1,468
Kategori:
Genre:
Senarai Bab

           Imam menyudahkan doa solat subuh danmeraup kedua tapak tangan ke wajahnya. Makmum yang tidak sampai satu saf menuruti. Usai solat, para jemaah segera bersalamandan masing-masing mahu bergerakpulang. Hanya beberapa orang jemaahtermasuk Imam masih beristiqamah dengan meneruskan wirid dan membaca Al Quran di dalammasjid. Suasana pagi itu sungguhhening. Hanya sesekali kedengaran bunyienjin motorsikal penduduk melalui jalan di hadapan masjid An Nur, BukitBeruntung.

           Kamarul masih berteleku di atassejadah. Dia memanjatkan doa agardosa-dosanya diampunkan. Doa untukgemulah bapanya, ibu serta rakan-rakannya juga dipohon.

           “Tak balik lagi Kamarul?”

           “Sekejap lagi Pak Imam.”

           Dua orang jemaah subuh menjeling. “Alah, baru keluar pusat pemulihan, adalah tu yang di planningnya.” Ujar Pak Akob.

           “Tak baik cakap macam tu Pak Akob. Lebih-lebih lagi di dalam rumahAllah ni.” Ujar Imam Ahmad.

           “Di mana lagi dia nak tunjuk ‘wayangnya’ tu. Hah kat sinilah!. Di depan kita semua”, tokok Haji Nuar, menambah rasa pilu dihatiKamarul. Imam Ahmad hanyamenggeleng-gelengkan kepala sambil beristighfar.

           “Takkan Pak Imam nak percaya padabudak tu. Dah dua kali masuk pusatpemulihan”, potong Pak Akob.

           “Betul tu Pak Imam. Ini dah sebulantercongok di kampung kita ni. Kerja takada. Nanti ada pula harta benda orangkampung yang hilang”, sokong Haji Nuar. Diamengerling kearah Kamarul dengan perasaan meluat. Kamarul masih dengan perlakuannya, bermunajatke hadrat Ilahi.

           “Pak Aji, Pak Akob, niat orangkita tak tahu. Allah lebih mengetahui. Apa pun yang dia lakukan,biar Allah sahaja yang menilainya.” ImamAhmad tidak mahu perbualan itu berlarutan. Dia menapak ke tangga masjid mencari seliparnya.

           “Jangan diangkutnya tabung masjid tu sudahlah”, bisik Pak Akob ke cuping telinga Haji Nuar. Mereka berdua beriringan keluar ke pintumasjid. Langkah kaki mereka diiringidengan mulut celupar yang masih berbunyi. Air mata Kamarul bergenang.

           Selesai berdoa Kamarul mengensot ketiang masjid, menyandarkan tubuhnya. Jemaah terakhir sudah pulang. Diperhatinya suasana di dalam masjid. Begitu indah, nyaman dan mendamaikan jiwa. Kenangan masa lalunya berputar. Dahulu di antara saf-saf itulah dia seringmengikuti gemulah bapanya mengerjakan solat berjamaah. Sehingga remaja dia masih taat kepada keduaibubapanya dan juga perintah Allah. Namunentah macam mana dia terpengaruh dengan rakan-rakan yang terlibat denganpenagihan najis dadah. Selepas itu bermulalahepisod buruk di dalam hidupnya. Keranadadah dia rela melakukan apa sahaja. Malah dia pernah meragut, mencuri, pecah rumah malah sanggup menipu ibudan bapanya yang sedang sakit.

           “Ayah, ibu, maafkanlah aku. Aku sangatberdosa pada mu.” Kamarul bermonolog.  Dia kesal kerana akibatperbuatannya ayahnya jatuh sakit. Keranadia juga ibunya sanggup mengikat perut untuk membeli ubat-ubatan, mengumpulduit tambang dan duit belanja untuk melawatnya semasa dia di tahan di pusatpemulihan. Kerana dia jugaadik-beradiknya menjauhkan diri. Ketika ketagihannyasemakin teruk dia bersepakat dengan rakannya memecah masuk rumahnya sendiriuntuk mencuri wang simpanan ibunya. Akibatnya bapanya yang menghidap barah meninggal dunia tanpa sempat menjalanipembedahan. Kekesalan bertamudihatinya. Sungguh tabah ibubapanyamenghadapi dugaan hidup.

           “Ya, Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku yang telah lalu, dosa-dosakuhari ini dan juga dosa-dosaku yang akan datang. Dosa-dosa yang kelihatan ataupun yang tersembunyi.” Kamarul bermuhasabah, menginsafi diri. Seketika kemudian, ingatannya kembali semula ke masa lalu.

           “Kiri, kanan, kiriii…kiri, kanan, kiriii…”

           “Hoi, awak tu, kenapa kaki tak sama gerak. Bodoh!, macam pondan!, Berapa kali saya dah cakap hah…tak reti-reti lagi.” Koperal Rejab menengkingnya bila dia melakukankesalahan di padang kawad yang panas membahang. Dia yang baharu beberapa hari keluar dari bilik detoksifikasi terasamual, pitam dan mahu rebah. Maklumlahbaru sahaja keluar dari proses membuang gian, tubuhnya masih lemah.

           Fikirannya menerawang lagi, umpamasebuah enjin projektor yang menyuluh sekeping layar putih.

           “Lari!, lari!, Pusat dah terbakar!”, Jerit beberapa orang rakannya yangmengambil kesempatan meloloskan diri dengan memanjat pagar dari suasana kelamkabut. Kamarul tahu perbuatan khianatitu sudah dirancang oleh beberapa kumpulan ‘abang senior’ yang tidak berpuashati dengan pentadbiran pusat pemulihan itu. Mereka adalah penagih tegar yang sukar dipulihkan.

           Bukan itu sahaja, banyak lagi memoridi pusat pemulihan yang masih kuat terpahat diingatannya. Sudah dua kali dia menjalani rawatan danpemulihan di pusat pemulihan. Diasendiri mengakui, sukar untuk melupakan dadah yang dianggap kekasih khayalan itu. Sepanjang menjalani proses pemulihan, Kamaruldapat menyaksikan ada rakannya yang mati akibat penyakit Aids, cedera akibatbergaduh, melarikan diri, isteri memohon cerai, keluar pusat secara sembunyi untuk mendapatkanbekalan dadah dan sebagainya.

           Beberapa hari sebelum dibebaskan, Kamarul menapak menuju ke bilikkaunselor. Setelah memberi salam danmemperkenalkan diri, Kamarul mengemukakanmasalah yang telah lama bersarang dijiwanya kepada encik Harish.

           “Encik, saya tidak yakin dengan kemampuan saya untuk bertahan semasa diluar sana. Saya bimbang dengan kerinduanterhadap ‘kekasih lama’ saya.”

           “Okey beginilah. Semua bekas penagih dadah menghadapi masalah sepertiawak. Untuk melupakan ‘kekasih lama’ itu,awak perlu bersungguh-sunguh, mengenali ‘kekasih yang sebenar’. Kekasih yang mencipta diri awak. Oleh itu untuk menjadi orang yang disayangiAllah, awak mesti melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segalalarangannya. Selain itu dampingilahkeluarga. Berkongsi masalah awak denganmereka.” Terang encik Harish.

           “Sebelum ini saya seringberanggapan dadah itu adalah penawar. Setelah mendapatkannya ia menjadi racun pula.” Akui Kamarul jujur.

           “Dadah bukanlah penawar kecuali jika tidak disalahgunakan. Penawar yang mujarab ialah solat. Jangan sekali-kali meninggalkan solat keranasolat itu mencegah kita dari perkara keji dan mungkar.”

           “Bolehkah encik memberikan sedikittips kepada saya.” Ujar Kamarul mengharap. Encik Harish berfikir sejenak.

           Encik Harish mengambil stamp padyang ada di hadapannya. Dia memintaKamarul mengecopnya jarinya di atas sekeping kertas sehingga habis kesan dakwatdi ibu jarinya. Encik Harish mengambilsehelai lagi kertas putih dan meminta Kamarul menekan ibu jarinyaberulang-ulang kali di atas stamp paddan mengecopnya sehingga kertas itu dipenuhi cap jarinya. Dahi Kamarul berkerut.

           “Jari itu umpama diri awakdan dakwat stamp pad itu umpama najisdadah. Kesan ketagihan dadah akanmenghilang jika awak tidak mengambilnya, sama seperti cap jari awak pada kertasyang pertama. Tapi sekiranya awak semakinkerap mengambil dadah, diri awak seperti kertas kedua, kesannya sukardipadamkan. Awak faham kan?”

           Kamarul mengangguk.

           “Selepas bebas nanti awak perlu membuat carta hidup diri awak. Bermula dari garis selamat, berjaga-jaga dangaris merbahaya. Peringkat awal, awak lakukan untuk tempoh satu bulan bermuladari tarikh dibebaskan. Kemudian bulanseterusnya. Lihat pencapaian diriawak. Perlakuan tabiat buruk atau baik. Jika tabiat buruk mengatasi tabiat baikhingga mencapai tahap bahaya awak perlu segera menukar gaya hidup. Jadi, untuk mengelakkan awak ‘jatuh’ semula,cepat cari ‘tempat berpaut’. Jika awakmemerlukan bantuan, awak boleh mengunjungi perkhidmatan yang kami sediakan diluar sana seperti rawatan pemulihan dalam komuniti.”

           Masih jelas kedengaran amanat terakhiryang diberikan oleh Encik Harish. Kamarulbersyukur setakat ini carta hidupnya berada pada tahap selamat.

           Hari semakin cerah. Kamarul mengambil penyapu. Disapunya beranda masjid. Kemudian dicucinya pula longkang serta tandasmasjid. Selesai membersihkan masjid,Kamarul memerhatikan keadaan sekeliling. Masjid sudah kosong!. Dengan gopoh gapah dia masuksemula ke dalam masjid lalu mengumpulkan sejadah, kain pelikat, telekung dan kopiah yangbersepah di rak dan di dalam almari masjid. Diawasinya sekeliling sekali lagi. Cepat-cepatdisumbatkannya ke dalam kotak lalu dimuatkan ke dalam bonet kereta. Diamenghidupkan injin dan berlalu pergi.

           Tiba di simpang masuk ke rumahnya diaditahan oleh beberapa pemuda kampung. Kamarul menggeletar ketakutan.

           “Buka bonet ni cepat!, arah Syaiful anak Pak Akob. Terketar-ketar Kamarul membuka bonetkeretanya.

           “Oh, ini kerja kau ya!.” Syaifulmencekak leher Kamarul. “Sial!”,tengkingnya.

           Bukk, sebiji penumbuk hinggap ke muka Kamarul. Kamarul jatuh terduduk. Dia mengaduh kesakitan. Ada cecair pekat mengalir di mulutnya. Satu sepakan kuat hinggap di perutnya. Kamarul mengerang sambil menekan perutnya.

           “Hai, barang-barang macam ni pun kau nak kebas?” Marah seorangpemuda. Beberapa pemuda lagi menggeledahperut kereta. Mencari mungkin ada duittabung yang dicurinya.

           Prang…salah seorang pemuda memecahkan cermin kereta dengan kayubaseball, berang bila tidak menemui apa-apa. Hati Kamarul sayu melihat kereta gemulah ayahnyadirosakkan.

           “Hoi, kamu semua buat apa ni.” Kedengaran suara bilal Kassim di atas motorsikalnya.

           “Tadi, ayah suruh saya intip si jahanam ni. Ni buktinya.” Syaiful mengeluarkan beberapa helai sejadahdari bonet kereta.

           “Kamu semua dah salah sangka. Diabukan nak curi.”

           “Kan dah terbuti dia mencuri, takkan Pak Bilal nak bela budak jahanam nilagi. Heret saja dia ke balai”, usul seorang pemuda.

           “Kamarul nak bawa balik barang-barang ni semua untuk dicuci. Cuba kamu periksa, dia dah buat tempatmencuci dan ampaian di belakang rumahnya. Malah Kamarul sanggup mengambil kain pelikat, sejadah dan telekung kegunaan orangramai di surau-surau, masjid dan di hentian rehat sekitar daerah kita ni. Dia dah minta kebenaran untuk lakukan semuani. Malah dia lakukan secara sukarela. Cuba kamu semua fikir, dia nak buat apadengan semua ni?. Ada ke orang yang nakbeli sejadah, kain pelikat dan telekung terpakai?”

           Syaiful dan rakan-rakannya berasa serba salah. “Maafkan kami Kamarul. Kami terlalu ikutkan perasaan.”

           “Tidak mengapa. Saya sedarbeginilah nasib seorang bekas penagih. Buat baik dipandang serong apatah lagi buat perkara yang salah. Saya redha atas ketentuan Ilahi. Kepercayaan masyarakat kepada golonganseperti saya memang tipis. Bak kataorang kami ini umpama sudah menjadi ‘bangsa’ lain, bangsa penagih”, Kamarulmeluahkan perasaan.

           “Janganlah berkata begitu. Kitasemua sama sahaja di sisi tuhan kecuali amalan yang dilakukan”, potong Bilal Kassim.

           “Kenapa kamu lakukan semua ni. Banyaklagi kerja yang boleh kamu lakukan?” Soal Syaiful.

           “Saya merasakan kerja amal seperti ini umpama mencuci segala dosa saya.”

          Dalam kesakitan Kamarul mengucapkan terima kasih kepada Bilal Kassim sambil menadah tangan memohon doa agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Syaiful dan rakan-rakan berasa malu dan insaf.  Kamarul berharap ada orang yang membantu dan menyokong usahanya.  Dia berharap agar ada sinar yang teranguntuknya di masa hadapan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh