Home Novel Cinta JIKA DIA LELAKI ITU
JIKA DIA LELAKI ITU
aumie insyirah
25/8/2019 00:59:02
7,523
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Cuaca mendung seluruh bandar Ipoh membuatkan hatinya makin sayu. Kalau cuaca cerah sekalipun hari ini, hati ini tetap sayu. Macam sudah disusun-susun aturan hidupnya bulan ini. Cuma tinggal dia saja untuk menanda tick pada setiap aturan itu. Dan menanti aturan seterusnya.


Allah sebaik-baik perancang. Kenapa kita pula merasa terbeban dengan perancangan yang Allah tetapkan? Astagfirullah Al’Azim..


Ameena meraup wajahnya dan terus mengusap air mata yang mengalir. Tak patut untuk dia bersedih! Merugikan air mata je. Banyak lagi rezeki lain kat luar sana! Dah jangan menangis.. Pujuk hatinya.


“Tak apalah, aku cuba cari kerja kat tempat lain. Aku okey.. Aku nk isi minyak dulu, lepas tu aku balik masak nasi goreng.” Bisiknya perlahan sambil mengeluarkan beg duit didalam handbag nya.


Saat dibuka beg duitnya, terbang dua ekor nyamuk yang muncul dari dalam beg itu. kelihatan note berwarna biru lima keping. Ameena cuba menahan diri dari meraung. Ya Allah, nak isi minyak basikal pun tak lepas ni apatah lagi minyak kereta. Dengan berat hati dia mengalihkan keretanya dan diberhentikan dikawasan parking.


Tak apa dalam kereta ni banyak duit syiling! Biar aku cari. Ameena jangan risau tau. Allah tu maha pemurah. Pujuk hati Ameena sambil menyelongkar peti dashboard.


Tiba-tiba kedengaran pintu belakang keretanya dibuka dan ditutup kasar. 


“Jalan cepat!!!” Arah lelaki itu kasar. 


Teragak-agak Ameena mahu menoleh ke belakang. Rasa macam nak tersembul biji matanya melihat darah yang banyak bahagian perut lelaki itu. 


“Ya Allah!! Encik saya bawak pergi hospital ya!” Kelam kabut Ameena mahu menolak gear.


“Jangan!!!” Laju saja lelaki itu membalas.


“Encik cedera parah tu...”


“Sebelum kau pun cedera parah baik kau ikut je arahan aku. Terus pergi rumah kau! Arghhh” Kelihatan lelaki itu sedang menahan sakit.


“Apa pulak! Dosa kot! Saya duduk seorang...” Belum sempat menghabiskan ayat, laju lelaki itu membalas.


“Jangan banyak cakap lah woiiii!!!! Kau nak aku mati dalam kereta kau? Lepas tu kau dituduh membunuh? Arghhhhhhhh” Kali ini suara lelaki itu kedengaran sangat lemah.


“Okey-okey jangan mati dulu. Sabar kejup!” Aduh ni bala ni. Apa nasib aku hari ni? Ya Tuhannnnn..

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.