Home Novel Cinta Jangan Tinggal Aku
Jangan Tinggal Aku
Suhailah Selamat
28/2/2022 19:41:48
16,862
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 5


Blurb:

Setiap pertemuan ada rencananya sendiri. Setiap pertemuan selalu membawa kita ke destinasi yang lain. Pertemuan itu juga membawa kepada sebuah kisah cinta. Tetapi, tidak semua pertemuan itu indah belaka. 


Bagaikan buku bertemu dengan ruas, buat pertama kalinya, Isabel bertemu dengan seseorang yang level mulutnya hampir sama dengan dia! Siapa lagi kalau bukan detektif sotong itu!


 “Awak cuba nak rompak saya ke?”- ISABEL 


“Lebih baik aku pergi rompak bank. Bank banyak duit! Kau pula banyak mulut!”- DETEKTIF AD 


Kepulangan Arshah ke Kampung Villa Aman untuk memburu si pencuri licik The Stone Thief telah menemukannya dengan Isabel. Setiap kali bertemu, perang mulut pasti akan berlaku. Hubungan Arshah dan Isabel yang mulai rapat, berantakan lantaran sumpahan Sari Cempaka yang mengatakan mereka tidak boleh bersama. Jika tidak, nyawa Isabel menjadi galang-gantinya.


 Namun hubungan yang cuba dipertahankan dalam sekelip mata musnah angkara satu fitnah. Bersama luka dalam hati, Arshah pergi membawa diri. Isabel pula terjerumus dalam satu kejadian hitam yang telah merubah hidup gadis itu buat selama-lamanya. Pertemuan yang tidak dijangka, dalam situasi yang berbeza telah menghidupkan kembali perasaan yang hampir layu itu.


 “Jika ada jodoh, kita akan bertemu lagi, Is. Walaupun sebagai adik dan ipar.” – ARSHAH 


Mampukah Arshah menggunakan kebolehannya untuk menamatkan sumpahan yang membelenggu dirinya dan Isabel? Siapa sebenarnya Detektif Ad? Siapa pula Sari Cempaka sehingga mereka harus akur pada sumpahan wanita itu? Wujudkah istilah cinta kedua jika hati pernah dikhianati? 


Mungkinkah cinta yang pernah dizalimi mampu diubati dengan hanya ungkapan maaf atau memilih melepaskan sisa rasa yang menyakitkan.


P/s : novel ini diterbitkan di bawah Fajar Pakeer. Boleh beli di shopee Fajar Pakeer atau wasap saje Fajar Pakeer.Juga terdapat di kedai2 buku.😁

Oder novel Fajar Pakeer di sini :

https://shopee.com.my/fajarpakeer


ONLINE: WhatsApp: 012-8006944

wasap.my/60128006944

Previous: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Suhailah Selamat