Bab 5
Tahun 2012, Kuala Terengganu, Malaysia


Iman Humairaa bersiap-siap di hadapan cermin. Tudung berwarna biru dakwat dikenakan dengan baju kurung berwarna merah jambu yang berbunga biru kecil-kecil. Iman Humairaa nampak sedikit ceria dengan bedak compact yang dikenakan nipis. Dialiskan sedikit celak pada bawah alis matanya yang sudah sedia hitam. Lalu pada bibirnya dicalitkan pelembap bibir dan disapukan sedikit pemerah pipi. Sudah kelihatan sempurna dengan lilitan tudung ringkas seperti kupu-kupu. “ Iman..oo..Iman..jom sayang, Bonda dah siap ni...” Puan Rohayu memanggil Iman Humairaa untuk ke sekolah sekaligus menghantar Iman ke UiTM. Puan Rohayu masih bimbang sekiranya Iman masih terbawa-bawa perasaan sedihnya perihal Qaisy Adam yang masih koma di hospital. Kini keadaan Qaisy Adam sudah tidak kritikal lagi. Ibu bapanya memilih untuk menjaganya di rumah dengan pertolongan jururawat peribadi yang diupahnya. Puan Farisya bertindak sedemikian bagi memudahkan keluar masuk menjaga Qaisy Adam. “ Bonda, hari ni Iman balik lambat sikit sebab ada kerja nak buat kat library..nanti kalau dah siap Iman call Bonda k?” Iman tersenyum memberitahu Puan Rohayu kerana tidak mahu ibunya menunggu lama. Puan Rohayu hanya senyum mengangguk.


Anaknya kini sudah agak ceria dan banyak bercerita padanya. Minggu depan adalah giliran Iman membentangkan thesisnya kepada pensyarah-pensyarah yang atasan bagi membuat penilaian terakhir. Segala kerja yang perlu diselesaikan betul-betul diberikan perhatian penuh oleh Iman Humairaa. Walaupun sudah tiga minggu Qaisy Adam koma, Iman Humairaa telah berjaya memberi nafas baru dalam hidupnya. “ Hidupmu perlu diteruskan Iman...walaupun tanpa aku...”.Usai kelasnya pada tengahari itu, Iman Humairaa terus ke surau untuk menunaikan solat zohor. Iman Humairaa begitu khusyu’ menunaikan dan diteruskan dengan zikir-zikir ringkas. Iman Humairaa seterusnya bergerak ke café utama untuk makan tengahari. Kelihatan pelbagai jenis lauk tersusun di dalam rak bercermin satu pun tidak menarik selera Iman Humairaa. Dia kemudiannya ke gerai menjual wafer. Iman Humairaa meminta dua wafer coklat sebagai lunch pada hari ini. Ingin cepat ke perpustakaan pula mencari rujukan. “ Abang, bagi wafer coklat dua ekh, saya nak coklat lebih..” pesan Iman Humairaa sambil tersenyum membariskan giginya yang berlapis. Ceria. 


Sambil berdiri menunggu, Iman Humairaa didatangi seorang lelaki berbaju kemeja putih bergaris panjang-panjang. Dia berdiri dan mengalihkan pandangannya lama menghadap Iman Humairaa yang setia menunggu wafernya. “ hai Iman...Ingat saya lagi tak? Aiman..Amar Aiman?..”Aiman masih menduga-duga Iman Humairaa agar dapat mengingatinya kembali. Iman Humairaa memandangnya berkelip-kelip. Cuba mengingati kembali. “ erm,..awak ni yang jumpa saya masa saya sakit kat parking kereta dulu kan..?” tanya Iman Humairaa yang masih ingat-ingat lupa perihal lelaki itu. Amar Aiman tersenyum. Lega walaupun sedikit cuma ingatan Iman Humairaa padanya. “ yup! That’s right...but I was also your old schoolmate Iman..ingat lagi tak baju awak yang terkena cat batik dulu..?” Amar Aiman masih lagi menduga. Iman Humairaa senyap. Memori zaman sekolah diselongkar kembali.” Erm....owh...Amar Aiman, awak la yang buat baju saya jadi makin cantik tu yer..hahahaha..” Iman akhirnya berjaya mengingati siapa lelaki yang peramah menegurnya itu. Amar Aiman semakin gembira.


Perasaannya begitu lega kerana dapat bertemu dengan rakan sekolahnya dahulu. Sempat lagi bertukar nombor telefon untuk memudahkan perhubungan mereka.Iman Humairaa meminta diri untuk ke perpustakaan bagi menyelesaikan kerja-kerjanya. Beberapa buku dipilih lalu diletakkan di atas meja. Iman Humairaa leka membelek, mencari fakta-fakta penting yang lain bagi menyokong pernyataan-pernyataannya untuk tujuan perbentangan thesis pada minggu depan. Setelah dua jam menghadap buku-buku, iman Humairaa bangun dan melangkah ke kaunter untuk meminjam kesemuanya. Matanya sudah agak penat untuk terus mengkaji dan memilih fakta-fakta yang tidak terkira. Jarum jam sudah menunjuk ke angka 5 petang. Iman Humairaa melelapkan mata sebentar di atas lengan tangannya.Telefon Iman Humairaa tiba-tiba bergetar. Menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama Bonda tercinta di skrin telefon lantas dileretkan jari ke kanan. 



Badan ditundukkan ke bawah meja bimbang ditangkap librian. Iman Humairaa bercakap separa berbisik.“ assalamualaikum Bonda, Iman da siap ni..a’ah..penat da nak mengadap buku..Bonda mai amik k?..ok..terima kasih..” Iman Humairaa menamatkan perbualan.Iman Humairaa menyalami tangan Bonda lalu masuk ke dalam kereta. Bonda tersenyum. “ Iman, Qaisy da sedar sayang...tapi Iman kena sabar tau, dengar elok-elok apa Bonda nak cakap ni...” Bonda tenang. Iman Humairaa terpana. “ Alhamdulillah...Betul ni Bonda? Tak tipu Iman?..Jom kita pergi tengok Qaisy Bonda..! Jom...” Iman Humairaa kelihatan tidak sabar. “ Tapi.. Qaisy tak ingat apa-apa sayang...” Bonda masih memandang Iman. “ Iman Humairaa diam tidak berkutik. “ Allahuakbar... “ 


Tahun 1400, Melaka, Tanah Melayu 


Selesai solat asar, Bayu menadah tangan memohon doa yang agak panjang. Memohon pertolongan hanya kepada Allah yang Maha Besar. Langkah kemudian dihayun ke tangga untuk naik ke dek atas kapal. Kelihatan Jiwa sedang berdiri berhampiran layar yang berwarna kuning yang agak lusuh. Angin yang bertiup agak tenang daripada biasa. Jiwa seperti sedang berfikir dalam. “ Apa fikiranmu Bayu..? Kurasakan pelayaran kita akan dilanda ribut besar dalam jangka masa terdekat ini..Apakah kita patut berlabuh di mana-mana dahulu..?..” Jiwa menduga Bayu, dia merasakan Bayu lebih arif darinya. Bayu termenung. Sudahlah masih bingung tentang dirinya yang tertukar jasad, kini ditanya tentang pelayaran. Sebelum ini, apa yang dia tahu adalah mengenai pelan-pelan rumah dan bangunan. Bukan perihal kapal dan pelayaran. Nafas dihela perlahan. Sebarang keputusan darinya juga akan membawa kesan ke atas pelayaran Jiwa dan anak-anak kapal yang lain. “ kurasakan kita harus berehat seketika Jiwa, demi kebaikan semua...bimbang nanti bahaya pula yang menyambut kita di hadapan..” Bayu memberi pendapat. Jiwa tersenyum dan mengangguk. Ternyata Bayu juga mempunyai firasat sepertinya. Pelayaran mereka akan singgah di pelabuhan yang terdekat. 


Bekalan makanan dan keperluan-keperluan lain akan juga ditambah. Kelihatan seorang pemuda sedang menuju ke arah Jiwa dengan wajah yang pucat dan langkah yang panjang-panjang. Namanya Rafi. “ Tu..tu..Tuan Jiwa..kelihatan kapal lanun telah berjaya menyekat laluan kita di hadapan Tuan Jiwa..” Rafi tergagap-gagap menyampaikan laporan. Ketakutan barangkali. Sekiranya telah terkepung, segala bekalan makanan akan dirampas dan semua anak kapal akan ditawan dan dijadikan hamba. Jiwa masih juga senyum sebelum memberi arahan. Bayu, kita akan adakakan perang di atas kapal kita ini...ayuh tuan hamba bersama kita..kita bertarung..!” Jiwa menjelaskan lalu pergi ke tengah kapal merancang strategi pertarungannya. Bayu terpana. Apalah yang ada padanya selain ilmu tinju yang dipelajari sekadar memenuhi waktu senggang ketika masih di menara gading dahulu. Bayangan Bayu bagai dihempas badai, hancur berderai. Bayu bergegas ke tengah kapal setelah dipanggil Jiwa.Kelihatan sebuah kapal yang lebih besar menghampiri kapal milik Jiwa. Lanun-lanun sudah mula menyerang. Tali-tali yang bergantungan dijadikan alat untuk lanun bergayut naik ke kapal dengan ketawa yang berdekah-dekah. “ Ayuh kita serang mereka!!!!!!!!!..” suara tempikan ketua lanun bergema di segenap penjuru tengah lautan. Anak-anak kapal Jiwa sudah sebaris tersusun. Dengan pakaian Baju Melayu ayng segak biarpun lusuh disambar angin laut. Kepala dikemaskan dengan tanjak batik yang dilipat dengan gaya timur. Masing-masing memasang kekuda. Teguh menunggu serangan lanun yang berparang. Biarpun Jiwa dan anak-anak kapal lain tidak mempunyai parang yang panjang, keris masih tersemat kemas di pinggang. Masih kemas. “ Ayuh kita serang!!.” Jiwa melaungkan arahan dengan kalimat Allahuakbar, Allah Maha Besar. 


Bayu memjamkan mata lalu tangan kanan berselisih dengan parang panjang yang telah diacukan lanun. Tangan kanannya menangkis serangan parang lanun lalu kaki kirinya mengais kaki lanun dengan langkah yang pantas, sekelip mata cuma. Lanun jatuh tertiarap sebelum jatuh dengan parang yang terperosok di dada. Mata Jiwa hanya memandang sekilas ke arah Bayu. “ Hebat kau Bayu..’ luah Jiwa halus. Seorang demi seorang lanun tumbang di tangan anak-anak kapal jiwa. Ternyata mereka datang berlayar ke tempat orang dengan bekal yang berguna. Ilmu perslatan yang dipelajari kemas dalam diri walaupun ketakutan menerjah tenang di hati. Bayu kagum.Setelah suasana sedikit tenang, terdetik di benak Bayu akan kemahirannya menangkis serangan-serangan lanun sebentar tadi. Habis tumbang...” SubhanAllah..Siapakah aku sebenarnya..?” Bayu dihimpit pertanyaan yang kian laju menerpa fikiran...

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh