Home Novel Thriller/Aksi DARAH
DARAH
Pemburu Malam
26/11/2017 09:36:13
20,999
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
PROLOG

TIK ! TIK ! TIK ! Kesepian yang mencengkam dalam kamar gelap itu membuatkan titisan air yang keluar dari dalam pili itu kuat kedengaran.

Dahulu dia amat di kenali oleh setiap perempuan di ibu kota .Dahulu dialah yang romeo ! Dialah Enrique ! Tapi , kini dia hanyalah insan yang terkurung sepi disebalik tirai besi .

Dahulu rambutnya pelbagai gaya ! Pomade tak lepas ! Wax bila nak stail spike (pacak2) , mohawk bagai dan pabila nak stail pompedour , pomade pula jadi sandaran.Kumis pula di cukur pelbagai rupa .Tapi kini, serabai , berjambang di dagu rambut juga serabai dan semakin panjang .

Memeluk lutut sambil mengoyang- goyangkan tubuhnya seolah meratib .Di dinding pula dipenuhi satu perkataan .Perkataan yang semua orang amat ngeri untuk membacanya .

Darah ! Darah ! Darah ! Dan semua perkataan itu ditulis menggunakan darahnya sendiri ! Jika dilihat pada lengan dan pergelangan tangannya dipenuhi kesan torehan sama ada dengan menggunakan benda tajam atau pun tumpul.

Isolation Room atau bilik gelap untuk mereka yang agak agresif kelakuannya.Bilik yang sangat gelap hanya ditemani sedikit cahaya dari lubang dinding atas dan kedudukannya pula yang paling hujung.

" Kerana kau ! Kerana kau ! Kerana kau ! Kerana kau ! Darah ! Darah ! Darah ! Darah ! " 


**********


" AIMAN SYAFIQ 27 TAHUN ASAL IPOH TINGGAL DI KUALA LUMPUR EKSEKUTIF UTAMA ...

PUNCA KEMASUKAN IALAH MEMBUNUH DENGAN KEJAM , MEROGOL, MELIWAT .

DIAGNOSIS________

1) HALUSINASI

2)CEDERAKAN DIRI SENDIRI 

3) SUKA MENYENDIRI 

4) PERCUBAAN BUNUH DIRI 

Fail ditutup kembali, kacamata yang semakin melorot ke bawah di tarik semula ke atas.Leher yang lenguh di lakukan sedikit senaman sebelum mengaktifkan semula laptop.

" Doktor Amni ....." 


Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.