudian ketawa kami berdua meletus. Betullah. Aku memang terlalu positif. Susah untuk aku berfikiran negatif. Kadang-kadang sikap ini juga boleh menjadi satu kekurangan dan kelebihan pada diri aku.
"Yang penting kau still BFF aku"
"Betul sangat tu !"
"Macam mana butik ? Insya-Allah minggu depan baru aku start kerja balik. Buat masa ni aku bagi kau handle dululah, Izzah"
"Boleh je. Customer ramai as usual. Maybe lepas ni kau kena keluarkan rekaan terbaru. Mesti dapat banyak sambutan"
"Aku pun terfikir macam tu. Nanti aku double confirm baliklah"
"Okay, bossku si isteri juruterbang kacak !"
"Annoying kau ni. Aku potong gaji kau nanti"
"Try me. Apalah sikap boss macam ni"
"Shut up, okay !"
---
P/s : SAYA MINTA MAAF JIKA ADA MANA-MANA BAHAGIAN YANG TIDAK TEPAT. MOGA KORANG TERHIBUR DAN TINGGALKAN KOMEN. SAYANG KORANG ! SALAM ROTATE !