Home Novel Cinta CINTA HILANG ARAH
CINTA HILANG ARAH
Noreey
13/12/2015 11:18:20
37,902
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 39

BAB39

MEREKA TIBA DI MEDAN Selera Bagan Pinang ketika hari sudah menghampiri ke hujung usianya. Raish menggeliat, membetulkan segala sendi yang  lenguh kerana memandu terlalu lama.  Dia tersandar lesu di kusyen kereta kemudiannya.


“Abangokey ke?” Tegur Karmilla.

“Hemm…,” hanya itu yang dijawab Raish sambil menggeliat lagi. Kemudian dia membuka pintu pintu kereta, berdiri sebentar menyedut udara petang, dia mempamit Karmilla yang juga sudah keluar dari kereta. Mereka beriringan menuju ke ruang medan selera, memilih tempat yang selesa tanpa mempedulikan suasana hingar di situ. Waktu-waktu begitu ramai juga pelanggan yang sedang makan minum sambil berbual-bual.

“Milla tunggu sini sekejap...” Raish menghilang sebentar tinggal Karmilla sendirian, menarik kerusi dan mula melayan rasa sambil melontar pandangan ke arah lautan luas. Dunia hidupnya terasa lapang dan luas semula. Saban masa mengadap nota-nota dan memerah otak buat dia rasa ingin bebas dari itu semua. Imaginasinya mula memunggah kenangan...


          Dulu, tempat ini juga sesekali menjadi kegemarannya bersama Mazlin jika ada kelapangan. Datang berbual sambil minum-minum menghirup udara petang. Sekarang semua tingga lkenangan belaka.

Haluan hidup mereka sudah berbeza, jarak dan situasi. Sesaat dia dibuai rindu pada Mazlin. Jauh di sudut hatinya mengakui Mazlin seorang sahabat yang baik biarpun usia mereka berbeza setahun. Mazlin anak sulung dari enam beradik. Bapa Mazlin  cuma penjual sayur dipasar. Sementara ibunya hanya berniaga nasi lemak dan menjual goreng pisang.

Mazlin, rela mengorbankan masa depan demi adik-adiknya. Selepas tamat SPM gadis itu enggan lagi menyambung pelajarannya. Sebaik habis peperiksaan dia terus memohon untuk bekerja di restoran makanan segera.

Mazlin bukan seperti gadis-gadis lain yang suka berpeleseran. Mungkin kerana itu dia suka berkawan dengan Mazlin, kerana dia sendiri pun bukanlah gadis yang suka berpeleseran. Mazlin  gigih bekerja membantu kedua orang tuanya. Hasil dari titik peluh itu juga,  Mazlin mendaftar di sekolahmemandu untuk mendapatkan lesen kereta. Dengan bantuan kedua orang tuanya juga,Mazlin sudah pun memiliki sebuah kereta Kancil terpakai.

Dengan kereta itulah Mazlin selalu datang menemuinya jika dia pulang bercuti. Mengenang kebaikan Mazlin, dia sungguh rasa berdosa kerana menuduh Mazlin sesedap mulutnya. Baru dia sedar yang dia sudah melukakan hati Mazlin.

          “Maafkan abang… err Milla dah order?” Tegur Raish yang muncul semula, menghentikan nostalgianya pada Mazlin. 

“Belum, Milla tunggu abang.”

“Okey, Milla nak makan apa?”

“Apayang abang nak makan? Milla ikut selera abang.” jawab Karmilla ikhlas. Dia tidak mahu mengada-ngada, malu pula rasanya.

“Okey, abang pegi order,” Raish pantas beredar menghampiri peembantu gerai yang sedang berbual di kaunter. Pandangan Karmilla menyoroti langkah Raish, sambil sempat membandingkan Raish dengan seseporang.

 Susuk tubuh Raish lebih tinggi berbanding Haziq. Kulit Raish tidak gelap, tetap itidak pula secerah Haziq. Raish nampak tegap juga berbanding Haziq. Raish lebih tekun dengan kerjayanya berbanding Haziq yang suka hidup bersama kawan-kawannya ‘mat-mat motor’.

....

“Dah baik dengan Alin?” Soal Raish, setelah duduk di depan Karmilla. Cerita lama tentang Mazlin tiba-tiba diungkit Raish setelah beberapa lama dia tidak bertemu Mazlin.

“Baru tadi dia call Milla,” perlahan dijawab, tidak pula dinyatakan ya atau tidak. Pandangan mata Raish polos ke wajah Karmilla.

“Sebenarnya apa hubungan Milla dengan Haziq…?” Soalan yang keluar dari mulut Raish, sejenak buatkan Karmilla terdiam. Dia menekur meja beberapa saat, nafas berat dihela Karmilla. 

“Kenapa?” Karmilla menjawab dengan pertanyaan. Wajah Raish ditentang anak mata mereka berlaga  dalam diam menyimpul rasa.

“Abang hanya ingin tahu…itu pun kalau Milla sudi

beritahu abang,” 

Pembantu gerai datang menghantar dua gelas air berwarna merah ke meja mereka. Raish dengan cermat menolak segelas ke hadapan Karmilla.

“Haziq tu awan Milla, kenal masa sejak dari sekolah lagi,” jawab Karmilla tanpa memandang ke wajah Raish. Dia mula menyedut minumannya.


       “Pacar?”Soal Raishcuba mencari kepastian dengan menyebut dalam bahasa Indonesia. Wajah mulus itu direnung lagi tanpa jemu. Karmilla menunduk lagi, menyembunyi rasa serba salah untuk menjawab. Angguk tidak geleng pun tidak.

“Dulu…” terluah juga jawapan itu dengan jelas menyapa telinga Raish, perlahan dibawa angin senja.

“Apa bezanya dengan sekarang?” Soal Raish lagi, tidak tahu untuk apa dia bertanya begitu. Karmilla mengangkat wajah.

“Dia dah ada orang lain! ”

“Dia atau Milla yang ada orang lain?” Duga Raish lagi. Kedua mereka saling memandang beberapa jurus.

“Milla tak ada sesiapa pun!” jawab Karmilla, seolah berjauh hati. Pandangannya dilemparkan jauh ke kaki senja yang sudah berlabuh.

“Milla ada abang,” bisik Raish. Karmilla menoleh, kaget dengan kenyataan Raish. Menjurus matanya merenung anak mata lelaki itu, mencari makna. Rambut yang mengirai menutup sedikit wajah mulus Karmilla tiba-tiba  dibetulkan Raish dengan hujung jari. Karmilla tidak sempat menepis, menunduk cuma menyembunyikan rasa malu.

“Abang sayang Milla….” bisik Raish, mesra.

Karmilla pantas memandang Raish, dengan pandangan yang melontarkan pertanyaan. Darah panas menyirap ke wajah. Karmilla bingung, dulu menolak kenapa sekarang berlain pula nada bicaranya?


Raish pula tidak mengerti diri, entah ikhlas entah tidak dia dengan bisiknya pada Karmilla. Atau juga kerana dia sedang berdendam dengan Kamalia. Wajah diraup kasar, senyum di bibir surut dan pudar. Liurnya ditelan rakus.

Pembantu gerai datang lagi, kali ini menghantar dua pinggan nasi goreng yang masih berasap.

“Nasi goreng Thai… Milla suka tak?” Soal Raish, lembut bak memujuk. Dia cuba untuk memulihkan situasi tenang yang sudah tercalar dengan sedikit rasa yang berlainan. Karmilla yang masih tersipu malu dalam keliru, mengangguk tanpa kata, diamuk sedikit resah dengan sikap Raish.

“Makanlah.”

“Emm…” jawab Karmilla singkat. Lagu dari telefon bimbit Raish mencelah ruang mereka.

“Milla tunggu sekejap ya..." pinta Raish, dia tidak ingin Karmilla mendengar perbualannya menyedari panggilan itu dari seseorang yang istimewa baginya. Langkah agak sedikit menjauh dari Karmilla. Tetapi, Karmilla mencuba mendengar perbualan itu. Walaupun tidak jelas di telinganya,  

“Ya, sayang... ada apa ni?” 

“Sepanjang perjalanan tadi you tak call pun, kenapa?”

“I malas nak ganggu you.”

“I cuma nak pastikan you selamat sampai je.”

“Emm... I baru nak sampai, berhenti makan sekejap dengan kawan ni.”

“Ooo… dengan kawan?”

 “Err… ya, kawan…kawan biasa je,” jelas Raish, telus dan jujur.

  "kawan perempuan?”

  “Err… ya.”

 “Oh… okey!”Kamalia memberi salam. Raish menghela nafas, lega bila Kamalia masih mengambil berat akan keselamatannya. Dia kembali ke meja makan.

 Karmilla sedikit rcemburu, bertanya dia pada diri. Siapa?

Siapa tu?”  Terpacul pertanyaan itu dari Karmilla.

“Err… kawan...” jawab Raish, tanpa memandang Karmilla.

“Kawan perempuan?” Terus juga dia menyoal, Raish mengangguk, jujur juga.

Pacar?” Soal Karmila menduga, kali ini dia pula yang meminjam perkataan itu.  Raish memandangnya sambil senyum. Untuk soalan itu dia tidak memberi sebarang respon.

Tidak tertelan rasanya nasi yang ingin ditelannya. Karmila memujuk  hati, sungguh dia rasa ingin pergi dari Raish saat itu juga.

Ahh… lelaki! Mengapa mesti berlagak baik? Hati mahu, tapi bibir masih berkata tidak! Sudah ada satu, mengapa mesti masih menabur kasih pada yang lain? Mengapa semua lelaki begitu? Sakit lagi hatinya.

Deru angin senja mengirim suara ombak, jauh dan sayup. Siang kian menghilang, membawa memori yang sudah tercoret.


Previous: Bab 38
Next: Bab 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.