Home Buku Fantasi The New King
Bab 95

Mencari Jawapan



Hari yang di nanti telahpun tiba. Pagi telah menyising maka ramai tentera berkumpul di tembok ais gergasi itu. Dua orang wakil dari kerajaan Rin dan Daye berada di pinggir tembok akan meruntuhkan tembok ais.


Di bilik bawah tanah pula, ramai sudah bersiap-siap memakai baju yang sesuai untuk berperang. Badar juga sudah memakai baju yang biasa dia pakai. Cuma kali ini dia memakai baju panas dan selendang putih nya.


Heigo : asyik-asyik nak pakai selendang tu.


Badar : bapak aku bagi daa.. ini saja yang ada untuk kenang-kenangan.


Delima : tak sejuk ke nanti?


Badar : mana sejuk, kan perang.. hilang dah rasa sejuk tu.


Delirin : Badar, nanti kita kena selamatkan Kairin sekali..


Ozen : sembunyikan dia.


Tama : tak boleh!


Tiba-tiba tama berteriak melarang sesuatu. Ternyata Nurin mahu ikut dalam peperangan itu..


Tama : bahaya..


Nurin : nurin kuat tahu!


Tama : kuat bukan bererti kebal. Haa rasa.  Rasa ni...


Tama mencuit-cuit adik nya itu.


Nurin : geli la.


Badar : eh nak juga la cuit.


Nurin : kau nampak penumbuk ni?


Badar : hehehe tak jadi..


Bussssssszjzjsjsnzjzjzzokz.....


Tembok ais gergasi itu sudah runtuh dan kini peperangan pun mula. Badar mula serius...


Badar : baiklah semua. Tujuan kita kali ini untuk menghentikan perang. Tapi sejujurnya kita tak cukup orang. Jadi kita akan membantu Raja Darul untuk menghentikan perang.


"Oooyyyyyyy"



Kerajaan Daye


Kelompok Badarien yang ada di Kota Daye duduk di hujung kem perang luar gua. Mereka hanya memerhatikan peperangan itu.


Man : kita tak tolong mereka ke?


Zafar : kita tunggu Badar dulu.


Crisa : betul. Kita kena tengok Badar punya isyarat.


Man : kan dia dah tinefon semalam. Dia cakap nak tolong Raja Darul.


Werza : betul juga.


Zafar : keputusan seseorang itu selalu berubah-ubah.


Raja Darul berada di tengah kem istana. Dia memerintahkan tenteranya untuk berperang sesuai dengan rancangan nya.


Darul : jangan guna semua tenaga kamu. Tempat kita sejuk, jadi kita akan cepat habis nafas. Pasukan A serang dulu.


Qan : mereka sudah serang tuanku. Semua nya sudah terlaksana.


Darul : bagus, kita hanya menunggu Bahrin muncul di celah-celah peperangan nanti...


Setelah tembok gergasi itu di runtuhkan, Farurin terus menggila menebas orang-orang dengan pedang ais. Dia boleh mencipta pelbagai senjata dari ais termasuk pistol. Dia menembak, menebas dan melempar lembing ke musuh-musuh nya.


Farurin : hahha! Mati lah kau!! 


Adik beradiknya yang lain menjadi tentera penyokong untuk Farurin. Darin dan Yaewrin berada beberapa meter di belakang nya. Membantu menamatkan riwayat tentera nya sedang terbaring kerana cedera. 


Harin pula menjadi penjaga untuk menghalangi musuh yang mengganggu kerja adik nya iaitu Sairin dan Kairin. Sairin membantu melegakan kesakitan tentera Rin.


Patarin hanya berada di sisi Ayah nya saja. Raja bahrin duduk di tahta di kem tentera itu.. beberapa pembesar istana berada bersamanya.


Dan akhirnya... Badar dan pengikutnya mula bergerak.


Badar : serang!!! Tapi jangan membunuh. Mereka rakyat biasa juga.


Nurin : kita hancurkan mereka!!!


Badar : eh?!


Man yang melihat kelibat Badar lalu bangun dari tempat duduk nya.


Man : itu Badar!!


Zafar : kau tunggu sini...  Biar aku pergi..


Badar terus melawan musuh-musuh dari tentera Rin dengan menggunakan tongkat. Hanya untuk membuatkan mereka pengsan seketika. Tentera Rin memakai baju berwarna biru sedangkan Tentera Daye memakai baju berwarna coklat. Badar dan pengikutnya serta pemberontak memakai baju berwarna putih kekuningan. Dayendra datang dengan menaiki kuda menuju ke arah Kelompok Kuning itu.


Dayendra : apa di antara kamu ada yang bernama Bunyamin Badar.


Nurin : haaa dia kat depan tu. Yang memakai selendang.


Dayendra : terima kasih.


Tama dan Ozen sibuk melawan mereka.


Ozen : ingat, jangan membunuh.


Tama : ingat aku macam kau ke? Haa?


Suasana di padang peperangan itu sunggun hiruk-pikuk, hingar bingar sehingga sulit untuk berkata-kata. Debu-debu tanah dan juga awan hitam cukup membuatkan peperangan itu menjadi tempat kematian seorang tentera.


Qan : Woi kau siapa?


Badar : bunyamin Badar.


Qan : oh kau lah orang tu. Kita kawan.


Badar : ya aku tahu.


Qan : nama aku Qan!


Mereka bertembung antara satu sama lain dan sempat berbual bersama.


Badar : pelik nama kau.


Qan : haha.. kau suka makan pedas tak?


Badar : kurang suka tapi boleh lah kalau pedas sikit.


Qan : ohh aku tak makan pedas..


Dayendra : jaga-jaga!!!


Dayendra melibas pedangnya ke arah tentera rin yang hampir membunuh Qan. Dia di atas kuda dengan gagah.


Badar : wah hebat lah kau!


Dayendra : Raja Darul ingin kau berada di posisi depan.


Badar : apa? Biarlah aku kat pinggir ni. Ramai orang tu..


Dayendra : naik lah cepat!


Badar : ya lah.


Baru sahaja badar ingin melompat ke atas kuda, dia di tendang dengan kuat oleh seseorang. Badar kesakitan...


Badar : arggh.. siapa...? Zafar ?


Dayendra : apa kau buat?


Zafar : ini urusan aku dengan dia.


Badar : kenapa Zafar ? Kau mengkhianati kami ke?


Zafar : Heee...


Zafar menggunakan Core nya. Salah satu teknik terkenal di pengguna Core Raja adalah Tatapan mata.


Zafar : tatapan mata!!


Dayendra dan kuda yang dinaiki nya itu terlempar jauh. Bukan itu sahaja, orang berada di situ juga ikut terlepas termasuk Nurin.


Nurin : ahhhhhh!!!


Daud menyambut Nurin.


Daud : hati-hati sikit.


Sementara itu, Badar terpana kan Zafar.


Badar : bila kau belajar teknik tu?!


Zafar : tak payah banyak cakap. First chance!


Zafar terus menyerang Badar dengan kepantasan tangan nya.. dia menumbuk Badar dengan laju! Badar ada yang di sempat elak dan ada yang kena serangan itu di tubuh nya. Badar melompat untuk menjauhi Zafar.


Zafar : Second Chance!


Badar kembali berada di tanah depan Zafar. Dia terus menumbuk Badar.


Badar : kenapa Zafar?


Farurin yang melihat itu turut serta menyerang Badar.


Farurin : hahaha kau dah buat keputusan kan?


Zafar : ......


Farurin : dia bukan raja!


Zafar : betul..


Badar : kau... Terpengaruh dengan dia ni?


Zafar : aku tak terpengaruh. Aku fikirkan sendiri. Hari itu, kau tunjukkan kekuatan kau. Itu membuatkan aku takut dan ikut kau.


Badar : tidak! Kau ikut aku sebab kau sendiri yang nak. Kau nak mengembara! Ingat tak!! Zafar!


Zafar : ahh diam!


Zafar menyerang Badar sekali lagi. Farurin juga ikut menyerang Badar.


Badar : aku boleh saja kalah kan kamu semua jika aku mahu.


Badar menggunakan Core All of us. Dia mengeluarkan matahari yang besar di tangan nya.


Tentera Rin : apa yang panas ni?


Tentera Rin 4 : itu! Orang tu ada matahari kat tangan dia.


Badar : padat...


Matahari itu mengecil tetapi panasnya masih terasa.


Zafar : Second Chance!


Masa berputar kembali.


Badar : apa? 


Farurin menumbuk tubuh Badar hingga membuatkan dia tercampak di tepi tembok.


Badar : kekuatan yang menyusahkan.


Zafar mengejar Badar.


Zafar : ambil ni!!


Dia cuba menendang Badar namun Badar sempat mengelak.


Badar : berhenti Zafar. Hanya sebab kau percaya akan dia, kau terus buat ini semua. Kenapa kau cakap aku bukan Raja?


Zafar : kau tak ada langsung ciri-ciri Raja. Raja itu orang yang di kagumi, yang di takuti, di hormati. Kau tengok aku, dengan mudah aku boleh mengalahkan kau.


Zafar mendekati Badar yang sedang terbaring sakit. Dia menumbuk Badar dengan kuat tetapi..


Man : single Shield!


Badar : Man?!


Man : apa kau buat?


Crisa : aku dah agak ada sesuatu yang tak kena dengan kau! Zafar!


Qan : Eh Badar? Kau buat apa baring? Orang tengah perang ni.


Farurin : kau lawan aku!!


Qan : ehhhh?!! Tiba-tiba je ni.


Dahlia : Qan?! Lawan dia.


Delirin : eh dahlia?


Badar : eh berapa banyak eh lah?


Zafar : kau orang diam. Kau tak faham. Budak ni, memaksa aku jadi pengikut dia dengan menakutkan aku guna Core dia!


Crisa : kau yang nak ikut dia! Tak guna.


Zafar : Man, lepaskan single Shield kau. Aku nak belasah dia.


Farurin : ya.


Qan : aku tak faham apa yang dah jadi.


Delirin : Dahlia, jom kita pergi ke sana!


Dahlia : ya saya akan ikut awak selamanya.


Qan : nak muntah aku dengar. Hahaha.


Crisa : Qan, ini semua urusan kami. Kau sambung lah perang.


Man : betul tu Qan.


Qan : tapi.. orang yang tak menghormati Raja nya. Memang patut di hukum.


Zafar : huh, kau acah-acah kuat ya. Aku ada Core Raja! Setakat kau, aku boleh kalahkan dengan sekejap.


Qan : hah? Apa? Nak baja? Tak ada. Taik ayam ada lah. Buat baja. Hahaha.


Badar : hahaha.


Zafar : tak guna!!


Zafar menuju ke arah Qan. Man terus  menggunakan penlindung nya untuk mencampakkan Zafar dengan membuatkan pelindung itu membesar dengan sekejap.


Qan : Badar... Aku akan lawan dengan dia ni..


Zafar yang terbaring itu lalu bangun.


Zafar : kau nak lawan aku? Salah besar!


Qan : apa pun jenis Core kau, pada akhirnya, kau tetap manusia biasa.


Zafar terus berlari menuju ke arah Qan.


Badar : bahaya!!


Qan : ingat tak yang aku tak suka makan pedas?


Crisa : kenapa?


Qan : bukan sehab aku tak suka pedas, tapi sebab..


Qan membuka poket beg dan mengambil sesuatu dari dalam. Ada cili yang banyak. Dia pun memakan semua itu dengan sekali telan.


Qan : ahh pedas!!!!!


Qan terus berubah menjadi ganas, berapi-api dan pantas.


Qan : pedas !!!!!


Dia terus memukul Zafar dengan bertubi-tubi.. dia hentak badan zafar dengan cara melompat-lompat ke atas badannya. Dia memijak tubuh Zafar.. Zafar tidak terdaya melawan amukan Qan.


Qan : air!! Air!! Pedas woo!!


Crisa yang melihat itu terus faham.


Crisa : ohh patutlah. Dia tak makan pedas sebab nanti dia akan mengamuk tak tentu arah. Core dia jangan-jangan Amuk. Weak type. Wadah dia adalah pedas!


Man : wah cepat faham.


Zafar di buat lunyai dan pengsan di situ.


Qan : air!!


Badar : bagi dia air 


Farurin : lemah punya Zafar!


Qan : air!!!pedas!!


Qan terus menuju ke arah Farurin.. dia menumbuk sekuat tenaga sehingga Farurin terlempar jauh dari mereka. Farurin juga pengsan.


Badar : air!! Bagi dia.. nanti dia serang kita pula!


Tama : water fall!!!


Air jatuh dari langit seperti air terjun. Tama datang menyelamatkan keadaan.


Werza : Badar ! Apa jadi?


Tama : nasib baik aku datang tepat waktu.


Bersambung.....



Previous: Bab 94
Next: Bab 96

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy