Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 21

Min semakin jadi pendiam menyampai ke hari yang dimaksudkan. Tarikh sudah sedia, tiket kapal terbang pun sudah ditempah. Hanya menunggu harinya.

Esok adalah hari jadi Min. Genap umurnya 36 tahun. Min menarik nafas panjang memikirkan akan hadiah harijadi paling tidak dijangka kali ini, bernikah sekaligus melancong ke Brisbane, dalam T.E.R.P.A.K.S.A.

Puas ibu pujuk untuk Min tinggal beberapa waktu disana selepas nikah, tapi Min menolak. Min mahu selesaikan cepat-cepat dan pulang juga cepat-cepat.

Dari pihak Danny, memang tiada persoalan. Mama yang sekali ikut untuk majlis itu nyatanya juga tidak memberi banyak masalah. Danny juga. Mereka seakan menurut saja apa yang Min mahu.

 

*Aku tidak impikan perkahwinan ini, tidak juga rindu perkahwinan yang dahulu, tetapi kemelut ini tertulis sudah.  Terpikul untuk aku. Aku menjunjung kasih seorang wanita yang melahirkan ku, untuk ku turut kemahuannya.

Aku perlukan kekuatan untuk melangkah terus ya Allah. Moga rahmat dan restu Mu melangkau segala onak duri yang menerjah.*

 

Doa yang tidak putus untuk Min pohon setiap hari. Agar dia betah hidup dengan kesesakan hari ini. Menguatkan hati menahan seranah Izha dan keterbukaan Danny.

 

 

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu