Home Novel Cinta Sayangku Si Catfish
Sayangku Si Catfish
Anon Hammuraby
24/4/2019 13:53:17
8,367
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Bab 1

 

                               

 

                                                          Tirai February 14,2013 – 7 Tahun Sebelumnya .. Flashback mode  .. !

 

Tuan dan saya berteman  sepi..

Berutus surat disambar merpati..

Jauh di mata dekatdi hati

Pesanan ringkas pengganti diri

~Ryu Aweera~


             Cuaca diluar sana sangat buruk. Hujan masih turun sejak seminggu yang lalu.  Sangat menyeronokkan bagi cuti umum seperti hari ini. Tidur makan dan tidur makan..Ulang dan ulang lagi sampai pengsan !

 

           Ryu Aweera menarik selimutnya hingga ke paras dagu. Tulangnya menggeletar akibat terlalu sejuk. Pyjama merah yang dipakainya masih belum cukup menghabakan tubuhnya. Cuaca sejuk ditambah pula dengan penghawa dingin yang sentiasa dipasang.Crazy ! Kulit apakah ?!

           

         Alarm ditelefon bimbitnya berbunyi. Dia mencapai telefon bimbitnya si Apple Hitam,membaca nota yang tertera dengan hanya sebelah mata.

 

          “Farra Eudora birthday !”

 

          Dia duduk mengejut bagaikan terkena renjatan elektrik. Wah, si cantik hari jadihari ini! Tangannya ligat menaip sesuatu pada si Apple Hitam.

 

         “Happy Birthday to u my sweet ! Stay cantik and wish all the best for u ..”

 

         Romantik tak ? Tidak ! Malang bagi si gadis yang menerima pesanan ringkas itu. Wiratidur kembali, harap dapat bertemu dengan Farra Eudora dalam mimpinya.


           Farra Eudora, nama yang indah bagi Ryu Aweera. Sebut sahaja Farra Eudora, hari yang mendung akan bertukar cerah bagi dirinya. Dialah ratu, dialah inspirasi, dialah bulan, dialah bintang.. !

 

           Ryu Aweera gila bayang pada Farra Eudora. Tapi, tapi tapi .. dia belum pernah melihat gadis itu secara nyata, hanya berbalas mesej dan bertukar gambar dalam satu aplikasi Chit Chat di media sosial. Nonsense right ?! Pelik tapi manusia seperti Ryu Aweera ini memang wujud walaupun rare.

 

           Bertemu dengan perempuan pisau cukur, yang memandang paras rupa, dan cinta fotocopy membuatkan dia lebih bahagia melayan kekasih alam mayanya itu. Mereka saling bertukar foto


           Melalui foto, dia dapat melihat Farra Eudora adalah seorang gadis yangcantik, perfect ! Malah kesetiaan Farra Eudora mendengar segala masalahnya membuatkan dia lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbitnya berbanding dengan kawan-kawannya yang nyata.Mungkinkah kerana kecantikan paras rupa gadis itu ? 70% barangkali !

 

           Diapunya harta, punya rupa .. Tapi kosong jiwa !


           Dia sunyi ! Kawan-kawannya yang lain selalu mengutuk dirinya kerana terlalu percaya dengan cinta khayalannya bersama Farra Eudora. Dan oleh yang demikian, diaterus mengambil keputusan untuk berhenti bercerita tentang Farra Eudora kepada kawan-kawannya.

 

           Farra Eudora amat memahami akan dirinya. Bercakaplah apa sahaja topic dengan FarraEudora, pasti tidak membosankan. She is a very great entertainer ! Keadaan keluarga yang sibuk, kawan-kawan yang sibuk, dan tekanan kerja yang berat seawal usianya 20 tahun ini menyebabkan dia mencipta dunia hiburannya sendiri.

 

          Yes, Ryu Aweera ada segalanya tapi dia memilih untuk terjebak dengan cinta siber yang indah tanpa perlu memikirkan segala masalah yang bakal dihadapinya kelak.

 

          “Dia tak wujud la  Wira, she’s lying to u .. “Kevin terus menghentam kawannya Ryu Aweera yang mabuk cinta ini dengan kata-kata yang tegas bertujuan untuk menyedarkan dirinya.

 

“U yangada educated ni pun boleh terjebak ? OMG dude ! “ Kata Zafril lagi.

 

“Forgether ! “ Kata Davinder lagi.

 

        Tengok ?Tak ada satu kawan pun menyokong dia melayan cinta sibernya itu. Lantas, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Ryu Aweera mengambil keputusan untuk menutup cerita tentang Farra Eudora.

 

“ Hey, I miss u Wira ..” Ryu Aweera hanya tersenyum membaca pesanan ringkas itu.Terserlah si lesung pipit.

 

“ Miss u too .. Lets Video Call ?” Ryu Aweera cuba memancing.

 

“ Busy today,maybe next time ..”  Seperti biasa alasanlagi.

 

“ Urm,are u trying to avoid me ? or hiding something ?”

 

“ Nope,don’t say like that”

 

“ Come on, we already 6 month kot ? takkan tak boleh tengok u ?”

 

“ Boleh,but next time please”

 

“  Hey how many next time u need ? Are u real ? Give me your Facebook or any social  

  app that u used oftenly?”

 

“ I'm real, u didn’t trust me ? I already give u my real picture right ?”

 

“ Ok ..”


         Perbualan terhenti disitu. Dia juga bingung, kenapa dan mengapa Farra Eudora selalu mengelak apabila di ajak Video Call or Skype ? Dia tu betul ke perempuan atau spesis dua alam ? Betul ke dia orangnya macam dalam gambar tu ? Or dia guna gambar orang lain ?

 

        Ahh, pedulikanlah! Nanti bila aku desak dia hilang pulak ! We are lonely .. Bukan nak jadikan dia wife pun ? So that dia tidak meletakkan high demand kepada Farra Eudora.. Biarkanlah masa dan takdir yang menentukan. Sejak dari itu, diasudah malas untuk mengajak bertemu. Mengecewakan !

 

Beberapa hari selepasitu ..

 

“ Give me your picture. I want to see how beautiful you look now .. ?”

         

“ Wait”

 

New Picture Receive

 

“ Cool,u are beautiful like Princess !”

 

       Farra Eudora kelihatan cantik memakai t-shirt sukan putih dengan tulisan “QUEEN” dantrack suit sukan berwarna hitam serta memakai topi. Rambutnya yang panjangparas punggung itu di biarkan lepas begitu sahaja dan terbuai lembut ditiupangin. Dia tersenyum manja mendongkat dagu, duduk bersilang kaki,bersantai disebuah meja bulat halaman rumahnya.

 

      Kelihatan dia sedang menikmati secawan teh.Dan tengok tu, anak mata dia warna kelabu. Sikucing siam ! Terus terang dia mengaku bahawa dia terpaut pada sepasang matayang cantik itu. Semua gambar Farra Eudora cantik ! Tak pernah tak cantik.

 

      She’s my asean Selena Gomez  ! Muka dia betul macam Selena Gomez ! Tapi kulit dia terlalu cerah ! How perfect she are.. And see, she send the live picture. Ada tarikh dan masa for today. Ryu Aweera tersenyum puas. See, mata Ryu Aweera sepet macam mamat kpop tu apabila dia tersenyum! Lesung pipit please ! Tengok, tak pernah tak kacak tau !

 

      Suatu malam yang dingin, cuaca di luar juga agak teruk .. Tandanya hari akan hujan ..Angin bertiup kuat .. Dari jendela kaca bilik Ryu Aweera, kelihatan pokok-pokok meliuk-lintuk ditiup angin..      

 

      Daun-daun kering berterbangan dibawa deruan angin yang menggila. Melalui cahaya malam yang suram itu dapat dilihat kerlipan kilat di langit, laksana menggambar keindahan suasana malam yang kian sepi. Dari jendela bilik yang masih terbuka dan bercahaya, kelihatan langsirnya terbuai-buai ditiup angin.

 

      Ryu Aweera masih belum tidur, dia sibuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh ayahndanya siang tadi iaitu mengemaskini data-data pekerja setiap tahun.Kerja HR kot ?

 

      Bagi Tuan Darren, Ryu Aweera harus dilatih memulakan tugas dari bawah bersama orang bawahan. Tiada istilah anak bos bagi ayahndanya yang hitler itu. Si Apple Hitam berbunyi lagi. Masuk satu pesanan ringkas.

 

 

Dear My little diary,


Hari ini saya penat

Banyak assignment nak kena submit

Boleh tak kita berjaga sampai pagi ?

I know u are very cute little diary, and uanswer is always yes ..

Ok lah, lets doing assignment together

 

Stay Cute !

Farra Eudora

 

 

“Macam tau je orang tengah buat kerja ? Are u teleport me ?” Bisik RyuAweera di dalam hati.

 

       Dia hanya tersenyum menggeleng lalu menyudahkan kerja-kerjanya. It’snot the right time untuk bersuka ria dengan Farra Eudora ! Lantas pesanan itu dibiarkan sepi ..

 

      Pagi ini dia pergi ke Gemilang Holding Trans Co seperti biasa. Kesesakan jalan raya menyebabkan dia terlewat sampai ke office 10 minit dari biasanya. Dia masuk kepintu utama dan terus menekan butang lif, tingkat 7. Dia memasuki lif dengan beberapa orang staff.

 

      “Kim Young Kwang” Kedengaran staff itu berbisik-bisik sesama mereka lalu tergelak manja.Semua perempuan ! Ryu Aweera menyedari hal itu hanya berbuat tidak tahu.Dia sudah lali dengan situasi orang yang kekeliruan identity tentang dirinya.Bosan !

 

      “Im more hot than him !” Sengihnya sendirian sambil berpura-pura memandang ke arah lain !

 

        “He copypaste me kot ?” Riak si mamat satu ni di dalam hati ! Dia gelihati sendiri,menyembunyikan senyuman nakal di dalam hati.

 

        Sampai ke tingkat 7 dia melintasi meja Azura Hermosa dan mengetuk meja PA nya itu, yang sibuk dengan telefon bimbitnya. Texting with her boyfriend barangkali .. 90% .. hahaha .. It’s not impossible.

 

       Dia cantik juga tau ! Rambutnya paras bahu itu selalu di biarkan lepasdan diwarnakan perang. Gadis ini selalu berpenampilan elegan seiring dengan perkembangan semasa. Semakin hari semakin hot berapi !

 

        “ Azura can you help me to find the old file of this name ?” Ryu Aweera menunjukkan nama pekerja yang dimaksudkan. Azura Hermosa nampak terkejut kerana Ryu Aweera tiba-tiba muncul disitu, lantas dan bingkas bangun dari tempat duduknya.

 

        “Ok bos, wait ..” Azura pun mengangguk dan berlalu.

 

        Azura Hermosa, PA nya yang setia .. mereka sebaya. Azura adalah staff baru ayahndanya. Fall in love with her ? Nope, just to say that she’s beautiful.Full stop ! Tapi, kadang-kadang sifat perempuan yang satu ini membuatkan Ryu Aweera rasa pelik !

 

        Azura Hermosa suka menangkap gambar Ryu Aweera secara candid dan menyimpannya dalam frame lalu menyusun kemas gambar-gambar itu di atas mejanya.

       Kalau dalam drama, mungkin wataknya seperti seorang Psyco yang terlalu minat dengan seseorang ! Sehinggakan obsess gila-gila ! Tapi, setakat ini dia just ok dan mereka berkawan baik !

 

      Seringkali ramai staff yang menegur tabiatnya itu, namun gadis itu hanya tersenyum dan ini menimbulkan spekulasi negative di kalangan mereka. Setakat hari ini, belum ada apa-apa kenyataan dari mulut Azura Hermosa dan Ryu Aweera tidak bertanyakan hal ini kepadanya.

 

     Ryu Aweera D – Chief Executive Officer (CEO) ! Nama itu tertera gah di pintu utama.Orang muda tapi berkerjaya.Ditambah pula pakej rupa yang tampan, memang layak menjadi seorang modeling daripada bergelut dengan segala kertas kerja dan tekanan kerja yang membebankan minda.

 

     He’shot, tapi belum belum ada girlfriend ! Macam tak percaya ! Azura tergelak sendiri.

 

 

    Knock Knock !

 

“Come in” Ryu Aweera kelihatan sibuk dengan Si Apple Hitamnya.

 

“Bos,ini failnya” Fail bertukar tangan.

 

 “Thank You..” Balas Ryu Aweera

 

       Ryu Aweera masih sibuk melihat Si Apple Hitammnya tanpa menghiraukan Azura yang masih berdiri disitu. Azura pun berlalu menyambung kerja-kerjanya. Hatinya sedikit berbunga. Tak tahu mengapa. Cannot describe !

 

 

“Morning Wira”

 

“Yea morning”

 

“ Im wearing blue gown today , how about u ?”

 

“ Eh same here ! Are u teleport me ? haha”

 

“ Eeww, excuse me ?”

 

“  Ok Dora, I need to settle my work .. talk to u later”

 

“ Bye “

           

 

        Berbalas pesanan dengan Farra Eudora membuatkan dirinya selalu lupa pada sekeliling.Bertuahnya Farra Eudora kerana Ryu Aweera betul-betul menghargai kehadiran Farra Eudora dalam hidupnya. Laksana gadis itu sentiasa disisinya !

 

       Perasaan ini tidak dapat diungkapkan. Cintakah dia pada gadis ini ? Hatinya masih ragu,tapi apa yang dia yakin hatinya senang bila berbicara dengannya. Impiannya adalah ingin bertemu gadis itu.

 

       “1 hari nanti kalau I jumpa dengan dia, I will hold her hand and say .. hi Dora, i like u .. Yes, awaklah orangnya !” Ryu Aweera tenggelam bersama angan-angannya bersama Farra Eudora.

 

       Tangan Ryu Aweera terus membelek-belek fail yang dimintanya tadi.. Tiba-tiba jatuh sekeping kertas memo kecil berwarna merah.

 

      “Bos saya kacak setiap hari ..” – your PA

 

      Ryu Aweera hanya tersenyum, menggeleng sendiri .. Ada-ada saja tau Azura Hermosa ni! Ni mesti banyak tengok wayang Korea nih ! Ish ! Perempuan oh perempuan ..

 

 

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Anon Hammuraby