Tiga hari telah berlalu, namun Khan Fadzil masih belum muncul di hadapan mata. Jujur aku katakan yang aku amat merindui dia. Tidak melihat dia selama tiga hari bagaikan bertahun-tahun lamanya. Mengenangkan yang dia masih ada beberapa jam sebelum pulang ke tanah air, aku menapak ke dapur lalu memasak hidangan kegemaranku sebagai hidangan makan malam, iaitu Tom Yam. Hendak makan atau tidak ? Atau aku patut tunggu dia balik dulu ?
Setelah lama menonton televisyen, aku melihat jam di dinding. Sudah pukul 12 tengah malam. Hurm .. mungkin lambat lagi dia nak sampai rumah. Yelah .. airport pulak. Makin lama, aku makin mengantuk.
"Huwargghh ! Lambatnya awak nak balik, Khan. Baik tidur dulu"
---
"Tet tet", bunyi tanda pintu dibuka. Khan menapak masuk sambil menarik bagasi hitamnya.
Hah ! Akhirnya sampai juga dia di rumah. Bolehlah dia rehat memandangkan dia ada cuti selama 3 hari.
"Eh .. tidur dah dia", kata Khan sambil menuju ke arah Shakirah yang sedang tidur di sofa. Sejuk pulak tengok muka isteri depan mata.
Dahi Shakirah dikucup lalu rambut hitam milik gadis itu diusap lembut. Wangi. Entah mengapa raut wajah itu membuatkan Khan Fadzil tidak betah. Tiba-tiba tubuh Shakirah bergerak sedikit, membuatkan Khan semakin berdebar. Risau jika gadis itu bangun. Tanpa berfikir panjang, tubuh itu didukung lalu dibawa ke bilik tidurnya.
Ya. Dia sedia maklum bahawa bilik dia dan Shakirah berbeza namun kali ini, biarlah sekali-sekala gadis itu merasai bagaimana tidur di bilik seorang juruterbang. Eh ? Tiber.
"Tak apa. Malam ni green light kau tidur atas katil aku. Next time, no no no"
---
Aku membuka mata perlahan-lahan. Suasana bilik tidurku kelihatan redup dengan lampu dan pengcahayaan yang berbeza. Bau lavender yang selalu aku hidu berganti kepada bau vanila. Bau yang manis dan mengasyikkan.
Kejap ... ni bilik aku ke ? Kenapa lain macam ?
Aku menoleh ke kanan lalu melihat tubuh Khan yang masih berpakaian juruterbang lena dibuai mimpi.
Ya Tuhan ! Macam mana aku boleh tidur dengan dia ? Ya Tuhan ... macam mana ni !
Aku cepat-cepat bangun lalu menapak keluar dengan perlahan agar dia tidak terjaga. Fuh ! Kalau dia tahu, mati aku. Entah-entah aku mengigau. Eeeee bodohnya kau, Shakirah. Sengaja cari nahas.
Setelah memanaskan Tom Yam yang aku masak malam semalam, aku meneruskan tugas harianku sebagai suri rumah. Menyidai baju, menyapu rumah dan berbagai-bagai lagi. Hendak kejut Khan Fadzil, baru pukul 10 pagi. Kesian pula. Dia kan penat balik lewat malam. Tunggu dia bangun je lah.
"Huwarghhhhhhh !!!", kedengaran kuat bunyi menguap milik Khan Fadzil di belakangku. Mukanya masih sembab. Entah mengapa lucu bagi aku.
"Awak dah bangun ?", tanya aku sambil tersenyum.
"Dah. Awak masak apa ?", dia bertanya sambil berjalan ke dapur. Aku membuntuti dia.
"You call me 'awak' ?"
"Ya. Salah ke ?"
"Bukan ke awak kata .."
"Shuttt. Lupakan pasal tu. I'm sorry okay ? I just wanna have a new life with you", dia meletakkan jari telunjuknya pada bibirku agar aku berhenti dari menuturkan kata-kata. Tak guna kau ! Tapi kenapa aku rasa happy ?
"Kenapa sayang saya ni blushing ?", kata dia sambil mencubit pipiku.
"Eeee sakitlah !"
"Hahaha", dia ketawa. Ya Allah, ini kali pertama aku lihat dia ketawa dan senyum seceria ini.
"Wow ! Sayang masak Tom Yam ! Ni yang makin sayang !", dia menjerit kegembiraan sebaik sahaja membuka tudung saji.
"Kejap eh. Saya ambilkan pinggan"
"Okay, sayang", pantas sahaja dia mencium lembut pipiku. Adoi ! Ni yang lagi blushing !
Sebaik sahaja semua telah dihidang, dia makan dengan penuh berselera. Aku hanya memerhati. Buang tebiat agaknya selepas beberapa hari di Nanjing. Hurmmmmm creepy.
"Awak memang suka Tom Yam ke ? Dulu selalu tengok awak update story makan tom yam dengan someone"
"Eh .. jangan ungkitlah, sayang. Tom yam ni legend tau. Memang favourite. Mommy selalu masak bila saya balik dari fly"
"Sedap ke saya masak ?"
"Mestilah sedap ! Kalau tak, takkanlah saya makan dengan berselera. Sayang tak makan ke ?"
"No no no. Saya dah makan tadi"
"Awww, come on, sayang. Just one bite", dia menghulurkan sesudu nasi bersama kuah tom yam dan beberapa ketul potongan ayam. Nak tolak, suami pulak tu.
"Just one bite", aku menerima suapan nasi itu. Sedap pulak. Mungkin sebab Khan Fadzil yang suap ? Ehhhhhhhh ? Hehe gatal !
"Macam ni lah wife abang. Lepas ni kita bahasakan diri kita sayang-abang okay ? Nak sweet-sweet dengan sayang !"
"Eeee gatalnya awak ni, Khan Fadzil"
---
"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sekali lagi", termasuk ini adalah kali kelima Alisha cuba mendail nombor telefon bimbit milik Khan Fadzil. Mana lelaki itu ? Kepenatan terbang pulang selepas bertugas dari Dhaka ke Kuala Lumpur tidak dihiraukan. Selalunya lelaki itu akan mengambilnya pulang. Isy !
"Eeeee mana you ni, Khan ? Call lima kali pun you tak angkat. Patutnya sekarang you dah balik dari Nanjing !", omel Alisha seorang diri sambil menarik bagasinya menuju ke kawasan menunggu kenderaan di KLIA. Benci betul.
'Kalau you tak nak ambik I, bagitahu dulu. Don't make me wait !' -Alisha
Satu pesanan ringkas dihantar melalui aplikasi WhatsApp. Hidupnya serabut. Hendak ambil Grab, sekarang sudah pukul 1 pagi. Hurm.
"Alisha ?", seorang lelaki yang kacak dalam pakaian pramugara Malaysia Airlines menegur. Lelaki itu kelihatan seperti baru pulang dari bertugas.
Alisha terkesima. Jap ... lelaki ni bukan ke Faez ? Adoi !!!! Lelaki yang suatu masa dulu pernah menjadi pujaan hatinya. Malunya !
"You tak ada transport ke ? Kalau tak ada, I boleh je hantarkan you pulang", petah sahaja Faez berbicara.
"Eh, tak apalah. Macam menyusahkan Faez pulak"
"Menyusahkan apa ? Lagi bahaya you duduk sini sorang-sorang. Kalau ada yang culik you macam mana ? Habislah Malaysia Airlines kehilangan pramugari paling hot dia"
"Faez ni .. I'm fine"
"Khan supposed ambil you kat sini kan ? Tapi mana dia ?"
"Ya ya .. tapi maybe dia tak datang lagi so I need to wait"
"I tahu tak ada orang nak ambil you. It's okay. I boleh hantar you. Lagipun kita kan rakan sekerja"
"Hurm .. so then, thank you. Tapi tak apa ke ?"
"Ya Allah .. tak apa. Rumah you dekat area Damansara kan ? Rumah I pun sama"
"Thank you, Faez"
Mereka jalan bergandingan menuju ke kawasan parkir sambil bercerita mengenai liku-liku yang telah mereka hadapi sewaktu bertugas. Kerja sebagai seorang pramugara dan pramugari bukanlah mudah kerana di atas sana kau adalah doktor, kau adalah pelayan dan sebagainya. Menjanjikan layanan yang terbaik buat penumpang sentiasa menjadi motto nombor satu dalam kehidupan mereka. Dengan ucapan 'terima kasih' mampu melenyapkan rasa penat di dada.
---
"Sayang ...", Khan Fadzil pantas sahaja memelukku dari belakang. Nampaknya 'mood' dia ceria sahaja hari ini. Hehe ni yang nak bodek ni.
"Abang, hari ni kita pergi melawat emak saya dekat Port Dickson, nak tak ? Lagipun mak asyik tanya bila kita nak datang", kata aku sambil mencuci pinggan.
"Boleh je, sayang. Sebelum kita pergi rumah mak, kita belilah apa-apa untuk makan"
"Hehe .. thank you, abang"
"Tapi abang setuju ni pun .. sayang kena balas tau"
"What is it ?"
"Janji dengan abang .. yang sayang akan ikut abang makan dekat K-fry"
"Hahaha bab makan saya tak ada masalah"
"That's why I like you", pipiku dicubitnya. Eee sakit tapi suami kan ?
---
'Kalau you tak nak ambik I, bagitahu dulu. Don't make me wait !' -Alisha
Satu pesanan ringkas dari Alisha dibuka oleh Khan Fadzil setelah menyahaktifkan mod penerbangan pada telefon pintarnya.
Jari-jemari Khan Fadzil pantas sahaja menekan punat-punat huruf pada skrin. Entah mengapa dia tidak selesa menerima mesej daripada gadis itu. Bimbang kemesraannya bersama Shakirah akan tergugat.
'I sendiri pun baru balik dari Nanjing semalam. I penat lagi okay. You boleh je call siapa-siapa untuk ambil you' - Khan Fadzil
Tidak sampai beberapa minit, telefon bimbitnya berbunyi tanda mesej masuk. Sekali lagi dia melihat, Alisha yang menghantar.
'Kalau dulu you tak merungut pun. Apa yang perempuan kampung tu dah buat dekat you hah ? Kata forced marriage tapi kenapa you spend time dengan dia ?' - Alisha
'Sekampung-kampung dia pun, dia ada butik. Ada akhlak. Tak ada nak marah-marah I. Paksa I. She's my wife okay ? You tak berhak nak judge dia macam tu' - Khan Fadzil.
'So you nak compare kan I dengan wife you lah ?' - Alisha
'Maybe yes , maybe not' - Khan Fadzil
'You changed a lot ! I hate you !' - Alisha
'Ya.. I changed a lot and I don't even care. You supposed to find your own happiness. I tak nak kita ada apa-apa kaitan lagi melainkan urusan kerja' - Khan Fadzil
Satu keluhan dilepaskan. Sungguh dia buntu dan lelah melayan kerenah Alisha. Sudah 6 tahun bercinta bersama Alisha, seakan tiada apa. Gadis itu bukanlah calon isteri yang terbaik. Ya. Dia akui. Dia pernah berjanji untuk mengahwini gadis itu tapi semuanya terbengkalai.
"Abang", Shakirah memanggil di pintu masuk biliknya. Khan Fadzil menoleh. Telefon bimbit yang dipegangnya diletakkan di atas meja kerja. Tanpa membuang masa, dia menapak ke arah gadis itu.
"Sayang dah siap ? Awalnya"
"Abang cakap nak melawat emak. Saya siaplah. Ke awal sangat ? Abang nak rehat dulu ke ?"
"No need, sayang. Sayang tunggu dekat ruang tamu dulu. Abang nak mandi. Nanti busuk-busuk, tak syok pulak", tangan Shakirah diusap lembut lalu dikucup.
"Jangan lama sangat tau", pesan Shakirah lalu berjalan menuju ke ruang tamu.
---
Kereta BMW yang dipandu oleh Khan Fadzil pantas berhenti di halaman rumah ibuku. Sebaik sahaja enjin dimatikan, aku membawa keluar 2 kotak besar ayam goreng yang dibeli di KFC Batu 4. Emak dan kakak menyambut kedatangan kami di muka pintu.
"Assalamualaikum, emak !!!!! Rindunya !", aku dengan cepat menuruni tangga lalu bersalaman dengan emak. Tubuh tua itu dipeluk erat. Kakak yang berdiri di sebelah emak aku salam dengan penuh rendah diri. Hampir seminggu tidak berjumpa setelah aku mendirikan rumah tangga bersama Khan Fadzil membuatkan rindu aku semakin membuak-buak.
Khan Fadzil hanya tersenyum melihat gelagatku. Rindu barangkali. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan emak.
"Khan, sihat ?", soal emak.
"Alhamdulillah sihat. Maaflah mak lambat datang. Saya baru balik dari Nanjing semalam", jawab Khan sambil mengiringi emak memasuki ruang tamu rumahku.
"Eh, tak apa. Mak faham kerja Khan macam mana"
"Banyak kau beli ayam KFC, dik ?", soalan yang diajukan kakak mengundang tawa seisi rumah. Hehe beli banyak-banyak sebab nak berpestalah akak oiiii.
"Takut tak cukuplah adik beli banyak. Boleh bagi Mia sikit"
"Haaaaa apa ni sebut nama aku !", tiba-tiba kedengaran suara Mia di belakangku. Alan, Yana dan Deqwan hanya membuntuti ibu mereka.
"Alaaaa mia. Adik beli banyak ni .. rezeki lah"
"Ucu.. nak salam", Alan memanggilku lalu menghulurkan salaman. Aku menyambut dengan penuh ceria. Adoi ! Anak-anak buah kesayangan aku ni !
"Tu pergi salam Pak Cu. Kesian Pak Cu", Mia mengarahkan anak-anaknya untuk bersalaman dengan Khan Fadzil. Tatkala melihat Khan Fadzil menerima hulurun itu cukup membuatkan hati aku cair. Nampak naluri kebapaan tu. Eh eh ?
"Hahaha .. dah dah.. adik, kakak .. pergi ambil pinggan. Takkan nak makan ayam tak ada pinggan ?", arah emak. Aku dan kakak laju sahaja menuju ke dapur. Ya Allah ! Aku suka keriuhan ini. Moga keceriaan dan kegembiraan kami terus kekal. Aamin.