Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan
Berlawan Dengan Syaitan
Shah Iskandar
5/9/2019 15:04:39
1,216
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6
Aku tersedar dari tidur apabila terdengar ‘alarm clock’ aku berdering panjang jam enam empat puluh lima pagi. Aku rasa sangat letih dan sangat mengantuk. Namun demikian, aku gagahkan juga untuk bangkit dan menuju ke bilik air. Dalam sepuluh minit aku sudah keluar semula dari bilik air dan menunaikan solat subuh. Selesai solat, aku bersiap untuk ke pejabat.
Dalam masa satu jam aku sudah sampai ke pejabat dan terus masuk ke bilik kerana ku lihat ‘staf-staf’ masih belum ada yang tiba lagi. Aku lihat atas meja aku dah tiada fail lagi. Bersih dan kemas keadaan di meja aku. Aku jadi pelik.
“Siapa yang masuk bilik aku ni?” bisik hati kecilku.
Aku pun malas nak fikir apa-apa pagi ini, aku terus duduk dikerusi dan ‘hidupkan’ komputer aku. Dalam pada itu, aku dengar pintu diketuk dari luar.
“Masuk” ucapku lantang.
Apabila pintu dibuka kelihatan setiausahaku masuk dengan senyuman manis sambil membawa fail diketiak.
“Assalammualaikum bos” ucap Sarah sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.
“Waalaikumsalam..ya ada apa?”  balasku kepadanya.
“Bos, ‘sorry’ kacau pagi-pagi ni. Ada fail bos kena ‘sain’ sekarang juga. ‘Pastu’ kul 2.30 petang Dato’ nak jumpa bos, urgent katanya” terang Sarah kepadaku tentang jadual hari ni.
“Ok, baiklah. Terima kasih Sarah” balasku pendek.
Sarah membawa failnya keluar setelah selesai urusannya. Kemudian keadaan menjadi sangat sunyi.Aku rasa tak sedap hati, sehinggalah aku terkejut bunyi ‘beep interkom’ dari Sarah.
“Ya, Sarah. Ada apa lagi ya?” tanya ku kepadanya.
“Bos, ‘sorry’, semalam saya yang kemas meja bos sebab saya cari fail yang Dato’ nak semalam. Fail-fail yang lain saya dah susun ‘kat’ rak belakang bos tu” terang Sarah.
“Maafkan saya sebab tak minta izin bos kemas meja semalam sebab bos pesan semalam jangan ‘call’ sebab bos ada urusan peribadi kat luar” terang Sarah lagi.
“Ok ‘noted’” balas ku semula dan menutup butang ‘interkom’.
“Patutlah meja aku berkemas semacam aja, rupanya Sarah yang kemas. ‘Takpelah’, lagipun semalam Dato’ nak fail tu cepat, terpaksalah..” bisik hatiku sendiri.
Aku pun mencari-cari fail yang Sarah simpan di rak belakang. Ada fail ‘urgent’ yang aku kena siapkan hari ini. Aku begitu tekun dengan kerjaku sampai aku tak sedar waktu berlalu pantas. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi dan ku lihat nama Abang Kimi tertera. Ku jawab panggilannya. Kemudian, aku terus menyandar semula ke kerusi. Ku dail nombor telefon abah. ‘Tutt…tutt…tutt…’ panggilan tidak dapat disambung. Aku sedikit gelisah.
“Kenapa tak boleh ‘call’ abah ni?” bisik hati kecilku.
Aku mencuba lagi sambil berlegar-legar di segenap penjuru bilikku. Masih juga gagal untuk menghubungi abah. Kemudian, aku ‘interkom’ Sarah dan arahkan dia bawa telefon bimbit dia masuk sekali.
Kedengaran ketukan dipintu. Selepas ku suruh Sarah masuk, dia dengan segera masuk. Aku meminta dia menghubungi abah. Sama juga ‘resultnya’. Kemudian, aku berpesan kepada Sarah sekiranya ada apa-apa yang penting atau ‘urgent’ bole ‘call’ aku sebab aku nak keluar jumpa abah sekejap.
Dalam masa lima minit, aku sudah memandu keluar menuju ke rumah abah. Macam-macam yang terlintas dikepalaku.
“Kenapa aku ‘call’ abah tak dapat? Hatiku berdebar-debar kerana aku takut sesuatu yang buruk telah berlaku kepada abah. Fikiranku kembali segar dengan kejadian hentakan dibumbung kereta malam tadi.
“Mungkin kah perkara ini berkaitan?” soalku sendiri.
Aku jadi bingung. Tiba-tiba ketika aku masuk ke simpang menuju ke rumah aku, ada sebuah kereta memotong kereta aku dengan laju dan memberhentikan keretanya di depan keretaku secara mengejut. Aku pula, bertambah terkejut.
Dengan pantasnya aku tekan brek kecemasan untuk memberhentikan kenderaan yang ku pandu sebelum menghentam belakang kereta hitam itu. Aku tertanya-tanya sebab kereta berkenaan menghalang perjalananku.
Kemudian, ku lihat beberapa orang lelaki keluar dari kereta berkenaan. Selepas itu, mereka menanti seseorang keluar dari kereta itu ketika mereka semua sudah berada diluar kereta. Kelihatan seorang lelaki berkulit cerah dengan memakai cermin mata hitam keluar dan berjalan menuju ke keretaku.
Aku membuka pintu kereta dan keluar dari kereta ku juga. Kemudian, ku lihat rakan-rakannya juga ikut sekali dibelakangnya seperti ‘eskot’.
“Apahal pulak ‘dorang’ ni”, hatiku tertanya-tanya.
Selepas berdepan dengan mereka, tetiba ketuanya berkata, “Kau ni Shah Iskandar kan?” laung ketuanya kepada ku.
“Ya, aku la tu...Ada masalah apa korang semua ni?” jawab ku dengan lantang.
Dengan tiba-tiba ketuanya memberikan isyarat kepada orang-orangnya untuk menyerang aku. Lelaki-lelaki berkenaan dengan aksi menggenggam penumbuk berlumba-lumba berjalan ke arahku. Aku menghentikan langkahku. Aku berundur sedikit dan mula memasang ‘kuda-kuda’ dalam ‘mod’ mempertahankan diri.
Lelaki pertama yang sampai ke arahku melayangkan penumbuk sulungnya tepat ke arah muka ku. Aku mengelak kekiriku dengan pantas dari asakan tumbukannya dan menangkap pergelangan tangannya dari arahku berdiri. Ku hayunkan sepakan lencong tepat ke dadanya dengan sekuat hati sehingga dia tercampak ke belakangnya ke arah kawan-kawannya semula.
Seorang lagi datang dan membuat hayunan penumbuk juga ke muka ku. Aku merendahkan badanku dan melepaskan penumbuk sulungku ke dadanya dengan kuat menyebabkan dia jatuh terduduk.
Tiba-tiba dua orang lelaki lagi datang ke arah ku untuk menyerang balas pada waktu yang sama. Masing-masing juga menghayun penumbuk masing-masing dan aku berundur ke belakang dengan segera sambil menangkap pergelangn tangan kedua-keduanya, dan aku menjatuhkan badan ku kebelakang sambil menarik tangan kedua-duanya ke bawah.
Kaki ku pasak ke dada kedua-duanya sambil aku melambungkan kedua-duanya dengan pantas ke belakangku dengan ‘momentum’ mereka sendiri. Kedua-duanya terpelanting ke belakangku sambil berguling-guling akibat lambungan yang pantas berkenaan. Apabila ku cuba bangkit semula, ku lihat seorang lelaki sedang memegang sebatang kayu yang cuba dihayunkan ke arah ku namun dia tidak berkesempatan untuk melakukannya kerana satu hentaman tapak kaki tepat menuju ke arah mukanya dari arah sebelah kiriku.
Dia terjatuh bersama-sama dengan kayunya. Kemudian, terdengar suara ketuanya memanggil rakan-rakannya agar lari dari situ. Mereka dengan pantasnya menaiki kenderaan berwarna hitam tersebut dan terus memecut lari dari kawasan tersebut. Selepas kereta berkenaan hilang dari pandangan, barulah aku dapat melihat rupanya abah yang datang membantuku.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar