Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
77,258
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 14
Hati Nursyamia mulai panas. "Kenapa macam sengaja nak mengelak daripada aku jekk?? Aku ada buat salah ke kat dia?"..berkerut dahi Nursyamia. Sepetang dia menunggu di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi namun usahkan kelibat, bayang Zeaya pun langsung tak nampak. "Argghh sudahhh!!.takkan tanya pasal tuh pun salah?..dah memang aku dengar bunyi macam pontianak mengilai malam semalam.." sungut hatinya. 


Tindakan Zeaya yang seakan sengaja mengelak pertanyaan Nursyamia mengundang rasa curiga. Apatah lagi sebaik kelas syarahan  Luqman berakhir, Zeaya tergesa-gesa meninggalkannya. Nursyamia mundar mandir di kaki lima fakulti, sambil sesekali menjengah ke arah hujung kaki lima menghala ke stor barangan sukan, mengharapkan kemunculan Zeaya. Matanya melirik ke arah jam Baby G di pergelangan tangan kiri. "aihhh..dah dekat 7.00 petang nih..mana kau ni Zeayaa!..aku tunggu setengah jam je lagi..kalau kau tak sampai juga aku balik!!!"..desis hatinya, panas dan geram dengan sikap Zeaya yang macam tak faham peribahasa time is gold!

Sewaktu Nursyamia sedang membetulkan shawl yang dipakai, terasa angin sejuk menyapu pipi gebunya.. Roma di tengkuk berdiri tegak berceracak. Suasana hening tiba-tiba. Saat itu barulah Nursyamia perasan, suasana keliling seakan diselubungi oleh warna jingga yang terang. Mata Nursyamia melingas kiri dan kanan. Di hujung tangga, Nursyamia dapat melihat sekumpulan siswa siswi dari kejauhan. "Ahh..ada lagi yang belum balik asrama..nasib baikk.."hatinya sedikit lega. 

"hi"

"huh?"

"awak tunggu siapa?"

"awak siapa?"

"bahaya lama-lama kat sini.."

"aahh.ssaya tunggu kawan..janji pergi stor sukan"

"aowhhh...saya nasihatkan balik dulu lah.."

"awak siapa?" ulang Nursyamia..

"awak tahu sekarang waktu apa?"

"kenapa awak tak jawab soalan saya? sahut Nursyamia.

"Gale..saya Gale"

Mata Nursyamia melorot atas dan bawah meneliti setiap inci tubuh Gale dalam remang senja yang semakin jingga warnanya. Tubuh Gale tinggi lepas, berkulit pucat, bermata cengkung."muka macam dah tua..takkan pelajar sini kot!..berapa kali dia repeat paper nih?" desis Nursyamia. Dalam kesamaran senja itu, sukar bagi Nursyamia untuk meneliti wajah Gale dengan lebih jelas.

"Awak tahu..orang tua-tua dulu cakap, kalau warna senja macam ni..ada mambang sedang berkeliaran.." sambung Gale sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk. Hidung Gale yang rompong dapat menangkap bau seakan Zeaya pada tubuh Nursyamia. Perasan ingin tahu membuatkan Gale mahu menguji Nursyamia. Gale sedikit kagum dengan keberanian Nursyamia yang masih berdiri dihadapannya. "Dia buta atau dia bodoh atau dia memang tak tahu aku apa?"

"Owhh..mambang kuning..mambang hijo..mambang kelabuuuuuu..ada budak tak takuttt hantuuuuu..dok cegat depan akuuuuuu..hehehehehehehhehahahahha"...sebaik habis ayatnya Gale memusingkan kepalanya 360 darjah betul-betul dihadapan Nursyamia!. 

Jejeran darah merah berbau hanyir kelihatan membuak-buak keluar daripada leher Gale yang terpacak depan Nursyamia. Mata Gale yang tadinya terperosok jauh ke dalam, tiba-tiba menjojol keluar bagaikan bola pinpong, dan dalam sengihannya, terjulur keluar dua batang taring daripada bibir berwarna hitam pekat.. "huhhhhuhh..aaarghhhhhhhhh.....tttoolonggggg.."jeritan itu hanya bergaung dalam diri Nursyamia.

Gale menghulurkan kedua belah tangan berkuku tajam bagaikan mahu mencekik leher Nursyamia bila mana gerakkannya mati tiba-tiba. Kabus bagaikan awan bertali berwarna merah tiba-tiba muncul dan mengelilingi tubuh Nursyamia yang keras umpama patung. "Huhhh..kau betul-betul nak lindungi kawan manusia kau Zeaya?!! cisssss!!!" bentak Gale yang semakin panas hatinya dengan ulah Zeaya.

Kedua kaki Nursyamia bagaikan terpaku. Seluruh semangatnya terbang entah kemana. Semakin lama, pandangan wajah Gale yang mengerikan itu semakin kabur dari penglihatannya...

"hahahhahah..bodohhhhh punya manusiaaa..ptuihhhh!!!' dan Gale melangkahi tubuh Nursyamia yang telah pun terjelepok di kaki lima. Jalannya kengkang dengan anu yang terhoyong hayang mengikut gerak tubuhnya...itulah Gale si hantu galah yang sudah lama menaruh hati pada Zeaya. Warna gelap pekat malam beransur-ansur menyelubungi seluruh Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. 

"hahahahahhahaheheheheheheheheh"..dekahan tawa Gale kedengaran semakin sayup daripada pendegaran Nursyamia.

"Zeeaayaaa..Zeeyaaaa.." antara dengar dan tidak, Nursyamia berbisik lemah, selemah tubuhnya yang terjelepok di lantai.

"Heii..awakkk..awakkk..awakkk!!! Nursyamia merasakan bahu ditepuk lembut beberapa kali. Namun matanya terlalu berat untuk dibuka. 

"Cepat-cepattt..ambik stretcher.."


                                                    *************************************

"Zeayaa!"

"Kau kenapa huh?"

"Apa?" 

"kau dah giler kee?"

"Apa kau merepek ni Camm?..aku giler?!!"

"kau bukan melindungi Nursyamia, kau bahayakan lagi nyawa dia!"

"kau letak essence kau pada dia kan?"

"huh? mana kau tahu?"

"come on la Zeaya..essence kau dan aku tak sama warna dan bau..dan aku kenal essence kau walau berbatu-batu jaraknya!..apa giler kau letak essence kau pada Nursyamia?" 

"kau tahukan bukan Gale sahaja yang tergilakan kau?..Nursyamia bukan anak kau untuk kau lindungi sampai kau letak essence kau pada dia!" 

"Camm..please?! aku takde niat lain..memang aku cuma nak lindungi dia sahaja.." sahut Zeaya. 

"Aku tahu dia bukan anak aku.. aku tahu dia takde pun pertalian dengan aku..tapi dia kawan manusia aku yang paling aku sayang Camm..kau bukan tak tahu apa sebab kematian aku kan? apa yang terjadi pada aku dan anak  dalam kandungan aku?" 

"dah kalau macam tu kenapa kau tak cari je keturunan Akhtar  Henderson??! kau balas dendam saja! sampai nak masuk balik Universiti tempat kau belajar dulu..konon nak habiskan pelajaran kau..sebenarnya niat kau apa Zeaya?"pertanyaan Camelia disahut dengan senyuman dingin daripada Zeaya.

"Suatu hari nanti kau akan tahu Camm"..



Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.