1,883
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
RIANA Bab 11

Aku menarik nafas yang dalam melihat pemandangan dihadapanku ketika ini. Tanah lapang yang bersempadan dengan mini market Ah Hor sehingga ke tebing sungai sudah berpindah milik. Setiap seorang dari kami mendapat satu bahagian. Di bahagian milikku, dua buah kandang dibina. Terdapat lapan ekor kambing pedaging dan lima ekor kambing tenusu. Aku baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang ternak ini. Hujung minggu itu, kesemua adik-beradikku berserta ipar duai dan anak saudara pulang ke kampung. Kecuali Abang Li yang dalam perjalanan ke Paranagua di Brazil. Kata Abang Li, itulah perjalanan terakhir arena lautannya sebelum berhenti dan menetap di kampung untuk sama-sama mengendalikan perniagaan keluarga kami ini. Aku mengucap syukur. Emak apatah lagi. Terlebih gembira kerana anak bongsu lelakinya itu bakal pulang ke pangkuan setelah bertahun mengabdikan diri sebagai anak laut. 

"Nana, tu.. Bakal tunang kau dah datang." kata Kak Chik sambil mencuit bahuku. Aku menoleh ke belakang sebentar. Perasaanku bercampur baur melihat kelibat lelaki yang aku cintai dalam diam sedang beramah mesra dengan anggota keluargaku. Pilihan hatiku tidak mendapat bantahan dari emak dan ahli keluarga yang lain. Begitu juga Ah Hor dan Mek. Mungkin kerana berasa bersalah dengan sikap mereka selama ini terhadap Han, mereka juga tidak membantah dengan keinginan Han untuk memperisterikan aku. Tetapi, aku terpaksa meminta tempoh. Aku mahu merealisasikan dahulu impian nan satu ini. Sebenarnya, ianya bukanlah cita-citaku asalku. Namun, mengenangkan arwah abah pernah menyuarakan hasrat untuk menternak suatu ketika dulu, dengan rela hati aku memutuskan untuk bertanggungjawab meneruskan hasrat yang tidak tercapai itu. Makin lama aku mula menyukai bidang ini. Seiring kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Kak Chik berlalu memanggil anak-anaknya yang sedang mengintai-intai kambing belaan di kandang. Halaman di laman dapur riuh rendah dengan suara kanak-kanak bermain. Ada yang bermain pasir. Ada yang berkejaran. Dipangkin, emak riuh rendah berbual dengan anak-anaknya. Aku tahu emaklah orang yang paling bahagia ketika ini. Melihat anak cucu dengan mata kepala. Aku membetulkan selendang panjang yang dikenakan. Berjalan perlahan-lahan ke arah Han yang sedang menapak kearahku. Dia senyum. Aku turut senyum. Kadangkala aku tertunduk malu sambil cincin 'kahwin' kami suatu ketika dulu yang bersarung  di jari manis aku mainkan. 

"Hai."

"Hai." sahutku dengan senyuman simpul. Tubuhnya yang tinggi lampai membuatkan aku terpaksa mendongak memandangnya. 

"I love you." ucap Han penuh romantis. 

"No way! Saya dah cakap, kan? Bagi tempoh. Saya tak minta lama pun. Setahun je.." sampukku. Dia ingat aku tak tahu ke dia tengah pujuk aku nak cepatkan perkahwinan kami. Hisy, tak sabar betul lelaki ni. Han tersengih kepadaku mengenangkan cubaan yang entah ke berapa puluh buat memujukku tetap gagal. 

"Nope. Setahun terlalu lama. Setengah tahun?" katanya. Masih tidak berputus asa. Aku pura-pura mendengus geram. 

"Bisnes awak macam mana?" tanyaku pula. Memang sengaja aku tukar topik. Tapi, aku juga ingin tahu keadaan lelaki itu. Sudah dua bulan lebih dia membangunkan kembali syarikatnya. Tetapi, tidak lagi haluan yang sama iaitu hartanah. Han sedang membina platform dagangan dalam talian. Dia beralih kepada perniagaan tekstil pula. Lokasi syarikatnya juga sudah berubah di pekan sahaja. Rindu katanya jika tinggal berjauhan. Alahai lelaki ini. Romantisnya lain macam. Masaklah dapat aku yang agak degil sedikit orangnya. 

"Awak tahu awak tak boleh tanya soalan macam tu dekat orang lelaki. Jatuh saham tau." tutur Han membuatkan aku tersengih. 

"Riana Ailin, saya dah bincang dengan keluarga awak. Termasuk Abang Li. Tau tak kenapa Abang Li berhenti kerja?" 

"Nak join bisnes, lah." sahutku bersahaja sambil memeluk tubuh. Dah mulalah tu. Nak ajak berdebat. Poinnya tiada lain. Nak buka mata aku supaya jelas, tempoh yang aku pinta tu tak masuk akal. 

"Salah. Dengan kuasa veto yang dia ada selaku pemegang share terbesar dalam bisnes awak ni, dia dah cutikan awak bermula hari ini untuk awak pergi kursus kahwin dengan saya. Minggu depan kita settle urusan dokumen dan bla, bla, bla.. April nanti kita nikah." kata Han panjang lebar. Mulutku melopong tidak percaya. April? Lagi empat bulan? 

"Awak ni!!! Kenapa.." Han mengangkat tangan meminta aku berhenti. Kemudian, kami sama-sama tersenyum kepada si kecil Ain yang tiba-tiba datang berlari mengelilingi kami. 

"Bukan sebab tak sabar saya nak kahwin dengan awak, Riana. Bukan juga sebab saya memaksa. Awak teruskan bidang awak ni selama mana awak suka. Saya takkan halang. Tapi, saya nak jadi yang halal untuk awak. Yang dapat sentuh awak. Damn! Saya jealous dekat kambing-kambing yang awak peluk tiap-tiap hari tu tau, tak? Please, jangan seksa saya. Boleh?" Arghh! Kali ini poin yang diberikan terlalu jelas. Tidak lagi berlapik cakapnya. Aku tak dapat mengelak lagi. Tak dapat memberi alasan lagi. Apa lagi yang patut aku dustakan sekiranya semuanya sedang dipermudahkan untukku. Aku mendongak dan memandang ke dalam anak mata hitam berkilat dihadapanku. Dia sedang menantikanku. Bukan. Dia telah lama menantikanku! Satu anggukan kecil aku berikan kepadanya. Cahaya bahagia terpancar jelas dalam anak matanya. 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh