1 Detik
“One Americano, venti Please”
Usai memesan minuman kegemaranku, kaki ini lekas melangkah untuk mencari tempat duduk
yang terletak strategik iaitu jauh dari pandangan dan perhatian orang lain. Aku segera membuka
komputer riba dan menyiapkan baki kerja sementara menunggu pesanan minuman. Tugasanku
seperti tidak akan pernah selesai,Dengan dateline yang semakin hampir, adakalanya perasaan
ingin menyerah itu kembali hadir.
Arghh, Ain , kau mesti kuat!!!! Aku berteriak kepada diri sendiri agar jangan leka dengan
perasaan malas dan putus asa.
“Ting” Dentingan menandakan mesej dari pesanan Whatsapp masuk.
“We have a meeting at 10”
Okay Ain, lets be prepared. Aku ada masa sekitar 2 jam lagi sebelum meeting diadakan. Setelah
mengambil air minuman, aku kembali meneruskan kerja ku yang tergendala. Namun mata ku
terpaku kepada seseorang. Nampak kemas dan segak namun apa yang menarik perhatian ku
adalah matanya. Matanya yang kelihatan sedih dan kesian. Dia menatapku kembali dan segera
aku alihkan pandangan.
"Perempuan tu pandang aku kenapa ya. Aku nampak handsome sangat ke "Bisik Kasyaf.Tapi
memang handsome pun. Hmm, biarlah.. Mana pulak si bedebah ni, janji jam 8 pagi kopi kopi tapi
takda pula muncul. Je la aku bukan biasa order air kat Starbucks ni. Ish bedebah betul. Aku cari
tempat duduk dulu la.