Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 8

Zafril masih teringat pertemuannya dengan ibu semalam, masih terasa hangatnya pelukan ibu. Bertuahnya Imran dan Imani sedari kecil punya ibu dan ayah yang sayangkan mereka. Tapi aku juga bersyukur masih punya nenek yang sayangkan dia sepenuh hati. Nenek menjadi tempat dia curahkan kasih sayang, nenek juga tempat dia berkongsi rasa sedih bila dihina orang sekeliling. Nenek adalah insan yang paling pandai memujuk dan memberikan dia kata nasihat. Pesan nenek tidak pernah dia lupa. “Sayang dan jaga ibu macam mana Aril sayang dan jaga nenek. Jangan benci ibu, dia tak salah. Ingat pesan nenek ni Aril, syurga Aril bawah telapak kaki ibu.” Kerana pesanan inilah dia tidak pernah berdendam dengan ibu, kerana teringatkan pesan ini juga dia bertemu dengan ibunya semalam. 

“Hello Zafril, sorry pasal semalam. Last minute cancel, so sebagai tanda I mintak maaf jom keluar. I belanja tengok wayang dan makan.” Zafril tersenyum senang mendengar kata maaf dan pujukan Suhaila. Zafril semakin selesa berkawan dengan Suhaila, namun dia juga bimbang seandainya Suhaila salah faham dengan layanan mesranya selama ini. Semalam sepatutnya Suhaila ikut sama ke majlis kenduri di rumah orang tuanya tapi last minute dia batalkan. Kalau bagi orang lain tentu ada rasa kecewa, tapi tidak Zafril dia rasa ringan sedikit beban bila Suhaila sendiri yang menolak ajakannya. Dia belum bersedia untuk berkongsi rahsia ini dengan mana-mana perempuan lagi. 

“Bagi saya 30 minit, nanti saya ambil awak dekat rumah.” Talian terus dimatikan, Zafril terus bergegas ke bilik untuk bersiap. Dari duduk rumah sorang-sorang melayan perasaan baik keluar tengok wayang. 


“Jom masuk panggung, tiket dan popcorn dah ready!” Suhaila menarik tangan Zafril. Zafril tersenyum lucu dengan gelagat Suhaila. Semakin hari dia kenal Suhaila semakin dia kenal sikap Suhaila yang sangat ceria. Aura Suhaila yang ceria dan positif menyenangkan hatinya. Zafril terus mengikut langkah Suhaila masuk ke panggung tanpa dia sedar ada mata-mata yang kecewa melihat adegan mesra mereka. 

“Nayli jom kita pergi makan, aku takde mood la nak tengok wayang.” Mulanya Zahira gembira bila melihat Zafril ada sama semasa beratur membeli tiket wayang tadi. Dia mahu menegur Zafril selepas selesai membuat pembelian tiket wayang, namun kecewa bila Zafril tidak berseorangan tetapi bersama Suhaila. Menambahkan rasa kecewa bila melihat betapa mesranya Zafril melayan Suhaila, sekarang dia yakin memang ada sesuatu di antara Zafril dan Suhaila. Hatinya sakit, sakit yang sukar untuk dia gambarkan. 

“Lah dah kenapa kau ni?hmm, jomlah.” Nayli malas nak bersoal jawab, hanya menurut langkah Zahira yang sudah berlalu tinggalkan dia dibelakang.

Adegan mesra Zafril dan Zahira turut disaksikan Imran, bekas teman lelaki Suhaila. Imran tak sangka Suhaila sudah ada pengganti dirinya, namun yang menjadi lebih dia marah dan sakit hati bila melihat Zafril pengganti itu. “Tak guna, kenapa mesti dia Su. Patutlah you terus ignore bila I pujuk you, dah ada pengganti rupanya. Kau bukan lawan aku lah Zafril!” Imran menggenggam penumbuk. Ikutkan hati yang baran ini sekarang jugak dia nak serang Zafril tapi dia masih waras, dia berada dikhalayak ramai. ‘Kau tunggu Zafril!’ 


“Aku tak faham lah kau ni, kau dengan dia tak pernah berkawan lepastu selama ini dia tak pernah sedar pun kewujudan kau dalam hidup dia. Then sekarang kau menangis kecewa macam dia curang dengan kau. Ya Allah, bantulah sahabat aku ini…” Terus terang Nayli sangat marah dengan Zahira. Entah apa yang dia pandang pada Zafril sampai dia boleh menangis beria sekarang ni. Kalau kata dia bercinta dengan Zafril baiklah dia faham kenapa perlu menangis, but the problem is..Zahira dan Zafril tak pernah bercinta!So apa keperluan untuk Zahira rasa kecewa dan sedih sampai perlu menangis bagai!Serius dia tak faham.#donemembebel.

“Kau takkan faham apa aku rasa. Aku dah lama jatuh cinta dengan dia. Walaupun dia tak pernah tahu..aku sayang dia Nayli. Bodoh kan aku? Cinta separuh mati pada orang yang tak pernah sedar kewujudan aku.” Sekarang Zahira mula sedar kesilapan dia selama ini yang terlalu melayan rasa cinta dia pada Zafril. Sepatutnya dari dulu dia sudah buang jauh-jauh semua perasaan cinta ini, sekarang dia sendiri menanggung rasa kecewa. 

“Kau dengar cakap aku, mulai saat ini aku nak kau buang zafril tu jauh-jauh. Anggap je kau tak pernah kenal dia sebelum ini. Move on! Yakin pada ketentuan Allah, andainya dia jodoh kau, pergilah sejauh mana pun pasti kau dan dia akan bersama jugak. Tapi kalau dia bukan jodoh kau, kau kena redha dan hidup mesti diteruskan. Kau kawan baik aku, aku sedih tengok kau macam ni.” Nayli menahan sebak. Dia kasihan melihat Zahira mengharap pada cinta yang tak tahu hujung pangkalnya. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia bersemuka dengan Zafril, tapi dia sedar kalau dia masuk campur dalam hal ini akan menambahkan lagi masalah kawan baiknya ini.

“Terima kasih sahabat, kau memang sahabat aku selamanya. Tapi kan…cukuplah aku seorang yang menangis, kau tak payahlah. Sebab kau menangis buruk, aku menangis tak pe maintain cun.” Nayli menjegilkan matanya. Tengah-tengah sedih macam ni pun dia sempat nak buat lawak. Memang sengetlah minah ni. Akhirnya mereka ketawa lucu. Zahira berjanji akan cuba lupakan Zafril. Nayli berdoa jika ada jodoh Zahira untuk bersama dengan Zafril semoga Allah permudahkan dan diberikan sahabatnya ini kekuatan.


Imran merengus kasar, dia betul-betul bengang dengan apa yang dia lihat sebentar tadi. Bukan main mesra lagi Suhaila melayan Zafril. Dendam Imran pada Zafril semakin bertambah, kenapa mesti Zafril? Dulu kau rampas ibu, sekarang kekasih aku pula nak rampas. Kau memang muka tak malu! Aku akan pastikan Suhaila tahu siapa kau yang sebenarnya! 

“Eh abang Im, tidur sini ke?” Teguran Imani mengejutkan Imran. Imran hanya memandang adiknya tanpa memberikan jawapan kepada soalan Imani tadi.

“Abang ni dah kenapa, adik tanya abang tidur sini ke malam ni?” Soal Imani sekali lagi.

“Yang kau ni menyibuk sangat aku nak tidur sini ke tak kenapa? Dah benci sangat ke dengan abang kau ni? Puja sangat abang keji kau tu. Jijik!” Perkataan keji dan jijik sengaja ditekankan Imran. Imani hanya menggelengkan kepala, entah apalah dosa abang Zafril pada abang Imran pun tak tahulah sampai benci sangat.

“Keji?Jijik? Abang sedar tak abang sebenarnya hina Allah. Abang hina ciptaan Dia. Abang juga kena ingat kita bertiga ni lahir dari rahim yang sama. Mungkin nasib abang Zafril tak seindah kita tapi dia..tetap hamba ciptaan Allah! Dia tetap anak ibu, abang kita. Remember that!” Imani terus berlalu meninggalkan Imran yang sudah merah padam mukanya menahan marah. ‘Kalau ibu dengan abah takde malam ni memang tangan aku ni dah melekap kat muka kau! Kurang ajar!’

Sejak akhir-akhir ini Zafril dan Suhaila agak sibuk ditapak projek, masa yang ada ini menyebabkan hubungan mereka semakin intim. Suhaila bagaikan terus lupa pada cinta pertamanya, Imran. Bagi Suhaila, Zafril adalah lelaki idamannya. Jadi mengapa dia perlu kenangkan lelaki seperti Imran. Lelaki yang tidak pernah menghargai dirinya. Tapi Suhaila tak nafikan ada sisi positif dalam diri Imran kalau tidak masakan dia yang tergila-gilakan lelaki itu dulu. Mereka menjalinkan hubungan cinta bukan setahun dua malah sudah lebih lima tahun. Namun dek kerana sikap Imran yang panas baran dan beberapa kali pipi Suhaila menjadi mangsa tamparannya buatkan Suhaila akhirnya angkat kaki. Dia tak boleh bayangkan bagaimana nasib dia jika bersuamikan lelaki panas baran seperti Imran. 

“Zafril awak pernah bercinta?” Soal Suhaila cuba menarik perhatian Zafril untuk bercerita tentang rahsia hatinya.

“Tak pernah. Tapi saya pernah suka kan seseorang.” Zafril hanya tersenyum mengenangkan kisah itu. Kisah dia di hina dihadapan khalayak umum. Sejak hari itu dia sedar diri yang dia tak akan pernah layak untuk mana-mana perempuan. 

“Orang tu tahu tak awak sukakan dia?”

“Tahu, sebab itu saya di tolak mentah-mentah. Siapalah saya ni. Awak ada teman lelaki?” Zafril tak mahu lagi berbicara tentang kisah itu. Kerana itu adalah di antara kisah pahit dalam hidupnya.

“Dulu ada, dah putus. Dia panas baran. Saya berdoa pada Allah supaya dia berubah kalau dia jodoh saya, tapi jika dia bukan jodoh saya. Saya berdoa supaya Allah ketemukan saya dengan lelaki yang baik, lemah lembut tutur katanya dan sangat menghormati juga menghargai saya.” 

“So awak dah jumpa that guy?” Soal Zafril lurus.

“Dah, dia ada didepan saya sekarang.” Uhuk..uhuk..Zafril terus tersedak. Mujur saja air tidak tersembur keluar dari mulutnya. Sungguh dia terkejut dengan jawapan jujur Suhaila. Dia tak sangka selama ini Suhaila menyimpan rasa suka padanya. Lama Zafril mendiamkan diri, dia tak tahu nak memulakan bicara untuk menolak secara baik. Zafril tak mampu untuk membalas kembali apa yang dirasakan Suhaila kerana dia tak punya rasa yang sama. 

“Suhaila..saya bukan yang macam awak sangka. Saya tak layak untuk perempuan yang baik seperti awak. Awak dari keturunan yang baik-baik. Saya bukan tak suka kan awak, tapi saya sedar siapa saya nak bergandingan dengan awak.” Zafril harap sangat Suhaila faham apa yang dia cuba sampaikan. Dia tak nak kehilangan kawan sebaik Suhaila bila semua kisah silamnya terbongkar nanti.

“Apa maksud awak ni? Apa masalah keturunan dengan cinta saya pada awak? Kalau awak tak suka saya terus terang saja Zafril. Tak perlu bagi alasan yang pelik-pelik.” Suhaila terus bangun meninggalkan Zafril termangu sendirian. Hmm..satu keluhan halus keluar dari mulut Zafril. ‘Maafkan saya Su, saya tak mampu nak balas cinta awak. Semoga awak akan berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari saya.’


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania