Home Novel Cinta SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
Sayhazs Zailie
19/8/2017 17:44:25
103,676
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16


*TQ Portal Ilham for created this lovely cover...


DAUN pintu dibuka. Kaki langsung diatur menghala ke biliknya. Tiga jam berkurung dalam bilik Encik Naufal. Tapi macam tak terasa.

Mana taknya. Masing-masing sibuk berbincang. Laporan kewangan tahunan perlu disiapkan untuk mesyuarat board of directors yang akan datang. Itupun baru 70 peratus selesai. Berbaki lagi 30 peratus untuk disempurnakan.

“Kalau tak sempat siap ni Encik Naufal, mahu bercamping kita bertiga kat sini ni!” seloroh Kak Faridah berjenaka.

“Ha... bagus jugak. Saya pun dah lama tak bercamping. Nanti boleh bawak set BBQ. Kita buat bakar-bakar kat sini. Sambil buat kerja, sambil makan. Cantik sangat tu!”

“Amboi, Encik Naufal. Tak berkepuk ke asap kat bilik ni nanti?”

“Apa susah, Faridah. Tingkap ada. Bukalah. Lajulah asap tu keluar!”

“Ha’ah. Nanti ada orang nampak, lepas tu claimed ada kebakaran, terus telefon bomba. Esoknya masuk paper jadi headline ‘Haiyan Holding diselubungi asap dari api BBQ pekerja-pekerja.’ Confirm dapat sumpah-seranah dari netizen!”

Gelak Irish spontan terurai. Perbualan sekejap tadi kembali tergiang.

Dua seniornya itu kalau dah duduk berkumpul, berborak, bersembang, memang tak sah kalau tak bergelak sakan. Ada saja cerita kelakar yang dikeluarkan.

“Hai, Cik Irish. Gelak sorang-sorang nampak! Gelakkan apa tu? Tak nak ajak saya gelak sekali?”

Gelakan Irish spontan mati. “Eh, Insyirah.”

“Apa yang kelakar sangat tu, Cik Irish? Dari jauh saya dah nampak Cik Irish tergelak.”

“Tak ada apalah, In. Teringat Encik Naufal borak dengan Kak Faridah tadi. Tu yang tiba-tiba tergelak.”

“Oh... faham! Insan berdua tu kalau dah bertembung, memang ketawa sakanlah 24 jam! Selagi mata tak berair, tak sah!”

“Kan? Tapi sekurang-kurangnya taklah stress buat kerja.”

“Betul! Saya kalau duduk buat kerja sehari-suntuk dengan dia orang pun tak mengapa, Cik Irish. Have fun sangat!”

Sekali lagi tawa Irish berderai.

“Suka tengok Cik Irish ketawa macam ni. Bukan senang nak dengar tau!”

“Ya ke?”

“Iya. Cik Irish bila dah ketawa rasa macam alam ni pun ikut ketawa sama! Seronok, happening, ceria!”

“Ada-ada ajelah awak ni, In.”

“Ya ALLAH. Betul! Saya tak tipu! Bukan saya sorang aje cakap macam tu. Yang lain-lain pun. Sebab tu bila Cik Irish tak ada kat sini, malap aje rasa ofis ni. Mula-mula dulu dua tahun. Lepas tu Cik Irish masuk hospital sebab insiden tembak tu.”

“Tapi sekarang saya dah ada, kan.”

“Ha’ah! Syukur alhamdulillah! Harap-harap lepas ni Ck Irish tak hilang dari radar lagilah. Tak bestlah kalau Cik Irish tak ada. Tak dapat tengok senyuman cantik tu!”

Serentak wajah Irish bertukar merah. “In...”

“Opss! Muka Cik Irish dah blushing tu! Okey, okey, okey! Saya tak sakat lagi dah! Tapi tak tahulah Cik Irish masuk bilik nanti blushing tu akan hilang atau makin bertambah-tambah.”

“Kenapa cakap macam tu?”

“Sebab... ada surprise sedang menanti Cik Irish kat dalam sana tu.”

Surprise?”

“Yup. ”

Surprise apa? Atau siapa?”

Something ada, someone pun ada. Dua-dua!”

Kening Irish kian berkerut tak mengerti.

“Alah! Cik Irish pergi masuk aje dulu. Nanti Cik Irish akan tahu!” bibir Insyirah sudah tersenyum-senyum menggunung.

Dalam termangu, wanita itu atur juga langkah ke biliknya. Minda masih terfikir-fikir apa maksud yang Insyirah kata. Dada pula makin dihimpit debaran tak senada.

Nah!

Masuk saja, mata dihadapkan sejambak bunga atas meja. Dan bila kakinya dekat lagi, berkotak-kotak coklat terletak di sebelahnya.

Kebingungan Irish makin berleluasa. Pantas jambangan mawar dicapai. Kad terselit dicelahan diambil, diselak lalu dibaca.


For you, and the only...


Nafas yang terasa berat ditarik sedalam-dalamnya. Jantung yang macam nak meletup, cuba direda setenangnya.

Kali kedua dia terima kad bertulis begini. Kata-kata yang sama. Tak satu ayat pun yang lari. Dan yang melakukan, hanya ada seorang yang dia kenali.

“Harrys...”

Nama itu seraya meniti di bibir.

I’m here.”

Sepantas kilat Irish palingkan badan. Sesusuk kelibat terlihat bersandar elok berpeluk tubuh di dinding belakang.

“Harrys.”

“Ya.”

“Bi... bila masuk?”

Since few minutes ago.”

“Buat apa kat sini?”

“Tunggu Irish.”

“Kenapa?”

To see you. Before I go.”

Raut Irish berubah serta-merta. Darah berderau naik ke kepala. “Ke mana?”

Tengku Harrys tak jawab. Perlahan kaki dihala ke arah wanita di depan.

This flower... and those chocolates... do you like it?”

“Kenapa bagi?”

“Saja.”

“Untuk apa?”

“Sebagai pengganti.”

“Harrys... please. Jangan ulang lagi.”

Why?”

Giliran Irish terdiam. Hanya mata merenung Tengku Harrys dalam-dalam. Rasanya tak perlu dia ucapkan. Sebab dua-dua dah tahu apa sebab dan alasan.

“Harrys tak dapat lunch dengan Irish hari ini. Need to go to Bursa Malaysia. Have a meeting with them. Regarding Haiyan’s shares and investment.”

Akhirnya, Tengku Harrys berterus-terang. Lagi-lagi melihat bening Irish dah mula bergenang.

That’s why I gave you all this. Sebagai ganti.”

Irish tertunduk. Sehela nafas dihembus. Redakan dentak jantung yang dah tak terurus.

Sorry. I made you cried.”

“Harrys memang suka macam ni, kan.”

Gelak halus Tengku Harrys seraya kedengaran. “Kadang kena buat. Sebab nak tahu apa ada dalam hati yang tersirat.”

Serentak itu Irish mengangkat wajah.

Thank you. Harrys anggap airmata tu as a sign that you won’t to lose me,” ucap Tengku Harrys dalam renungan penuh erti. “Jangan lupa makan lunch nanti. Dan semua coklat tu.”

“Banyak sangat.”

“Boleh simpan. Or sharing with your friends. Harrys pergi dulu. Selesai dengan Bursa, Harrys terus ke Cyberjaya. Have a site visit. Then terus balik rumah. Irish balik dengan Reen nanti. Harrys dah bagitahu dia.”

Serentak bibir lelaki itu singgah di dahi isterinya.

Take care. See you at home tonight.”

Baru berkira-kira nak melangkah, tangan Tengku Harrys ditarik Irish semula.

“Terima kasih. Untuk semua ni.”

Anything for you.

Sekilas, pipi Irish disentuh Tengku Harrys sebelum sosok tersebut berlalu keluar.

Irish melepas keluhan. Jambangan mawar dibawa ke dakapan. Bak kata tuan yang berikan, sebagai pengganti dirinya.

Benar. Dan dia perlukan vibe lelaki itu untuk meneruskan separuh hari yang masih berbaki sehingga malam menjelang.


MENU masakan Perancis dinikmati sepenuh hati. Sesekali mata melihat pengunjung lain yang ada dalam Cafe De Paris, Pavilion ini. Boleh tahan ramai. Tapi tak sampai menganggu tahap privasi.

Ikutkan tadi dia nak terus ke Cyberjaya. Tiba-tiba pula dapat panggilan dari Fezrul masa baru keluar dari Bursa. Nak ajak lunch katanya. Nasib baik masih dalam KL. Kalau tak, minta maaflah saja.

“Kau kenapa, Rul? Tak habis-habis pandang aku.” Suara Tengku Harrys memecah suasana.

“Tak ada apa. Saja menikmati seri wajah pengantin baru yang baru balik honeymoon.”

“Patut makanan kat depan tu yang kau nikmati. Bukan muka aku.”

Fezrul tergelak. “Asal? Tak boleh dah nak pandang muka kau sekarang?”

“Tengok muka aku, laparlah yang dapat jawabnya.”

“Eh, aku makan jugak apa!”

Really? Tapi sikit pun tak luak. Tadi kau yang beria-ia mengajak.”

“Yelah, yelah! Aku makan! Aduh... kau ni, Rys. Tak bagi chance lansung. Aku baru nak feeling-feeling lepas rindu kat kau.”

“Kau? Rindu aku?”

“Kenapa? Tak percaya?”

Serentak Tengku Harrys meletak sudu dan garfu atas pinggan. Tangan kirinya dielus ke hidung. Sembunyi gelak di balik tangan.

“Macam tulah kau. Mentang-mentanglah dah kahwin, dah ada teman. Aku kau lupa terus. Kalau tak dulu... muka nilah yang kau cari kalau tengah jiwa kacau! Lepas tu datang ketuk pintu kondo dengan muka serabut tu!”

Kali ini Tengku Harrys surrender. Terhambur juga tawanya tanpa dapat ditahan.

“Gelak sakan kau, kan! But that’s the fact you couldn’t deny!”

So... kau nak cakap kau menyesallah layan kerenah aku dulu?”

“Tak! Sebaliknya aku rasa bertuah. Sebab dapat saksikan lelaki yang allergic sangat dengan perempuan, allergic sangat dengan cinta, jatuh tersungkur akhirnya! Hanya dengan bayangan seorang gadis misteri! What a beautiful, horror, and tragic story!” kali ini tawa Fezrul pula berledakan. Puas dapat menyakat kawan baiknya.

Because of that couple genres of storylah, hidup aku tercorak macam sekarang.”

“Tahu. Dari air muka kau aje aku boleh baca kau tengah dilanda bahagia. Do you?”

Hujung bibir Tengku Harrys tersungging.

“Kau gembira dengan Irish?” Fezrul cuba menyelam isi hati rakannya.

She’s the best gift from Him.”

“Jadi jangan pernah sia-siakan. Kau orang berdua dah lalui macam-macam. That’s why both of you deserved what you guys have right now.”

Pandangan Tengku Harrys melekat tepat ke wajah Fezrul.

“Peluang takkan datang banyak kali, Rys. Kau diciptakan untuk jaga Irish. Dan Irish tercipta sebagai pelengkap tulang rusuk kiri kau. Manfaatkan apa yang ALLAH dah kurniakan sebaik-baiknya. Kau bertuah tau, hidup kau dah lengkap. Aku ni... masih lagi ternanti-nanti semua tu!”

“Insya-ALLAH... soon, bro.”

I hope so,” doa Fezrul buat dirinya. Jus tembikai yang mula cair dihirup menghilang dahaga. “Kau masuk ofis pukul berapa ni?”

“Aku tak masuk. Terus ke Cyberjaya lepas ni. Kena turun siteThen, terus balik.”

“Habis Irish?”

“Balik dengan Reen.”

Riak Fezrul sedikit terkejut. “Adik kau dah joined the company?”

“Hmm.”

“Sejak bila?”

“Seminggu lepas aku fly hari tu.”

“Wow! Makin gempaklah Haiyan!”

“Itupun tak tahu berapa lama.”

“Kenapa pulak?”

“Dia cakap nak sambung belajar.”

“Tak apalah. Kalau dah rezeki dia.”

Yeah, I know. Cuma aku risau sebab dia nak sambung kat oversea.”

“Apa masalahnya? Kau pun bertapa kat UK tu bertahun lama. Dah tentu-tentu dia nak ikut jejak kau.”

“Aku lelaki. Dia perempuan. Lain. Kalau kat London adalah jugak maklong aku tengok-tengokkan. Tapi dia pilih yang lagi jauh.”

“Mana?”

“US.”

Fezrul tersedak. Tak dan nasinya nak sampai ke tekak. “Asal jauh sangat?”

Tengku Harrys jungkit bahu. “Nak berdikari katanya.”

“Isk! Aku yang bukan abang dia pun dah risau mendengar. Apalagi kau!”

I told you, right.

“Kalau macam tu... kahwinkan ajelah adik kau tu. Biar dia pergi dengan husband dia. Settled! Kau dengan family tak risau, dia pun terjaga kat sana.”

“Kahwin? Dengan siapa?”

“Siapa-siapalahTakkan Reen tak ada boyfriend kut. Mustahil! Cantik-cantik macam tu!”

“Setahu aku, tak ada.”

Then... kau carikanlah seorang.”

“Mana nak cari?”

“Cari ajelah. Cari someone yang boleh dipercayai. Yang boleh jaga Reen dengan baik.”

“Kalau kau tanya aku, aku rasa dah jumpa orangnya.”

“Siapa?”

“Kau.”

Kali ini suapan nasi Fezrul jatuh dari sudu. Mata tepat terhala ke wajah rakannya. “Asal aku pulak?”

“Sebab someone yang aku percaya, cuma kau.”

“Uish! Kau jangan merepeklah, Rys! Reen tu dah macam adik aku sendirilah!"

“Cinta tu buta, Fezrul Azfar bin Datuk Farhan.”

“Aduh...,” tangan kiri Fezrul menekap ke mata. Susah nak hadam apa yang sedang dibualkan oleh mereka. “Selama ni aku jumpa Reen, tak pernah terdetik sejentik pun perasaan aku, Rys. Takkanlah!”

“Sebelum ni, mungkin. Lepas ni, mana tahu. Kadang kita beria cari yang jauh. Tapi yang dekat tulah yang jodoh. Macam kau.”

“Aku lagi?”

“Kau sibuk sangat dari dulu mencari, kan. Tak juga jumpa-jumpa. Sekarang aku dah bagi hint, tunggu apa lagi?”

Makin tercengang riak Fezrul dengan usul Tengku Harrys yang tak terduga.


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.