Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 31

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta

Nyanyian Melly Goeslaw feat. Ame

***
Cinta yang pernah dilafazkan Adam Baihaqi tidak lagi kedengaran. Sudah masuk dua minggu dia tidak mendengar khabar daripada jejaka itu. Hati mina meronta untuk mendengar luahan sayang oleh si kekasih. Mesej tidak berbalas. Mina rindu! Apa semua ni, Baihaqi? Janganlah kau biarkan aku sendu sendirian dan menangis ketiadaanmu. Tuhan tolong jaga hatiku ini. 

Awak, awak tengah buat apa tu? - Mina Arwiena.

Mesej tiga hari lepas juga masih tidak berbalas. Sakitnya perasaan dia. Adakah Adam Baihaqi tidak mahu aku lagi? Beginikah perasaan saat aku meninggalkan jejaka itu tempoh hari? Terasa nyawa direntap kuat oleh malaikat. Dia tidak mampu. 

Mina capai telefon di atas katil. Dia ke hulu dan ke hilir. Kemudian dia pandang nama di telefon. Patutkah dia menelefon jejaka itu? Perlukah dia lafaz kata rindu? Atau mahukah dia memarahi Adam Baihaqi! 

Mina tekan mesej di telefon.

Awak, saya rindu. Kenapa awak tak balas mesej saya ni? -Mina Arwiena.

Telefon di tangan dicampak semula ke atas katil. Dia tidak mahu melihat mesej yang akan dibalas oleh kekasih. Mina menunggu dan terus menunggu. Tiada jawapan. 

Sakitnya hati tunggu kau! Balaslah! Kau dekat mana? Kau buat apa! Please, jangan buat aku macam ni! Mina capai bantal kemudian dia tumbuk-tumbuk bantal tu! Geram! Dua minggu! Haritu pun sama! Tiga minggu kau hilang dan tahu-tahu kau berada di Mansoura. Adakah kau bersama Aisyah Sadeeqa sekarang ni? Hmm.. Kenapa kau tak nak cerita semuanya. Aku bukan patung, Baihaqi! 

Mina mengelap air mata yang perlahan-lahan mengalir. Dia makan hati dalam. Dia nak jejaka itu. Padanlah orang kata tidak elok bertunang lama-lama. Syaitan akan membuat apa sahaja untuk meleraikan hubungan yang suci. 

Pintu diketuk berkali-kali. Ia terbuka sedikit. Kak Emilda terus masuk ke dalam.

"Mina? Kakak masuk ya?"

"Oh..." Mina seka air mata dia cepat-cepat. "Oh, Kak Emilda. Duduk la sini." Tangan Mina mengalih barang-barang di atas katil.

"Why are you crying? Ni sebab Baihaqi ya?" Kak Emilda terus bertanya. Duduknya berat di atas katil.

"Baihaqi dah lama tak mesej Mina. Balas pun tak, kakak. Mina call tak angkat. Mula-mula Mina ingat dia memang ada hal. Tapi kalau dah dua minggu macam ni, hal apa yang lebih penting daripada hubungan kami, kakak? Mina tak tahan macam ni."

"Shh... please dont cry, sayang. You know Mina? Yes he is very stubborn. I know him. But I am sure he has his own reason. Mina sabar ya?" Kak Emilda capai tangan Mina.

"Kakak, adakah kemungkinan yang dia ada di Mansoura? Hari tu pun masa Mina gaduh dengan dia, dia pergi jumpa Aisyah Sadeeqa."

"That... I dont know. Mina nak pergi Mansoura? Esok kita ke sana. Nanti akak bagitahu Adam Bahri." 

"Boleh ke? Tapi, Mina takutla la kakak. Mina takut dia berubah." 

"Mina, akak tak pernah nampak Adam Baihaqi begitu sayang orang lain selain Mina. You are so special to him. Dia tak akan buat benda-benda peliklah." Wanita itu juga menenangkan perasaan Mina. Dia tersenyum manis. Namun, dalam hati dah sumpah seranah adiknya. Siap kau Adam Baihaqi!

"Mestilah boleh, dear! Now, go to sleep. Esok kita pergi rumah Aisyah." 

"Ok, baik Kak Emilda."

Mina menutup lampu di bilik. Dia merenung dindingnya. Termangu seorang diri. Dia rasa geram! 

Tiba-tiba, telefon Mina berbunyi kuat. Dia cepat-cepat cari telefon dia yang sudah dicampak entah ke mana. Dalam gelap itu dia tekan angkat. 

"Baihaqi!"

"Mina..."

"Oh.. Bahri." Kedengaran begitu jelas suara Mina begitu kecewa. Aku ingatkan kau, Baihaqi! Hmm...

"Baihaqi masih tak call Mina ke? Tak balas mesej?"

"Tak..." Pendek-pendek sahaja Mina jawab.

"Dia pun tak balas mesej Bahri."

"Bahri tahu ke dia pergi mana? Haritu kan Baihaqi suruh Bahri ambil Mina, kan?"

Bahri mengeluh kuat di balik talian. Dia benci untuk menjawab soalan itu. Dia tahu Baihaqi pergi mana!

"Tak tahu Mina. Dia tak cakap apa-apa." Bahri telah memberi alasan yang lain. Dia ketap gigi. Tangan menghentak meja. Jejaka itu pejam mata rapat. Dia tak nak gadis ini kecewa. 

"Esok, Kak Emilda cakap dia nak bawa Mina pergi Mansoura. Mungkin Baihaqi ada dengan Aisyah."

"Ha! Kak Emilda cakap?"

"Ya? Kenapa Bahri?" Mina mengerut dahinya. Suara Bahri bertukar terkejut.

"Tak ada apa."

"Bahri, Mina dah puas menangis. Mina tak boleh tahan lagi. Mina rindu Baihaqi sangat. Boleh ke Bahri bawa Mina pergi Mansoura?"

Jangan Mina! Jangan! Aku tak nak kau sakit dan kecewa! Baihaqi memang ada dengan Aisyah! Itu aku pasti! Cuma aku tak tahu kenapa! Kalaulah aku tahu apa-apa, aku nak perbetulkan kesilapan Baihaqi ni!

Baihaqi, jika kau tak mampu buat Mina senyum lagi, lebih baik kau lepaskan dia. Setiap perasaan yang hadir sangat menyakitkan. Ia mendera nyawa gadis itulah!

"Bahri?" Mina memanggil nama Adam Bahri apabila dia tidak menjawab.

"Ha? Ya, boleh, boleh. Esok pukul 8, saya ambik korang ya?" 

Bahri meletakkan telefon selepas menenangkan sedikit perasaan gadis itu. 

Bai, kau jangan buat perkara bodoh! Kalau aku tahu, nahas kau! Aku memang tak puas hati daripada awal cara kau layan Mina! 

***
Mina memakai kasut tergesa-gesa. Pintu rumahnya ditutup perlahan. Kak Emilda sudah bergegas masuk ke dalam kereta. Adam Bahri masih berada di luar rumah menunggu Mina masuk ke dalam kereta. 

Usai itu, Adam Bahri segera memacu kenderaan empat roda itu. Dia masih mematikan radio di kereta. Penghawa dingin dibuka sedikit besar agar dapat menyedapkan pemanduan. Sesekali dia menoleh ke arah tempat duduk belakang. Mina sedang termenung mengenangkan nasib yang bakal berlaku. Dia rasa tertekan. Bahri dan Kak Emilda memandang satu sama lain apabila mendengar Mina banyak kali mengeluh. Kak Emilda ketap gigi. Dia pun geram. Kau buat apa, ha, Baihaqi!

Sepanjang perjalanan itu, Mina tidak melelapkan mata. Dia banyak berfikir tentang masa hadapan. Dia terdetik untuk berpisah dengan Baihaqi jika benar dia tidak sayang gadis itu lagi. 

Setelah berjam-jam dia duduk di dalam kereta, akhirnya mereka tiba juga di hadapan rumah Aisyah Sadeeqa. Bahri merenung Mina. Dia tidak sabar untuk masuk ke dalam rumah. Cepat-cepat Mina keluar kereta apabila Bahri memberhentikan keretanya. Mina terus meninggalkan Kak Emilda dan Bahri. Dia nak cari kekasih hati dia!

Kedengaran gelak tawa yang sangat kuat di laman rumah. Mina nampak Baihaqi sedang bergelak ketawa dengan Aisyah. Dihadapan mereka, Hajar sedang menari berseronok dengan baju jubahnya. Hati Mina waktu tu remuk sangat. Dia tak percaya apa yang dia nampak.

Jadi, memang benarlah kau cari kebahagiaan kau di sini? Sampai hati, kau! 

Mina terpaku di hadapan pagar terbuka. Dia sudah sesak nafas. Air mata mengalir laju. Sanggup kau biarkan aku macam ni! Tunggu kau macam orang bodoh! Ah, apa yang kau harapkan? Baihaqi, kau dah menghampakan aku! Kenapa aku setia pada kau! Jangan nangis, Mina! Jangan nangis pada orang yang tak pedulikan kau! 

Tiba-tiba Bahri berlari menuju ke arah Adam Baihaqi. Dia jelik tengok abangnya ketawa macam tu! Cukupla kau buat Mina macam ni. Bahri angkat tangan lalu dia tumbuk muka Adam Baihaqi. Aisyah Sadeeqa menjerit kuat apabila melihat Bahri menolak badan Adam Baihaqi ke tanah. Adiknya hempap badan abangnya. 

Mina terkesima. Cukup! Cukuplah... Aku dah tak nak tahu apa-apa! Lepaskan lah aku, Baihaqi! Aku tak nak janji kau lagi. Lepaskan saja aku! 

Kak Emilda pula terus rempuh pagar rumah itu. Dia hampiri Aisyah. Kakak tu sudah naik angin. Dia terus tampar gadis itu. Kau buat apa dengan tunang orang! Mengapa mudah sangat kau ambil orang punya! Adik beradik ini sudah menggila! Mina meraung-raung di hadapan pagar. Kaki tidak dapat berganjak. Hati dia terluka. Hati dia tak rela. Bodohnya aku!

Semua ni terjadi sebab aku! 

Mina nampak langit mula gelap. Dia tak nak tahu lebih. Lebih baiklah Baihaqi simpan rahsia dia dengan Aisyah. Mungkin aku penghalang kepada cinta Aisyah dan Baihaqi. Terusla kau tanpa aku! Biarlah aku pujuk perasaan dendam aku ni.


Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.