Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan
Berlawan Dengan Syaitan
Shah Iskandar
5/9/2019 15:04:39
1,215
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 7
Aku minum air teh ‘o’ yang abah hidangkan kepadaku. Aku menarik nafas lega. Selepas apa yang terjadi, aku memang tidak boleh lagi memandang remeh keselamatan ku dan juga abah. Puas ditanya abah kepadaku siapa gerangan ‘geng lelaki’ kereta hitam berkenaan. Aku tidak dapat menjawab dengan jelas kerana aku sendiri tidak pernah bertemu dengan mereka sebelum ini.
Cuma satu yang aku khuatirkan, bagaimana mereka boleh mengenali ku kerana ketuanya jelas tahu siapa namaku. Abah meneka kebarangkalian kaitan mereka dengan ku mungkin disebabkan perkara yang menimpa Alisha baru-baru ini. Abah penuh yakin kedua-dua perkara tersebut berkaitan di antara satu dengan yang lain.
Selepas aku meletakkan cawan air teh ‘o’ aku, terus kusampaikan keterangan dari Abang Kimi yang membuat panggilan kepadaku pagi tadi kerana gagal untuk menghubungi abah.
“Katanya ada urusan sedikit dengan abah” balasku pendek.
Abah terus mengambil telefonnya dan cuba untuk menghubungi anak buahnya pula. Dalam lima belas minit kemudian dia duduk semula ke sofa diruang tamu ini. Dia duduk bertentang denganku. Di tatapnya wajahku dengan tiada sedikit pun kerdipan mata. Aku mengangkat kening ku isyarat untuk membuat pertanyaan berkenaan apa yang berlaku? Abah kemudian meletakkan telefon bimbit nya di atas meja. Dia meneguk air teh ‘o’ nya juga. Kami berdiam diri buat seketika. Tiba-tiba abah bersuara,”Malam ni kita kena pergi umah Kimi balik”
“Baiklah abah” jawabku pendek. Aku pasti ini mesti ada kena mengena dengan kes Alisha. Tapi hari itu Alisha bukan ke sudah pulih? Persoalan ini berlegar dalam kepalaku.
Mengingatkan semula kejadian siang tadi, aku mula teringat dengan seorang lelaki yang merupakan bekas teman lelaki Alisha. Lelaki berkenaan memang kejam dan tidak berhati perut. Dia cuba mengugut Alisha agar Alisha tidak memutuskan perhubungan dengan dia. Alisha segera menghubungi aku dan mengadu tentang lelaki tersebut. Aku meminta Alisha agar memberikan alamat pejabat lelaki berkenaan agar dapat aku berkonfrontasi dengannya secara bersemuka. Lelaki begini memang tidak boleh diberi muka sangat nanti dia akan pijak kepala.
Hari itu juga aku ke pejabat lelaki berkenaan. Di luar pejabat sahaja sudah ramai konco-konconya yang berkawal. Namun aku masuk juga ke dalam dan bertemu dengan lelaki berkenaan. Aku tidak mahu dia mengganggu hidup Alisha lagi. Aku ingat satu perkataan dari mulut lelaki berkenaan. “Jaga diri elok-elok bang…malang tak berbau…” ugut dia kepadaku.
Oleh itu, mulai dari hari ni dan saat ini, aku harus lebih berhati-hati dengan tindak-tanduk lelaki berkenaan kerana ‘konco-konco’ nya ramai diluar sana.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar