Home Novelet Cinta Kehadapan Diari
Kehadapan Diari
senjakalamalam
21/1/2018 21:50:50
14,305
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 2

Kehadapan diari,

Sampai bila aku mahu berdendam dengan papa?Separuh dariku ingin memaafkan papa dan separuh diriku tidak mampu untuk maafkan papa.Setelah apa yang  papa lakukan.Tinggalkan mama macam tu… :(

 

Diana menyelak lagi ke muka surat seterusnya.

 

Sunyi.Sunyi.Sunyi.Sunyi.

 

Kenapa dengan mamat ni?Ya,aku yakin dia ni mamat.Tetapi,tidak sangka juga ada lagi orang yang menulis diari selain aku.Lelaki pula itu.

 

Kehadapan diari,

Sudah seminggu ibu meninggal dunia.Entahlah...Aku merasakan dunia bagai berhenti berpusing.Aku cuba untuk menutup kesedihan aku dengan perbanyakkan aktiviti.Lupakan masalah.Tetapi…

 

“Diana!”

Diana tersentak.Dirinya menoleh.

“Kau memang sudah ada tabiat untuk terkejutkan aku eh?”

Syaza ketawa lalu melabuh duduk.”Kau masih baca buku diari tu?”

“Aah.Mungkin dalam diari ini aku dapat tahu siapa lelaki ini dan aku dapat tahu macam mana aku dapat pulangkan balik kepada dia.”

“Dan kau rasa dia ada buku kau?”

Diana mengangguk.”Aku rasa memang buku aku ada dekat dia.”

“Dia tak tinggalkan nombor telefon ke?Atau nama instagram ke,Whatsapp ke?”

“Tak.Aku dah selak tapi tak de pun.Tunggu lah nanti manalah tahu aku ada termiss apa-apa.Sebab tu aku kena baca dari mula.”

“Ke kau memang busy body?”

“Eh,mulut...”

Syaza hanya tersengih.”Mana air kau?Tak ambil lagi?”

“Rasanya baru siap kot.Kejap aku pergi ambil.”

 

***

 

“Adam,kau kena tolong aku carikan tuan buku ni.”
“Tu kan buku kau?”

“Bukanlah.Buku aku manalah ada bunga bunga ini semua”

“Kau ni...Sudahlah hilang telefon.Buku pun tertukar.Loqlaq betul”

Syakir mengeluh panjang.”Telefon aku tu ada orang jumpa tak?”

“Belum.Nanti kalau ada aku update”

Syakir mengeluh lagi.

“Nasib badan betul.Sudahlah awal pagi lagi aku keluar ke kelas.Rupanya kelas cancel.”Ujarnya lalu melabuh duduk.

“Tabahlah kawan.Ni,kau nak makan tak?”

Syakir hanya menggeleng.Disebabkan kelas cancel tadi,dirinya sudah menjamah roti canai.Terasa kenyang lagi.

“Ok.Kau nak air apa ni?Aku nak order.”

“Orderkan aku air teh O ais sahajalah.Kejap lagi aku ambil.”

Adam hanya mengangguk lalu beredar.Buku yang berada bersama beberapa buku lain ditenung lama.Ana…Siapakah tuan kau punya buku agaknya.Yang aku pasti perempuan.Sebab satu,dia panggilkan dirinya Ana.Kedua,buku dia penuh dengan bunga-bunga.Tulisan pun cantik juga.Ketiga,sebab hidup dia ni nampak macam complicated je.Eh,macam lah hidup aku simple sangat.Desis Syakir perlahan.

“Kau tak pergi ambil air kau lagi?”Soalan Adam membuat Syakir tersentak.Kelihatan Adam tidak menang tangan dengan tangan kirinya memegang secawan air manakala tangan kanannya memegang pinggan berisi juadah.

“Kau dah bayar?”

“Belum.”

“Ok”

Syakir bingkas lalu menuju ke kaunter.

“Air teh O tu kak.”

“RM1.2”

Syakir menghulurkan duit lalu dipulangkan baki.Dirinya sempat mengerling ke arah wanita di sisinya sedang menyeluk ke dalam dompet mencari sesuatu.

“Kenapa?”
“Tengah cari dua puluh sen”

“Tak payah lah.”Syakir menghulurkan baki duit tadi kepada wanita tersebut.

“Eh,tak payahlah”Wanita tersebut cuba menolak.

“Tak pa lah.Nah ambil”Desak Syakir.

Akhirnya,wanita itu akur.Huluran diterima.

“Terima kasih”

“Sama-sama”Jawabnya ringkas sebelum beredar.Syakir melabuh duduk.Kelihatan wanita tersebut turut melabuh duduk beberapa meja darinya.Bersama seorang rakan.Wanita tersebut tersenyum nipis kepadanya saat mata mereka bertemu.Syakir hanya membalas senyuman.

“Kenapa?”Soal Adam hairan.

“Tiada apalah.Habiskanlah kau punya makanan tu.Selepas ni kita ada kelas SM pula…”

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.