Home Novel Cinta Jangan Tinggal Aku
Jangan Tinggal Aku
Suhailah Selamat
28/2/2022 19:41:48
16,848
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Perlahan Isabel mengatur langkah keluar daripada kedai dan menuju ke arah jalan. Sesekali matanya melirik ke hadapan sebelum kembali fokus pada telefon pintar di tangan. 


“Tut! Tut!” 


Isabel mendengus kecil. Dia berdiri di sebelah sekumpulan remaja sambil menunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau. 


“Mana pergi si Zara ni? Macam mana aku nak tahu dia ada kat mana kalau call pun tak angkat,” omel Isabel tak puas hati.


Lampu isyarat pejalan kaki sudah berkelip-kelip sebelum bertukar warna hijau. Papan tanda besar yang terpampang di salah sebuah bangunan tinggi di hadapan dipandang tanpa berkedip. Entah kenapa, gambar itu begitu menarik perhatiannya.


“Oh, Detektif Ad rupanya. Patut nampak semacam. Cara dia pose boleh tahan gedik,” komen Isabel sambil menahan tawa. Mungkin pada pandangan mata orang lain, pose Detektik Ad nampak cool dengan baju jaket hitam yang dipadankan dengan topi koboi. Bagi Isabel pula, gaya yang dipamerkan Detektif Ad nampak agak janggal dan pelik. Apa orang kata. Gaya ala-ala lelaki lembut. Siap pakai topeng muka bagai. Yang nampak cuma sepasang mata coklatnya yang sengaja dibuat nampak garang. 


Pfft!


Siapa yang tak kenal dengan Detektif Ad. Seorang detektif misteri yang berjaya membantu pihak polis menyelesaikan berpuluh-puluh kes dalam tempoh satu bulan. Kemunculan detektif muda itu telah mewujudkan satu fenomena yang cukup luar biasa. Contohnya, anak-anak muda yang mudah terikut-ikut dengan fesyen semasa turut memakai topeng sama yang sering dikenakan oleh Detektif Ad ketika membuat kemunculannya. Setiap kemunculan lelaki itu pasti akan disiarkan di TV secara live. Macam mana tak famous!


Malah, topeng tiruan yang berada di pasaran laku keras jualannya. Boleh dikatakan sold out setiap kali Isabel melihatnya di shoope mahupun melalui agent. Dia tak ada niat pun nak beli. Sekadar cuci mata saja. Paling mengejutkan, ada yang di antara kenalan facebooknya yang meluahkan rasa kecewa mereka kerana gagal mendapatkan topeng tersebut. 


Entah apa yang lawa dan uniknya topeng itu seperti yang diperkatakan oleh peminat Detektif Ad. Isabel sendiri pun tak faham.


“Apa kau cakap? Ulang balik apa kau cakap tadi.” 


Tengah sedap Isabel ketawa, tiba-tiba ada seseorang menyergahnya dari belakang! Apa lagi, terkejut habis Isabel dibuatnya!


“Hei, terkejut saya tahu tak…..” Tatkala Isabel berpaling ke belakang, matanya terus bertembung dengan mata lelaki itu. Tapi, bila diamati betul-betul. Anak mata lelaki itu tidak ubah seperti mata Detektif Ad! 


Wow! Pertemuan mereka satu kebetulan yang amat tidak dijangka. Sekali pandang, lelaki itu tak nampak langsung seperti Detektif Ad. Dengan baju kemeja hitam yang dilipat sehingga ke paras siku. Rambut separas bahu yang dibelah tengah dan dibiar lepas bebas tanpa berikat. Ala-ala mat rockers! 


Siapa yang akan menyangka lelaki itu merupakan Detektif Ad!


“Detektif….”


“Shhh!” Jari telunjuk Arshah yang runcing itu segera mendarat di mulut Isabel!


Isabel yang keras kepala segera menepis tangan Arshah sebelum menyambung kata-katanya semula…..


“Ad!”


“Hei!” Laju tangan Arshah memegang beg tangan gadis itu. Mujur waktu itu suasana agak bising dengan gelak tawa sekumpulan remaja berseragam sekolah yang jelas tidak mengendahkan orang dewasa seperti mereka.


“Detektif Ad, apa awak cuba buat ni? Awak cuba nak rompak saya ke?” jerkah Isabel dalam nada berbisik. 


Arshah buat-buat tak dengar. Saat itu, lampu isyarat sudah pun bertukar ke warna hijau. Dia terlebih dahulu melangkah ke arah jalan sambil berkata,


“Lady, be careful. Suatu hari nanti, akan ada seseorang yang cuba jatuhkan kau dan juga kakak kau.” 


Perlahan sahaja suara Detektif Ad, tetapi dapat didengari dengan jelas oleh Isabel.


“Detektif Ad, tolong bagitahu siapa orang tu. Eh?” Isabel terpinga-pinga sendiri melihat pemandangan di hadapannya. Ke mana… Ke mana Detektif Ad telah menghilang dalam tempoh tidak sampai 10 saat?


Telefon pintar Isabel yang berbunyi menyedarkan gadis itu dari lamunan. Dia cepat-cepat melintas sebelum lampu isyarat bertukar merah semula.


“Is, kamu kat mana sekarang ni? Balik rumah sekarang. Kita gerak balik rumah Opah Nina.” 


Berkerut dahi Isabel mendengar arahan Datin Amylia. 


“Mama, macam mana dengan anak kesayangan mama tu pula? Hampir satu KL ni Is jelajah gara-gara nak cari Zara.”


“Zara tak jadi datang KL. Jadi, kita jela jemput Zara kat umah Opah Nani.”


“Kita?”


‘Yelah, kita. Mama, ayah dan kamu….”


Isabel tepuk dahi. Aish, ni yang malas ni.


“Tapi kenapa Zara tiba-tiba tak jadi datang KL?” Isabel belok kanan sebelum langkahnya terhenti secara mendadak.


“Kawan dia kemalangan katanya.”


“Huh?” 


Rahangnya hampir jatuh melihat aksi kejar mengejar di jalan raya. Kereta yang digunakan penjenayah kereta Proton Wira! Manakala kereta si pengejar pula merupakan kereta sport mewah. Tapi, kereta mewah tersebut tertinggal jauh di belakang kereta buatan Malaysia itu!


Siapa lagi kalau bukan Detektif Ad dengan seorang penjenayah yang selama ini menjadi buruan polis. Selama bertahun-tahun penjenayah tersebut diburu. Malah, penjenayah yang digelar penjenayah ‘The Thief Stone’ semakin kerap melakukan kerja-kerja jenayahnya. Jenayah utama yang dilakukan The Thief Stone sudah tentu merompak!


Isabel tersengih sendiri. Kegagalan Detektif Ad dalam menangkap penjenayah The Thief Stone sedikit-sebanyak telah mencalarkan nama baik Detektif Ad sendiri. Sepertinya tika ini Detektif Ad sedang cuba untuk membersihkan namanya sendiri.


Dengan cara menangkap The Thief Stone, penjenayah paling licik di Malaysia!



Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Suhailah Selamat