Home Novel Seram/Misteri SUMUR BERDARAH
SUMUR BERDARAH
AINI NAZRINI
18/11/2020 21:41:18
36,437
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 1

Tahun1970

            HALIM melihat ayahnya sedang berbual-bual dengan datuknyadi atas jeti. Lihat pada raut wajah mereka sepertinya ada sesuatu yang sangatserius sedang dibincangkan. Halim mengajak adiknya melihat orang membersihkan botdi situ. Dia tidak mahu menganggu perbualan ayah dan datuknya.

            “Ayah betul ke nak pergi jugak ke tempat itu?” tanyaMansur sekali lagi. Riak wajahnya keruh.

            Haji Mutalib mendengus. Dia memandang wajah anaksulungnya itu. Angin laut yang bertiup membuatkan baju jubah yang dipakainyaberkibaran.

            “Berapa kali aku nak cakap dengan kau, aku dah nekad nakpergi ke tempat itu. Tolonglah faham,” jawab Haji Mutalib dengan tegas.

            “Tapi yah, tempat tu...”

            Mansur tidak mampu meneruskan ayatnya. Matanya merenungbeg sandang milik Haji Mutalib yang tersangkut di bahu ayahnya. Mujur diasempat tiba di jeti itu sebelum ayahnya bertolak ke destinasi yang ingindituju. Habis pecut dia memandu kereta pinjam milik rakan sekerjanya dariPontian ke Mersing. Dua orang anaknya terpaksa diangkut sekali kerana tiadasiapa yang menjaga. Isterinya pula sudah dua tahun meninggal dunia.

            “Aku tahu tapi aku mesti juga kembali ke tempat itu. Akumahu mencari abangku!” Ucap Haji Mutalib lagi dengan lebih tegas.

            “Ayah yakin ke yang abang ayah itu masih hidup lagi?Entah-entah dia sudah...” Ayat Mansur tergantung.

            Haji Mutalib menggelengkan kepala. “Selagi aku tidakmelihat sendiri dengan mata kepalaku kuburnya... aku yakin dia masih hidup!”bentaknya.

            Mansur mengeluh. Dia menggemas hujung rambutnya dengankasar. Sudah banyak kali dia menghalang ayahnya daripada pergi ke tempat itutetapi Haji Mutalib tetap berdegil. Haji Mutalib tetap mahu mencari abangnya ditempat itu. Yang sebenarnya, Mansur lebih risaukan keselamatan ayahnya.Bukannya Haji Mutalib tidak tahu yang tempat itu sangat bahaya.

            “Tapi ayah... tempat itu bahaya! Ayah juga cerita katsaya, tempat itu tidak menerima orang luar. Ayah rasa pulau akan terima kekedatangan ayah?”

            “Aku bukannya orang luar. Aku dilahirkan di situ. Nenekmoyang kita berkubur di situ. Kenapa pula aku tidak boleh datang ke situ? Tanahitu bukan milik sesiapa. Ia milik ALLAH swt. Alam ini milik DIA. Kita semuahanya menumpang buat seketika sebelum kembali kepadaNYA.”

            “Tapi ayah...”

            Sekali lagi Mansur tidak dapat meneruskan kata-katanya.Memang betul apa yang Haji Mutalib katakan tetapi dia tetap risau. Tempat ituterlalu bahaya buat mereka. Walaupun dia tidak dilahirkan di tempat itu tetapidaripada kisah-kisah yang pernah ayahnya ceritakan kepadanya sebelum inimembuatkan Mansur yakin yang tempat itu sangat bahaya.

            “Mansur, kita tak perlu takut dengan apa pun melainkanALLAH swt Jika kita pasakkan hati kita dengan iman dan selalu membasahkan lidahdengan kalimah suciNYA, insya-ALLAH kita akan sentiasa berada di dalamperlindungannya. Aku tetap akan pergi ke tempat itu. Firasatku mengatakan Attarmasih hidup. Dia memerlukan bantuan dan aku harus membantunya,” ujar HajiMutalib. Kali ini nadanya sedikit lembut.

            Mansur terdiam. Dia memandang lama wajah bersih ayahnya.Haji Mutalib seorang yang sangat tegas dalam bab agama. Ramai orang yangbelajar agama dengan Haji Mutalib. Dia sendiri dari kecil lagi telah belajarmengaji dengan ayahnya. Bahkan anak-anaknya juga turut belajar mengaji dengandatuk mereka.

            “Tapi ayah juga cakap yang pulau itu sudah hilang.”

            “Macam yang aku cakapkan tadi, alam ini milik ALLAH swt.Tiada apa yang terlindung dari pandanganNYA. Jika niat kita baik pasti akandipermudahkannya,” kata Haji Mutalib lagi.

            Sekali lagi Mansur terdiam. Ada benarnya apa yang ayahnyacakapkan itu. Perlahan dia melepaskan keluhan kecil.

            “Baiklah. Kalau itu kehendak ayah, saya benarkan ayahpergi tapi... izinkan saya ikut sekali ke tempat itu,” balas Mansur.

            “Tak boleh! Tempat itu tidak sesuai buat kamu!” bantahHaji Mutalib tiba-tiba.

            “Habis tu takkan saya nak biarkan ayah pergi seorang dirike tempat itu? Kalau apa-apa terjadi kepada ayah... siapa yang nak bantu? Ayahpun bukannya sihat sangat!”

            “Aku bukannya pergi seorang diri. Aku pergi dengan Lang,”balas Haji Mutalib. Dia melambai tangan ke arah seorang lelaki yang menghampirimereka.

            Mansur menoleh. Dia kenal dengan lelaki yang menghampirimereka itu. Wak Lang. Sepupu ayahnya. Baru dia teringat, ayahnya pernah berceritayang Wak Lang juga dilahirkan di tempat itu. Mereka juga bersama-sama melarikandiri dari tanah kelahiran mereka suatu ketika dahulu.

            “Macam mana, Ib? Kita dah boleh gerak ke? Kalau ikut padaaku memang elok kita gerak sekarang. Cuaca pun nampak elok,” ujar Wak Langsambil memandang dua beranak itu.

            “Elok juga tu. Ayuh kita gerak sekarang. Hmm, mana cucuaku? Halim, Hambali!” laung Haji Mutalib. Dia meninggalkan Mansur yangterpinga-pinga sambil memanggil nama cucu-cucunya.

            Mansur semakin resah apabila ayahnya tetap mahumeneruskan perjalanannya itu. Dia masih lagi berdiri di jeti itu. Wak Langmenyedari akan perubahan wajah Mansur segera menepuk lembut bahu lelaki itu.

            “Janganlah kamu risau pasal ayah kamu tu. Dia orang yangada ilmu di dada. Insya-ALLAH dia tidak akan apa-apa semasa di sana,” ujar WakLang dengan lembut.

            Mansur memandang wajah Wak Lang.

            “Pak cik tolong jaga ayah saya,” pintanya sambilmemandang lelaki seusia ayahnya itu dengan penuh harapan.

            Wak Lang tertawa kecil.

            “Aku rasa ayah kamu yang akan jaga aku nanti,”selorohnya.

            Sementara itu, Halim dan adiknya Hambali berlari-larianak mendapatkan datuk mereka. Haji Mutalib memeluk erat cucu-cucunya tidakmahu bagi lepas.

            “Sepeninggalan atuk nanti kamu berdua jangan culas mengaji.Tahu!” pesan Haji Mutalib  kepadacucu-cucunya.

            Halim yang ketika itu berusia tujuh tahun mengangguk.Hambali pula mendiamkan diri sedari tadi. Wajahnya muram seperti mahu menangis.

            “Jangan lupa solat, cu. Solat itu tiang agama. Jika kamutidak solat maka runtuhlah tiang itu. Bila kamu solat, kamu akan lebih dekatdengan ALLAH swt. Bila kamu dekat dengan ALLAH swt hati kamu akan menjadi lebihtenang. Kalau kamu rasa sedih berdoalah kepadaNYA. Sesungguhnya DIA adalahsebaik-baik pendengar,” ujar Haji Mutalib lagi.

            “Baiklah, tok. Hmm, atok lama ke pergi?” tanya Halimsambil terkebil-kebil memandang datuknya.

            Haji Mutalib tidak segera membalas. Dia memandang wajahcucu-cucunya dengan penuh rasa kasih dan sayang.

            “Entahlah. Mungkin sekejap. Mungkin juga lama,” balasnyaperlahan.

            “Atok jangan pergi lama-lama, tau!”

            Haji Mutalib mengangguk kepala dengan penuh rasa sebak.Sekali lagi dia memeluk erat tubuh cucu-cucunya. Tibalah masa untuk HajiMutalib memulakan perjalanannya. Mansur mencium tangan ayahnya lama-lama. Tidakmahu bagi lepas. Seolah-olah selepas ini dia tidak dapat lagi mencium tangantua itu. Air mata mula bertakung di kelopak mata namun ditahannya tidak bagijatuh.

            “Saya doakan ayah selamat pergi dan pulang,” ujar Mansurdengan suara yang serak. Ada getar pada nadanya itu.

            Haji Mutalib mengangguk sambil tersenyum manis. Diamenepuk lembut bahu anaknya.

            “Jaga diri kamu baik-baik. Sampaikan juga salam ayahkepada adik-adik kamu yang lain. Maafkan ayah sebab membuat keputusan tanpamemberitahu kalian terlebih dahulu.”

            “Ayah tak perlu minta maaf kepada kami. Ayah tu, jagadiri semasa di sana. Kalau rasa ada bahaya tak perlu berlama-lama lagi disana,” pesan Mansur pula. Hakikatnya hatinya masih lagi tidak rela ayahnyapergi ke tempat yang bahaya itu.

            Haji Mutalib hanya tersenyum nipis.

            “Tolong sampaikan juga kepada Umar yang ayah tak sempatnak tengok anaknya yang baru lahir itu. Siapa nama anaknya?”

            “Saadiah.”

            Haji Mutalib terangguk-angguk. Dia memandang wajahanaknya. “Ayah mahu kamu bantu Umar dan keluarganya. Kamu fahamkan maksudayah?”

            Mansur mengangguk perlahan. Kepalanya tertunduk. Kedengaranenjin bot Wak Lang mengaum sekaligus mematikan perbualan dua beranak itu. HajiMutalib segera masuk ke dalam bot. Dia melambai tangan ke arah anak dancucunya. Perlahan-lahan bot itu bergerak meninggalkan kawasan jeti.

            Hambali mula menangis apabila datuknya meninggalkan jetiitu. Halim pula tidak lepas dari memandang susuk tubuh datuknya yang semakinmengecil dan kemudian hilang dari pandangan. Tanpa Halim sedar itulah kaliterakhir dia melihat datuknya. Beberapa hari kemudian ada orang menemui bot WakLang terbalik di tengah laut. Haji Mutalib dan Wak Lang pula hilang di lautansehinggalah ke hari ini. 

Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AINI NAZRINI