Home Novel Cinta OH MY GUSTAVIO
OH MY GUSTAVIO
Lentera Kalbu Shaz
29/5/2022 20:05:38
523
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

“Tahniah Munirah. Awak dah berjaya melangkah ke tahap yangseterusnya. Semoga berjaya kembali ke tanah air dan membawa segulung ijazah.”

Thank you so much Qal. Insya allah. Doakan saya tau. Awakpun apa kurangnya. Bukankah awak pun berjaya melanjutkan pengajian keUniversiti Gadjah Mada. Balik nanti saya nak tengok awak bukan saja bawa baliksegulung ijazah, malah cowok Yogyakarta juga. Hehehe.”

“Esh awak ni. Ke situ pula. Whatever! Sama juga awak. Sayadoakan bawa boyfriend original Sepanyol. Hahahaha.”

“Amboi Qal…Amboi Munirah. Jauh sangat keinginan awak berduani. Hah! Qal, saya ni awak nak simpan dekat mana pula kalau awak bawa balikcowok ganteng dari Yogjakarta nanti? Awak nak jadikan saya lampin pakai buang?”Tempelak Munif Asraff seakan tidak berpuas hati setelah mendengar usikankedua-dua sahabatnya itu tadi.

Sebenarnya antara Munirah Athira dan Qaseh Qaleeda memangtak pernah lekang dek usikan. Tak seorang, seorang pula yang akan salingmengenakan satu sama lain. Walau pun Munif Asraff tahu benar keadaan itu tapidia sengaja menempelak sebab tak nak perbualan kedua-dua sahabat ituberlarutan. Seolah-olah dia yang turut bersama berada di samping mereka berduatidak wujud.

“Hai Munif, takkanlah awak terus cemburu. Saya mengusiksaja kot. Takkanlah Qal ni nak cari yang lain. Bukankah awak juga samamelanjutkan pengajian di Yogjakarta?” Munirah Athira memulangkan paku buahkeras kepada Munif Asraff.

“Entahlah Munirah. Tiba-tiba nak angin satu badan nikenapa?” Qaseh Qaleeda mengiyakan kata-kata sahabatnya itu.

Satu sekolah dah tahu bahawa Munirah Athira, Qaseh Qaleedadan Munif Asraff memang kawan sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Sehingga kinipun mereka masih bersama. Setelah mendapat keputusan STPM mereka mengambil keputusanuntuk meneruskan pelajaran ke universiti. Qaseh Qaleeda dan Munif Asraffmendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Gadjah Mada diYogjakarta, Indonesia dalam jurusan Perakaunan manakala Munirah Athira pulamelanjutkan pelajaran dalam jurusan Pendidikan Dan Psikologi di University OfNavarra yang berpusat di Madrid. Mungkin ini adalah kali pertama ketiga-tigasahabat ini berpisah.

Jam menunjukkan pukul tiga petang. Kedengaran suara petugaspenerbangan mengumumkan penerbangan ke Jakarta akan berlepas sebentar sahaja lagi.Setelah bersalam-salaman ketiga-tiga sahabat ini terpaksa berpisah kerana sudahtiba masanya Qaseh Qaleeda dan Munif Asraff masuk ke balai berlepas. TerlihatQaseh Qaleeda tidak dapat menahan tangis kerana berpisah dengan satu-satunyasahabat karibnya sejak kecil. Terlihat Munirah Athira melambaikan tangannyadari kejauhan sambil mengiringi kedua sahabatnya itu dengan pandangan sayu.Penerbangan ke Madrid akan berlepas kira-kira sejam dari sekarang. Maka dia punkembali mendapatkan bagasinya untuk bersiap sedia masuk ke balai berlepasbila-bila masa sahaja dari sekarang. Apa yang pasti hatinya bergejolak antaragembira dan berdebar kerana ini baru pertama kali dia akan pergi jauh seorangdiri ke negara orang demi melanjutkan pelajaran. Penerbangan yang akan transitdi Abu Dhabi itu nanti sudah cukup membuatkan hatinya teruja kerana dia akanmenaiki penerbangan bersama-sama dengan orang asing yang sama sekali dia tidakkenal. Ini betul-betul sendiri dan juga membuatkan dia memberanikan diri untukmembawa diri ke tempat asing yang sama sekali tidak pernah pun terlintas di fikirannyasebelum ini.

“Mak, ayah…Munirah akan buktikan kepada kalian berduabahawa Munirah akan berjaya kembali bersama segulung ijazah apabila pulangkelak. Munirah janji.”

“Penerbangan Malaysia MH654, MH654 ke Madrid sekarang sediauntuk berlepas melalui Pintu H9, Pintu H9. Terima kasih. Malaysia AirlinesMH654, MH654 to Madrid is now ready for boarding through Gate H9, Gate H9.Thank you”.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.