Home Novel Cinta SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
SeJiWa (SEKUEL BaYaNGaN GuRaUaN)
Sayhazs Zailie
19/8/2017 17:44:25
104,291
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15


*TQ Portal Ilham for created this lovely cover...


BMW Coupe Tanzanite Blue itu masuk ke tempat parkir miliknya. Dua sosok tubuh kemudian keluar dari perut kereta. Melangkah ke dalam bangunan Haiyan Holdings yang masih gah berdiri di tengah kota Petaling Jaya.

"Kenapa gelap?" soalan pertama Irish sebaik kaki memijak lobi entrance.

"Tak pasti."

"Mana semua orang?"

"I don't even know."

Meliar mata Tengku Harrys dan Irish pandang sekeliling. Hairan. Pelik. Sudahlah gelap, senyap. Satu bayang orang pun tak nampak. Nak kata cuti, rasanya tak. Tambah-tambah hari ini hari pertama mereka berdua masuk kerja.

"Hari ni cuti ke?" tanya Irish lagi.

"It's Monday. Tak mungkin."

"Papa dengan Abang Fiy tak caķap apa-apa?"

Tengku Harrys geleng kepala. Dirinya juga tertanya-tanya apa sedang terjadi sebenarnya. Nak call Tengku Hafiy, abangnya berada di Singapura dengan papa mereka. Sejak kelmarin. Dah sah-sah tak tahu. Jadi sekarang, dia harus tanya siapa?

"Tak apa. Kita naik atas dulu."

Tengku Harrys bergerak ke lif. Baru jari ingin menyentuh button up, serta-merta terang ruangan lobi.

"Surprise!!!"

Sepantas kilat kedua-duanya berpaling.

"Welcome back, Tengku, Cik Irish!!!" laungan suara bergema serentak.

Tengku Harrys terkedu. Muka Irish pucat. Terkejut dek apa yang sedang dilihat. Lobi yang tadinya gelap kini penuh dengan penghuni satu syarikat. Lagi terkejut dengan makanan atas meja di sudut hujung bangunan.

"What a surprise?"

"Sorry, Tengku. Kami buat Tengku terkejut. Excited tunggu big boss balik!" Encik Saiful, ketua jurutera Haiyan Holdings bersuara mewakili yang lain.

"Ya. Betul!!!"

Bibir Tengku Harrys spontan tersenyum.

"Everyone here can't wait for today, Tengku. Nak sambut 'The New Hottest Couple of The Company' maa balik dari honeymoon!" laung Henry pula. Diiring ketawa semua yang ada.

Senyum Tengku Harrys kian lebar. Senyuman yang macam bulan jatuh ke riba nak nampak. Tapi hari ini, staf Haiyan Holdings bertuah. Free-free dapat tengok senyum mahal majikan mereka itu tanpa diminta.

Irish? Wanita itu sudah tersipu-sipu segan. Merah mukanya diusik rakan-rakan pejabat.

"Maaf Tengku kalau Tengku tak suka kita orang buat kejutan macam ni," ucap Natasya.

"No, it's okay. So... awak yang arranged semua ni, Tasya?"

"Saya dengan yang lain-lain."

"Kita orang ikut arahan dari boss aje, Tengku!" Zaryn menambah dari jauh.

"Siapa?"

"Tengku Hazreen!"

Serentak mata Tengku Harrys mencari wajah tersebut. Dalam kelompok ramai-ramai, pandangan terhenti pada raut yang dah tersenyum-senyum. Gadis itu melambai-lambai halus.

"Welcoming surprise. Hope you both like it!"

Gelak Tengku Harrys kali ini terurai.

Tengku Hazreen. Kalau tak menyakat orang satu hari hidupnya tak sah. Lagi-lagi dah masuk Haiyan Holdings. Mesti ada saja benda 'luar biasa' yang berlaku dalam syarikat. Such a creative brain this girl!

"Well... I don't have any words to say. But... thank you for today. Saya dan Irish hargai sangat-sangat. Terima kasih semua."

Tengku Harrys pandang Irish di sisi. Muka yang pucat tadi kini mula berganti senyuman manis.

"Okey, semua. Our mission doneThank you, everyoneLet's have some meals before we start to work, okay!" arah Tengku Hazreen.

Serentak, semuanya berlalu ke meja makan. Menikmati juadah yang terhidang. Kecuali tujuh sosok yang masih tak berganjak.

"Cik Irishhhhh!"

Serentak itu semuanya meluru ke arah wanita tersebut. Berkerumun dan berpelukan melepas rindu yang sarat berkecamuk.

"Ya ALLAH! Rindunya kita orang kat Cik Irish!"

Zaryn, Insyirah, Natasya, Farisha, Elaine, Kak Maisarah. Masing-masing meluah kerinduan pada Irish.

"Saya pun rindu kat semua jugak!"

Untuk seketika, kelapan-lapan mereka saling berdakapan. Sambil diperhati dua pasang mata dari kejauhan.

"Rapat betul dia orang dengan Kak Irish, kan?" ujar Tengku Hazreen.

"Dia orang yang mula-mula kenal dengan Kak Irish kat sini."

"Hmm... tak hairanlah kalau dia orang rapat dengan Kak Irish dari kita."

"But I'm the first who met her before."

"Hmm? Abang cakap apa?"

"No. Nothing."

"No. I heard you said something just...,"

"Tak ada apa-apa." Cepat-cepat Tengku Harrys memintas. Badannya disandar ke dinding sambil berpeluk tubuh. "So... Reenlah yang plan semua ni?"

"Yup. Saja komplot dengan dia orang surprisekan abang."

"Sejak bila?"

"Adalah."

"Ada aje idea dalam kepala tu, kan?"

"Eh, biasa! Macam abang tak kenal adik abang ni, kan!"

"Patutlah pagi-pagi dah lesap keluar rumah."

Gadis itu mengjungkit bahu. Dengan mimik muka selambanya. "Well...."

"Apa lagi plan lepas ni?"

"Mana boleh bagi tahu!"

"Up to you. Harap-harap bergunalah untuk syarikat."

"Itu sudah tentu!"

Hujung bibir Tengku Harrys tersungging, bersama gelengan kecil. Spontan disentuh kepala adiknya yang berlitup kain selendang.

Cakap dengan Tengku Hazreen, memang takkan menang!

Pandangan kemudian terlontar kembali pada raut si isteri. Baru berapa minit menjauh, tapi hati dah rasa something. Tengku Harrys tarik nafas dalam-dalam. Sedar di sini Irish bukan miliknya seorang.

Tak apalah. Asal mata dapat melihat senyum di wajah itu selalu mekar, dia merelakan.


"ASSALAMUALAIKUM. Hello, my brother! Welcome back to Haiyan Holdings!"

Tangan yang ralit menulis, serta-merta terhenti. Lelaki itu mendongak muka. Wajah yang tersenyum-senyum melangkah masuk, terus menyapa bening.

"Waalaikumussalam."

"Harap abang tak terlambatlah nak greet kau. Walaupun kau masuk dah tiga hari."

"It's okay. No big deal," ucap Tengku Harrys. Sedia maklum abangnya ada tugas lebih penting. Oustation ke Singapura. Hadiri persidangan penting selama lima hari.

"So...," Tengku Hafiy ambil tempat depan adiknya. "... macam mana?"

"Macam mana apa?"

"Kerja."

"Okey."

"Sure?"

"Yaa. Why?"

"Tak ada apa. Saja tanya. Ambil berat kat adik abang. Yelah... orang dah lama tak masuk ofis, kan. Sibuk honeymoon. Manalah tahu janggal ke, kekok ke, dah tak biasa ke nak buat kerja semua. Nak guna komputer, nak guna interkom."

"Harrys pergi sebulan lebih aje. Bukan bertahun."

"Memanglah. Tapi pergi bulan madu, kan? Mana tahu, balik-balik ni terlebih madu. Semua benda pun lupa!"

Tengku Harrys tersenyum. "You know me, right."

"Yeah. Very well! Sebab tulah bertahun-tahun kau kerja kat UK dulu. Sampai orang putih kat sana tu pun tak nak bagi kau lepas!"

Tengku Harrys tersenyum lagi. Kalau diingat balik, memang ketawa sendiri.

Susah. Memang susah dia nak lepaskan diri dari tempat kerja masa di London dulu. Tiga kali bagi surat. Tiga-tiga kena tolak.

Tapi selepas itu dia nekad. Sebab hatinya dah dijerat. Dijerat dengan bayangan gadis misteri yang tak habis-habis bergurau. Pancing dirinya agar pulang ke Malaysia dengan cepat.

"Kata balik malam tadi." Tengku Harrys kembali berbicara.

"Sepatutnya. Tapi papa nak singgah JB. Nak tengok-tengok Haiyan Corporation."

"Is it okay?"

"Okay. GoodIt ran smoothly."

"Projek baru kat sana?"

"Was perfect. By next week it will start."

"Projek kat Brunei... how's the progress?"

"Everything was fine, alhamdulillah. Seperti yang dijadualkan."

"Report yang Harrys email masa kat London, dah submit?

"Dah. Semua dah, Rys. Abang dah settledkan dah. Kau tak payah risaulah!"

"Dah tentu. Harapan papa."

"Hey, ni abanglah! Kau tahu abang kalau buat kerja macam mana, kan? Cekap, pantas, tangkas! Dua kali lima macam kau. Cumanya... abang tak seserius kaulah. Buat kerja masih boleh gelak-gelak lagi."

Tengku Harrys hela nafas perlahan. Lega dengan penjelasan lelaki di depan. "The conference?"

"Oh... that thing. Not badlah. Best. Dapat ilmu, dapat kawan-kawan korporat baru. Seronoklah. Tapi seronok abang, seronok lagi papa. Dapat jumpa geng-geng dia!"

"Abang pun mesti ada jumpa sesiapa."

"Ada. Ada!"

"Siapa?"

Kekasih lama."

"What?"

"Kekasih lama. Cinta hati pertama."

"Seriously?"

"Eh, seriuslah! Serius kena campak dari bangunan Haiyan ni! Gila kau! Kalau betul abang jumpa kekasih lama, tahu dek Kak El kau, confirm-confirm dia campak abang dari rooftop atas tu ke parking lot bawah! Heyyy... selisih!"

Gelak Tengku Harrys berderai kali ini.

"Kau jangan gelak, Rys. Kak El kau tu nampak aje lembut. Tapi sekali dah marah... boleh terbalik dunia ni dengan marah dia!"

"Semua perempuan macam tu."

"Kan? Diam-diam, makan dalam! So, kena jagalah hati dia orang ni baik-baik, bro. Perempuan bila dah sayang kita... betul-betul dia setia, betul-betul dia jaga. Jadi jangan sekali-kali persiakan loyalty dia orang tu."

Pandangan Tengku Harrys tepat ke wajah abangnya.

"Jangan sakiti, jangan khianati, jangan aniaya makhluk istimewa ciptaan Tuhan ni. Never once in our life. Kalau tak... tak aman hidup kita nanti. Kat dunia diburu rasa bersalah... kat akhirat apalagi. Kalau rasa ada buat salah dengan kaum hawa, baik cepat-cepat minta maaf. Sebelum nyawa ni ditarik pergi."

Tengku Harrys kelu lidah. Rahangnya diketap kuat. Kata-kata Tengku Hafiy ditelan lumat-lumat dalam amarah yang tiba-tiba bersemarak.


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.