Bab 1

     31 Disember 2017. Mendung. Langit gelap. Namun, cahaya mentari masih lagi kelihatan samar-samar di balik awan. Beberapa minit sahaja sebelum akhirnya pancaran itu tewas.


      Aku menekan dada sambil melurut perlahan. Pedih. Ya, itu yang aku rasa. Aku tidak pasti kenapa. Tetapi, setiap kali cuaca mendung, dadaku pasti akan rasa pedih begini. Rasa sebak dan sarat sekali. Entah! Aku tidak tahu kenapa aku jadi begini. Tetapi, setiap kali cuaca mendung, aku akan merasai kesakitan yang sama ini dan apabila hujan, air mataku akan turun bercucuran. Yang paling perit, aku akan meraung seolah meratap sesuatu.


      Ya, aku sedih dan aku tidak tahu sebabnya. Adakah jiwaku telah bersatu dengan cuaca alam? Itu yang aku simpulkan setelah beberapa orang doktor yang aku temui tidak dapat memberikan jawapan.


      Aku memejamkan mataku rapat-rapat. Mataku membahang dan mutiara jernih mula mengalir keluar setitis demi setitis dan akhirnya laju sekali. Bersama-sama hujan lebat di luar sana dan aku mula meraung, melepaskan perasaan yang teramat berat. Persaan yang aku tidak tahu berpunca dari apa.


      Ada kalanya, aku terasa ada sekeping memori yang hilang dari ingatanku. Sekeping memori, yang aku harap dapat ditemui. Sekeping memori yang mungkin dapat memberi jawapan terhadap perasaan sedih yang aku tanggung.


      Malang sekali! Aku tidak rasa memori itu akan ditemui. Kenapa? Kerana aku tidak tahu dari mana aku perlu bermula untuk mencari.

      'Knock! Knock!'


      Bunyi pintu diketuk. Aku tersenyum perit. Dengan segala kudrat yang masih tersisa, aku menuruni katil perlahan-lahan. Merangkak ke pintu untuk membukanya dan sebaik sahaja pintu dikuak, susuk tubuh abang ditangkap mataku.


      "Abang...," panggilku lemah. Sepantas kilat, abang menarikku ke dalam dakapannya.


      "Abang...! Sampai bila Ery perlu lalui kesakitan ini? Sampai bila?" Tanyaku lemah, sambil kembali meraung kuat.


      Abang tidak menjawab pertanyaanku. Sebaliknya, hanya mengusap lembut kepalaku sambil mengemaskan lagi pelukannya. Beberapa saat kemudian, abang bersuara.


      "Cry as much as you want, dear! Spill out all of your pain." Aku meraung lagi. Aku terlalu sebak untuk membalas kata-katanya.

⛅⛅⛅⛅⛅⛅⛅⛅⛅⛅⛅⛅⛅⛅


      "Abang...," panggilku sebaik sahaja menapak masuk ke dalam bilik abang.


      "Yes?"


      "Err...," aku tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan ini. Jadi, untuk beberapa minit suasana sepi menyelubungi kami sebelum abang memecahkan kesunyian tersebut.


      "Ery? Kenapa ni? Hari ni nak hujan lagi ke?" Soal abang.


      Aku tergelak tiba-tiba dan aku melihat kening abang sedikit terjongket. Jelas sekali dia pelik kenapa aku tiba-tiba ketawa.


      "Why are you laughing?"


      Pertanyaannya membuatku berhenti ketawa dan aku mula memandangnya serius.


      "Ery, what's wrong with you? Don't make me worry please?"


      "Thanks for comforting me just now," kataku sebelum melemparkan senyuman ikhlas.


      "Ohh...! Nak cakap pasal tu je ke?" Abang tergelak dan menyambung kembali kata-katanya.


      "I'll always be with you no matter what happen. You're my precious, my gorgeous and my everything. I'll do everything I could until my last breath. So, don't need to thank me again because it's my duty."


      "Amboi...! Ni kalau Kak Eva dengar mesti dia jealous until infinity," tuturku dan tergelak sambil membayangkan wajah Kak Eva yang masam mencuka.


      "Kak Eva? Who is she?" Abang ketawa lagi.

      Aku mencubit lengan abang. Suka sangat buat lawak begitu. Kalau Kak Eva dengar ni, mesti abang kena marah 'kaw-kaw' punya.


      "Sweet kat adik lain, sweet kat tunang lain," tutur abang dan mengenyitkan mata kepadaku. Aku membalas dengan senyuman.


      "Abang," panggilku, sayu.


      "Ya, kenapa?" Sahut abang lembut.


      "Sampai bila Ery perlu lalui kesakitan ni? Ery dah tak sanggup. Ery...," serta-merta jari telunjuk abang menjamah bibirku. Abang tidak mahu aku meneruskan kata.


      "Abang nak Ery sabar sikit sahaja lagi. Abang nak Ery terus bertahan. Abang janji yang abang akan berusaha dengan lebih gigih lagi cari penawar untuk sakit yang Ery hidapi. Abang nak Ery tahu yang abang akan sentiasa di sisi Ery. Bukan sahaja waktu cuaca mendung atau hujan tetapi waktu panas terik, pelangi indah, angin, ribut dan taufan malah puting beliung sekalipun, abang akan tetap di sisi Ery."


      Aku tergelak mendengarkan ayat terakhir. Tulus sekali kata-kata itu walaupun kedengaran sedikit kelakar.


      "Okey?" Soal abang, inginkan kepastian. Aku hanya menganguk. Abang mengengam jari jemariku. Seperti menyalurkan kekuatan. Suasana sepi mengitari kami beberapa saat.

     

      "Alamak!!!" Kata abang sebaik sahaja mencapai telefon bimbitnya yang berdering di atas meja.


      "Kenapa abang?"


       "My fiancee is calling! Bapak, ah! Bapak!!! Abang baru teringat yang abang janji nak jumpa dia hari ni," Aku dapat melihat kegusaran di wajah abang.


       "Padan muka! Bye! Ery tak nak ambil tahu," nyataku sambil tersenyum sinis. Tanpa berfikir panjang, aku membuka langkah untuk keluar dari bilik abang.


      "Eryyyyyy!!!!!" Namaku yang dipanggil kuat langsung tidak aku endah.


       Aku tergelak untuk sekian kalinya. Aku amat gembira dengan kehidupan aku sekarang walaupun hanya abang di sisiku. Aku harap abang akan kekal di sisiku hingga ke akhir hayat. Aku tidak mahu kehilangan abang sama seperti aku kehilangan mama dan papa.


Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh