Home Novel Thriller/Aksi AMUNISI ARYAN
AMUNISI ARYAN
Pemburu Malam
6/11/2017 09:49:24
9,334
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 1


      


        BIDIKAN  aku sekali lagi mengena . Magazen  peluru yang telah kosong ,  aku muntahkan keluar lalu aku masukkan yang baru . Aku ketatkan punggung pistol dengan mengetuknya sedikit . Tiada sedikit pun bunyi yang keluar , namun dari kelajuan muntahan peluru aku teramat yakin ianya telah jauh terbenam dalam serebrum lelaki VVIP itu .


       Subjek terbaru kini dalam pemerhatian mataku . Dato Ramlee yang sedang ralit menyembang dengan rakan- rakan niaganya.Tak sedikit pun mengetahui nyawanya bakal aku hapuskan tak lama lagi .


      Nun, sayup dari atas bangunan yang mendepani bangunan terkenal tersebut aku yang ditemani ' silencer gun' sedang mengira detik untuk melancarkan serangan .


      " Kau bersembanglah sepuas- puasnya Ramlee ! Tak lama lagi kau bakal tahu nasib kau ! " 


       Seorang lelaki yang segak dalam k0t hitamnya mendepani mereka semua . Dan memilih Dato' Ramlee untuk membisikkan sesuatu .Dari senyuman lebar kini perlahan- lahan berubah watak . 


       " Dato Aiman mati kena tembak ! " Laungan seseorang di muka pintu telah meributkan suasana yang tadinya aman . Kelihatan semuanya pakat berlari keluar dari bangunan tersebut .


        Mataku kini telah pejam sebelah , membidik sasaran seterusnya .Jari kini telah tersiaga di picunya . Senyuman senget aku koyakkan pabila lelaki itu rebah lalu menyembah bumi . 


         " Argh ! " Teriakan demi teriakan kian berlanjutan . Suasana kini bertukar ribut . Ada yang meluru dan mengerumuni mayat kaku Dato Ramlee , Ceo KMR HOLDINGS .


          Tiada bunyi tembakan langsung . Ada yang liar perhati sekeliling mahu mencari si pembunuh ! Namun, sayangnya tiada kelihatan .


          Siren polis nyaring berdendang kini . Perhimpunan yang bakal berlangsung tak lama lagi terpaksa di tunda tarikhnya, memandangkan dua orang terpenting kini telah menjadi mayat ! 


          Aku berpaling semula sebelum memulai langkah . Senyuman sinis aku tebarkan . 


          Langkah terhenti sambil saling mendepani antara satu sama lain . Mataku yang berada di balik topeng merenung tajam lelaki berpakaian casual berkenaan .


           Tanpa pamitan , lelaki itu terus menyerangku . Aku yang telah bersiaga hanya menerima' kunjungan' nya itu .


            " Hiyargh ! " Aku melompat lalu menghadiahkannya tendangan kali ketiga . Lelaki misteri tersebut  tertunduk , lalu cuba menangkap kakiku . Aku juga tak sebodoh seperti di  jangkakan . Aku jauhkan kakiku dari gapaian tangannya. Aku sauk dagunya sekali . Langsung  terhunjam , terdorong ke belakang lalu terduduk atas lantai rooftop . 


          " Baik kau menyerah ! Kami dah mengepung kau ! " 


          Amaran itu bukan ancaman buat aku yang terus berpeluk tubuh . Tangan kiri meraba pinggang , klik terbuka punatnya lalu aku tarikkan keluar pisau lalu aku lemparkan ke arahnya . 


**********


       AKU Arryan Park Min Ho Abdullah . Umur aku bakal menginjak ke 30 tahun , tahun ini . Aku memegang jawatan terpenting dalam syarikat kecil- kecilan ku . Ya, tugasku berat dan complicated . 


       Aku menggantikan jawatan papaku , Dato Min Ho sebagai Chief Executive Officer di MINHO HOLDINGS . Kenapa Min Ho ? Aku berasal dari Korea . Papaku berhijrah dan mengahwini mamaku , Datin Su . 


       Kerana itulah wajahku berbeza dari orang sini . Aku anak kacuk . Aku pewaris tunggal papa dan mama . Adikku dah tiada , meninggal di Korea semasa konfrontasi . 


       " Sayang .....Sayang dah siap ke ? " Soal satu suara yang cuba mendapatkannya kini .  Aisy isteriku yang tercinta. Hampir 5 bulan menikahinya . Kami kenal semasa kami belajar sama di Oxford , agak berliku juga perhubungan ini . Tetapi , alhamdulillah akhiri juga di pelaminan .


        " Sudah sayangku ...."  Aku menekapkan bibirku lama di bibirnya . Setelah itu , Aisy terus memakaikan aku tali leher . Aku mengambil kesempatan itu , dengan merenung wajah biasa tapi ayu itu lama sekali . 


       " Abang ...." Tegurnya gementar pabila di perhatikan sebegitu rupa . Aku tersenyum nakal sambil mencuit dagunya . Aku terlalu menyayanginya dan aku tak tahu bagaimana bisa aku hidup tanpanya di sisi . Aisy hartaku paling sempurna selain mama papaku . 


        Aku tak ingin dan tak rela kehilangannya . " Ok , dah siap . Makin lama makin hensem Encik Husband i ni ...." Puji Aisy lalu merangkul lenganku dan kami menapak beriringan menuju ke pintu untuk keluar dan turun ke bawah . Sudah tentu , mama papa dah tunggu ! 


************


      DUSH ! Tumbukan di beri , aku berpaling dengan pantas jika tak,  sudah tentu mukaku pecah berdarah . Aku cuba menyerangnya dari sisi namun lelaki bertopi cap jenama NIKE itu mengelak .


      Aku cuba lakukan front kick ! Berjaya ! Lelaki misteri itu terdorong ke belakang manakala pisaunya turut terlepas langsung ke kakiku . Aku tersenyum kemenangan . Aku membongkok dengan pantas pisau tersebut kini berada di genggaman aku .


      Aku meluru ke arahnya, lelaki yang terhegeh- hegeh membangunkan tubuhnya itu terus aku tikam perutnya, aku rodok ke dalam lagi .Darah memancut lalu terkena kemeja putih ku . Lelaki itu langsung rebah ke bahuku . Aku tolak kepalanya dan terus terjelepok ke lantai parkir .


       Aku tidak terus berlalu , aku pandang mayat kaku itu . Aku pandang atas , mahu lihat jika ada cctv . Kelihatannya tiada . Aku buka bonet keretaku lalu aku tunduk kedalamnya, bersepah, namun  aku terusan mencari barang itu . 


      Aku angkat tubuh kaku tersebut laku aku bawanya ke tepi . Aku cuba dudukkannya walau agak payah kerana lembik . Plastik sampah hitam yang aku jumpa di bonet terus aku serkup ke atas kepalanya. Aku sambung pula dari kakinya . Aku ikat bungkusan gergasi tersebut ketat .


      Pisau , kemeja berdarahku aku tanggalkan lalu aku simpankan ia ke dalam bonet semula. Aku mulai melangkah , biarlah mayat itu di situ . Itu akibat mengejutkan harimau yang sedang tidur .


     Aku tahu lelaki itulah yang selalu mengekori isteriku . Ada informer yang selalu update padaku . Aku teringin mahu tahu atas arahan siapa ! Apa kaitan isteriku itu dengannya ? 


     Rasa curiga mulai melewati kalbuku kini .Jam di pergelangan tangan aku pandang lama . Sudah lewat kini , tentu Aisy dalam kerisauan sekarang .


     Aku mencapai baju spare sebelum bonet ditutup semula. Setelah keadaan diri telah diperkemaskan aku menapak ke arah pintu masuk . Seat belt aku kenakan, enjin aku panaskan , gear aku terus masuk lalu pedal aku tekankan .


     Dari balik jendela , aku nampak ada seseorang dalam keadaan yang mencurigakan .Lelaki yang lengkap berpakaian korporat tersebut cuba menyentuh bungkusan tersebut , memandangkan kereta Fiat Punto itu miliknya.Aku hanya tersenyum lalu berderas dan terus  menembusi lubang gerbang parkir bangunan itu .


       " Sayang , jangan risau ya . Abang dah pun musnahkan musuh sayang itu ! " 


************


      KERETA polis kini bertapak di kawasan parkir . Pita kuning bertulis INI KAWASAN POLIS merentangi lebih dari separuh kawasan parkir berkenaan  . Lelaki berpakaian korporat menjadi saksi utama kini . Berkumat- kamit mulutnya berbicara dengan beberapa petugas di situ . Adakalanya tangannya juga terangkat- angkat . 


******************


        AKU serongkan keretaku lalu roda keretaku empat bersaudara kini bergeser dengan lantai halaman rumah agam milik Dato'  Min Ho. Lampu kereta terus aku padamkan .Lampu bulat kini bernyala terang , tanda Aisy telah bangun . 


       " Abang , kenapa lewat ? " Cuak juga muka isteriku kini . Aku yang sedang menanggalkan kasut hanya tersenyum .Briefcase laju sahaja Aisy capainya . " Abang banyak kerja sayang " Aku berkata sambil menyentuh dan mengusap lembut rambut panjangnya itu .


       " Bau apa ni abang ? " Aisy terus menghidu tubuh ku . Aku pula cuak kini . Apakah bau darah tadi masih lagi tidak hilang ? Sedangkan hampir sebotol lebih haruman De Xandra Man aku semburkan semasa dalam kereta tadi .


       " Abang .....?" Soalnya berkerut dahi . Wajah curiga kian terserlah . Aisy mengenaliku . Aku terus tertunduk kini . " Apa yang telah terjadi ni bang ? Siapa yang menyerang abang ? Masuk bang ...." 


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.