Home Novel Cinta Hate Or Love You?
Hate Or Love You?
Rose Eliza
9/2/2018 21:52:31
109,985
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

 

FARID melihat satu persatu rekaan yang diberi. Hatinya memuji kecantikan serta kualiti rekaan tersebut. Dia turut berasa kagum. Tidak menyangka rekaan itu direka dalam masa yang telah ditetapkan. Jika Dahlia melihat rekaan tersebut, pasti Dahlia turut sependapat dengannya.

“Dahlia tak datang sekali?” Puan Fauziah melabuhkan duduk.

“Dahlia ada hal yang tak dapat nak dielakkan, aunty. Nanti Farid hantar gambar rekaan ni semua pada Dahlia,” beritahu Farid yang masih melihat rekaan di tangan.

PuanFauziah menganggukkan kepala. Tingkah laku Farid yang sedang melihat rekaan diperhati penuh minat.

“Bukan ke Farid kata nak datang minggu depan? Kenapa datang minggu ni?” Puan Fauziah bertanya. Itulah yang diberitahu oleh Farid tempoh hari.

“Cadangnya nak datang minggu depan. Tapi, minggu depan Farid sibuk dengan kerja dan outstation. Jadi, Farid takut tak sempat nak datang sini,” jelas Farid bernada tenang.

Puan Fauziah tidak membalas.

“Lagipun, persiapan untuk majlis amal hujung minggu ni dah hampir siap. So, Farid ada masa nak ke sini,” terang Farid lagi.

“Alhamdulillah,” ucap Puan Fauziah masih mengangguk.

Farid sekadar tersenyum. Wajah Puan Fauziah di hadapan dipandang seketika.

So, macam mana dengan rekaan tu, Farid? Okey tak?” tanya Puan Fauziah selepas itu. Dia ingin tahu pendapat Farid tentang rekaan Nurin.

“Kalau tak okey, aunty minta staf reka semula,” sambung Puan Fauziah lagi.

“Eh! Okey, aunty. Sangat-sangat okey!” tukas Farid berserta anggukan kecil.

“Fuh! Lega hati aunty,” balas Puan Fauziah sambil melepaskan nafas lega.

Farid tersenyum. Dia melihat semula rekaan tersebut.

“Siapa yang reka semua ni, aunty?” tanya Farid sekadar ingin tahu.

“Nurin!” jawab Puan Fauziah, sepatah.

Faridyang mendengar mengangkat wajah. Nurin! Sebutnya dalam hati.

“Nurin?” tanya Farid lagi.

“Nurin jumpa client di luar. Petang nanti baru masuk,” beritahu Puan Fauziah. Mungkin itu yang Farid ingin tahu.

“Oh!” Farid mengangguk perlahan.

“Kalau okey, Farid pilih rekaan mana yang Farid nak. Then, kita pilih material,” kata Puan Fauziah sekadar prosedur biasa.

“Nanti Farid confirmkan dengan Dahlia rekaan mana yang dia nak.”

“Kalau macam tu, baiklah!”

“Err… Boleh Farid bawa rekaan ni semua?” Farid teragak-agak untuk bertanya. Entah kenapa dia ingin memiliki rekaan-rekaan itu semua.

“Semua?” ulang Puan Fauziah sedikit terkejut.

“Nak tunjuk pada Dahlia. Lepas dah tunjuk pada Dalia, Farid pulangkan semula rekaan ni pada aunty,” beritahu Farid,tersenyum.

“Oh! Baiklah!” putus Puan Fauziah turut sama tersenyum.

“Kalau macam tu, Farid minta diri dulu.” Farid bangun dari duduk.

“Nanti aunty kenalkan Farid dengan Nurin,” balas Puan Fauziah turut sama bangun.

Farid sekadar mengangguk dan tersenyum. Setelah berpamitan, dia segera beredar dari ruangan itu. Nafas dihela ringan.

“Nurin!” sebut Farid, tiba-tiba. Seperti ada yang istimewa dengan nama tersebut. Rasa teruja untuk mengenali siapa sebenar pemilik nama itu.

“Opss! Maaf!” ucap Shida tatkala terlanggar Farid.

Farid tersentak. Dia menoleh ke arah suara yang menegur.

“Maaf, tak sengaja.” Shida berasa kesal. Wajah di hadapan dipandang.

It’s okey!” balas Farid lalu beredar dari situ.

Shida hanya memandang. Dia berkerut dahi. Wajah itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini.

 

 

“OKEY! Kalau macam tu, minggu depan kita jumpa dengan pereka fesyen,” cadang Farid. Rekaan milik Nurin masih ditatap.

“Okey awak. Apa-apa nanti awak beritahu saya. Kut-kut saya terlupa,” balas Dahlia dari hujung talian.

Farid tidak membalas. Dia mengangguk perlahan.

By the way, rekaan yang awak pilih tu sangat cantik. Saya suka yang tu,” sambung Dahlia lagi. Dia mengimbas semula rekaan-rekaan yang dihantar oleh Farid beberapa jam yang lepas. Rasa kagum melihat rekaan itu semua.

“Ya,awak.”

“Awak dah jumpa dengan perekanya?”

“Belum awak. Minggu depan kita jumpa sekali dengan pereka.”

“Okey awak, saya letak dulu. Ada kerja sikit. Malam nanti saya call awak.”

“Baiklah!”

Farid mematikan talian. Dia termenung seketika. Nama Nurin meniti dalam minda.

“Siapa Nurin?” tanya Farid berserta kerutan di dahi. Sungguh, dia ingin mengenali siapa Nurin yang sebenarnya.

Farid bangun dari duduk. Hampir dia terlupa dengan key chain yang dijumpainya di kedai pakaian semalam. Dia tersenyum tatkala mengingati tingkah laku gadis tersebut.

Seminit kemudian, dia teringatkan sesuatu. Lantas, dia mencari key chain dari dalam laci lalu menatap nama yang tertera di key chain tersebut.

“Nurin?” sebut Farid selepas itu.

“Encik Farid!” tegur Liza dari arah muka pintu bilik.

Farid tersentak. Dia menoleh ke arah pintu bilik. Wajah Liza menyapa mata.

“Maaf, Encik Farid. Saya nak serahkan tentatif program untuk majlis amal kita mala mesok,” ujar Liza seraya menghulurkan fail.

“Nanti saya semak. Terima kasih, Liza.” Farid membalas huluran. Senyuman diberikan kepada Liza.

Liza turut sama tersenyum. Dia beredar dari bilik itu.

“Liza!” Farid memanggil.

Liza mematikan langkah. Dia menoleh ke wajah bosnya.

“Nurin Natasya masih dalam senarai?” Farid sekadar bertanya.

“Insya-Allah, Encik Farid,” balas Liza lalu beredar dari situ.

Farid tersenyum. Entah kenapa dia bertanya tentang Nurin Natasya. Disentuh dadanya yang sedang berdebar.

“Kenapa aku berdebar bila sebut nama dia?”

 

 

“FARID Aiman,” sebut Nurin lalu bersandar ke kerusi. Peristiwa malam semalam bermain-main dalam minda. Dia menggeleng tidak percaya dengan apa yang terjadi semalam.

Seminit kemudian, dia menegakkan tubuh lalu mencapai laptop. Nama ‘Farid Aiman’ dicari. Semoga dia mendapat sedikit maklumat lagi tentang lelaki itu.

“Terlibat dengan satu kemalangan sehingga hampir meragut nyawa,” baca Nurin akan maklumat yang diperolehinya. Sama dengan maklumat yang dicarinya sebelum ini.

“Kemalangan,”kata Nurin pula.

“Mungkin sebab ni dia tak kenal aku. Kut-kut dia ada masalah hilang ingatan.” Nurin membuat andaian. Maklumat yang ada tidak lengkap dan cukup untuk dia mengetahui tentang Farid Aiman.

“Tapi, nama dia…” Nurin mematikan ayat. Dia menarik laci lalu mengeluarkan sekeping gambar. Ditatap gambar itu buat seketika.

“Nurin!” tegur Puan Fauziah, tiba-tiba.

Nurin terkejut. Dia menghalakan mata ke arah pintu bilik. Wajah Puan Fauziah menyapamata. Lantas, dia memasukkan semula gambar ke dalam laci. Nafas ditarik lalu dilepaskan ringan.

“Nur busy?” tanya Puan Fauziah sambil melangkah menghampiri Nurin di meja kerja.

“Tak! Tak busy. Kenapa puan?” tanya Nurin sambil beriak tenang.

Puan Fauziah hanya memandang. Jika dia tidak salah pandang, Nurin kelihatan kalut menyimpan sekeping gambar sebentar tadi.

“Kenapa puan?” Nurin bertanya buat kali yang kedua. Dia cuba berlagak tenang di hadapanPuan Fauziah.

Puan Fauziah tidak membalas. Wajah pucat Nurin menyapa mata.

“Puan!” Buat kali yang ketiga Nurin menegur.

“Haaa…” Puan Fauziah tersentak.

“Kenapa?” ulang Nurin untuk kesekian kali.

“Gambar apa tadi?” Puan Fauziah bertanya. Perasaan ingin tahu menujah ke hati.

“Gambar? Gambar yang mana?” Nurin pura-pura bertanya.

Puan Fauziah memandang ke wajah Nurin. Seperti ada sesuatu yang cuba dirahsiakan olehNurin daripada pengetahuannya.

“Oh! Gambar tadi tu ke?” Nurin tersenyum melihat anggukkan Puan Fauziah.

“Gambar arwah ayah.” Nurin menjelaskan dalam nada tenang.

Puan Fauziah hanya mendengar.

“Ada apa puan ke bilik saya ni?”

“Tak ada apa. Just nak beritahu Nurin yangclient dah tengok rekaan-rekaan Nurindan client suka dengan rekaan tusemua,” beritahu Puan Fauziah sambil melabuhkan duduk di atas kerusi.

“Dah tengok?” ulang Nurin sedikit terkejut.

Puan Fauziah sekadar mengangguk.

“Bukan ke minggu depan baru nak tengok?”

“Kebetulan dia lalu kawasan ni, jadi dia datang singgah dan tengok rekaan.”

Nurin berfikir sejenak. Rasa sedikit kecewa kerana dia tidak tahu siapa client yang dimaksudkan oleh Puan Fauziah itu.

“Dia suka dengan rekaan Nur. Nanti, dia akan beritahu rekaan mana yang dipilih serta material yang hendak digunakan untuk rekaan tu.”

“Hurm… Baiklah!”

“Kenapa?” Puan Fauziah bertanya tatkala riak kecewa terlukis di wajah Nurin.

“Haa…Tak ada apa-apa,” balas Nurin sambil menggelengkan kepala.

“Kalau macam tu, mak ngah keluar dulu,” ujar Puan Fauziah lalu bangun. Dia melangkah menuju ke pintu bilik.

Nurin hanya memandang. Rasa kecewa masih menghuni dalam hati.

“Nur!” Puan Fauziah memanggil. Dia mematikan langkah lalu menoleh ke wajah Nurin.

Nurin menghalakan mata ke arah Puan Fauziah. Menanti butir bicara yang seterusnya.

“Farid Aiman namanya,” beritahu Puan Fauziah lalu beredar dari situ.

Terkejut Nurin mendengarnya. Farid Aiman? Sebutnya dalam hati.

 

 

“KAU dah jumpa dengan Asrel?” Nurin bertanya. Dia meneguk air dari dalam gelas.

“Dah! Hari tu aku pergi jumpa dengan dia. Aku pun ada call dia lepas kau bagi nombor dia pada aku,” jawab Shida turut sama meneguk air minuman.

Nurin mengangguk. Wajah Asrel menyapa mata.

Business dia makin maju aku tengok.”

“Alhamdulillah. Dia pandai berniaga.”

“Kau ada tanya dia kenapa dia tiba-tiba muncul selepas 5 tahun?”

“Merepekla kau ni, Shida. Tak kan la aku nak tanya kat dia pula?”

“Apa pula merepeknya? Aku cakap yang betul. Aku masih tertanya-tanya, kenapa dia muncul selepas 5 tahun. Then, macam mana dia boleh tahu kau kat sini?”

Nurin tidak membalas. Dia berfikir seketika.

“Aku rasa macam dia ada sembunyikan sesuatu daripada kita berdua,” tebak Shida.

Nurin masih membisu. Kata-kata Shida cuba direncanakan.

“Jangan-jangan…”

“Jangan-jangan apa?”

“Dia ada kena-mengena dengan kes kau tak?” Shida serkap jarang. Itulah firasat hatinya terhadap Asrel.

“Mengarutlah kau, Shida!” tukas Nurin bernada tegas.

“Terpulang! Aku tak paksa untuk kau percaya. Aku cakap dengan apa yang aku rasa.”

“Kalauya pun dia ada kena-mengena dengan kes aku, apa motif dia?”

Shida tergamam. Dia berfikir mencari jawapan kepada pertanyaan Nurin.

“Dahlah! Tak payahlah nak tuduh yang bukan-bukan. Mungkin dia nak ubah kehidupan dia. Sebab itulah dia ke sini,” kata Nurin sekadar menyedapkan hati Shida.

“Hurm… Mungkinlah,” balas Shida, mengalah.

Nurin menggelengkan kepala. Shida masih lagi dengan serkap jarangnya.

“Sebelum aku terlupa, tadi aku terserempak dengan seorang mamat ni keluar dari bilik Puan Fauziah.” Shida bersuara. Pelanggarannya dengan seorang lelaki bermain dalam minda.

Mamat?” Nurin bertanya berserta kerutan di dahi. Mungkinkah Farid Aiman yang dilanggar oleh Shida itu?

“Muka mamat tu mengingatkan aku pada seseorang,” beritahu Shida lagi.

Semakin berkerut dahi Nurin mendengarnya.

“Haa… Aku dah ingat!” ujar Shida selepas itu.

Nurin tidak membalas. Dia menanti butir bicara Shida yang seterusnya.

“Afiq!” sebut Shida penuh yakin.

 

 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.