Home Novel Seram/Misteri MARINA
MARINA
Saidee Nor Azam
10/3/2017 12:59:40
27,562
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Prolog

HUJAN lebat menderu membasahi tanah perkuburan islam. Hujan yang turun sejak petang tadi membuatkan kawasan tanah kubur menjadi bertakung dengan air. Kini sudah menjelang waktu tengah malam. Hujan masih lagi turun walaupun tidak selebat lewat petang tadi.

Nun jauh di hujung pagar kawasan kubur itu, kelihatan sebuah kubur yang baharu seminggu usianya. Tanahnya masih lagi merah, dan nesannya masih lagi baharu. Dikhabarkan penghuni kubur itu merupakan seorang wanita yang mati kerana menggantungkan dirinya sendiri. Wanita itu tidak bersaudara mara, hanya kenalan serta bekas rakannya sahaja yang hadir memberikan penghormatan yang terakhir.

Kilat memancar dengan kuat sehingga seluruh kawasan tanah perkuburan itu terang benderang disimbahi cahaya. Tidak lama kemudian, hadir guruh gegak gempita menghentam langit malam yang sedang berduka.

Sesuatu yang tidak terduga terjadi pada malam itu. Tanah kubur yang masih muda usianya itu bergerak-gerak seperti ada sesuatu yang menguis tanah merah itu. Semakin lama semakin kuat gegaran yang berlaku pada permukaan tanah kubur baharu itu. Akhirnya dengan tidak semena-mena muncul satu tangan terjongol keluar dari dalam kubur muda itu. Sedikit demi sedikit penghuni kubur mulai menampakkan dirinya. Tanah yang basah dengan air hujan itu langsung tidak menghalang penghuninya merangkak keluar dari dalam tanah.

“Eee...!!!”

Kini penghuni kubur itu sudah bangkit dari alam kubur. Mayat wanita itu bagaikan masih bernyawa, ia menjerit panjang serta kedengaran ngilu, seiring dengan dentuman guntur yang membelah langit malam. Perlahan-lahan makhluk itu merangkak meninggalkan tempat persemadiannya dan bangkit berdiri mendongak melihat kegelapan langit malam.

“Aku... tak... akan... mati...!”


Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.