Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan
Berlawan Dengan Syaitan
Shah Iskandar
5/9/2019 15:04:39
1,223
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 26
Pertama kali Muhammad Hakimi bin Muhammad Haslan  bertemu dengan Siti Shuhaida binti Shamsul Kamal di Universiti luar negara ini menyebabkan hati Kimi berdebar kencang. Pelajar jurusan senireka dan senibina itu bertembung dengan Ida di cafe di dalam kampus tersebut ketika masing-masing hendak menikmati sarapan pagi. Pada masa itu, Kimi hanya berseorangan, sementara itu Ida bersama kawannya seorang perempuan mat salleh bernama Anna.
Kimi sedang membawa makanannya di dalam tray ketika Ida tiba-tiba secara tidak sengaja terlanggar tray berkenaan ketika leka bersembang dengan rakannya.
Itulah detik bibit-bibit cinta yang lahir diantara keduanya pada masa itu. Selepas kejadian itu, mereka berdua menjadi lebih intim di kampus. Makan bersama dan belajar bersama setiap masa. Biarpun mereka berada di luar negara, batas-batas tata susila dan maruah keluarga terjaga kemas. Kimi sangat menghormati Ida sebagai seorang perempuan yang tinggi akhlaknya, budi pekerti dan budi bahasa. Ida sebagai seorang best student dalam bidang kejuruteraan mekanikal menyebabkan Kimi amat berbangga dapat berkenalan dengan wanita hebat di matanya itu.
Namun ada satu rahsia yang sangat besar yang disimpan rapi oleh Ida dari pengetahuan Kimi. Dia sangat menyintai lelaki berkenaan. Hakimi di lihat sebagai seorang lelaki gentleman yang sangat selesa di dampingi. Sikap ikhlasnya dan kesopanannya sangat disukai oleh Ida.
Walaubagaimanapun dia bimbang tentang dirinya yang mungkin sukar diterima oleh Kimi. Dia sedar dirinya yang tidak lagi suci mungkin akan menyebabkan Kimi memutuskan hubungan mereka kelak. Oleh itu setiap kali berjumpa dengan lelaki berkenaan, apabila dia menatap wajahnya, terpancar sinar cahaya kejujuran yang tidak pernah dilihatnya pada lelaki lain. Wajah Kimi tidak jemu ditatap dan niatnya hanya satu ingin menjadi surihati lelaki itu jika ditakdirkan.
Kimi pula sangat menyenangi wanita berkenaan. Baginya Ida wanita yang rare.
Maka, hubungan persahabatan mereka bertukar jadi rapat, masing-masing sayang menyayangi di antara satu sama lain. Pasangan kekasih itu sesungguhnya menjaga maruah keluarga sebaik-baiknya biarpun berada di perantauan. Apa yang paling disenangi oleh kedua-duanya adalah masing-masing sangat menjaga solat.
Selama empat tahun mereka menuntut ilmu  di Universiti berkenaan. Setiap kali tamat tahun semester pengajian, mereka memutuskan untuk bekerja part time semasa cuti dan tidak pulang ke Malaysia. Biarpun pengajian mereka ditanggung sepenuhnya oleh JPA, mereka tidak boros dan sentiasa menyimpan wang bagi kegunaan di waktu kecemasan.
Mereka sangat sejiwa dan tidak pernah bertengkar disebabkan isu-isu remeh temeh.
Sehinggalah pada suatu masa di penghujung pengajian mereka, Kimi bertindak melahirkan isi hatinya kepada Ida untuk memperisterikannya.
Ida terlalu gembira dengan lamaran Kimi sehingga dia tidak mampu untuk menatap wajah Kimi. Tiba-tiba tergambar detik hitam yang berlaku kepada dirinya suatu masa dahulu. Ida terus menjadi sebak menyebabkan dia terus menitiskan air mata dihadapan lelaki berkenaan.
Hakimi menjadi terkejut dan bimbang dengan tindak balas wanita yang dicintainya itu. Hatinya tertanya-tanya punca yang membuatkan wanita berkenaan menangis apabila mendengar lamaran darinya.
Hakimi cuba memujuk Ida agar menerangkan kepadanya sebab dia menangis. Ida hanya mendiamkan diri kerana tidak ada daya untuknya berterus-terang sekarang.
Namun demikian Kimi tidak putus asa dan terus memujuk Ida. Kimi nekad ingin mengambil Ida menjadi surihatinya biarpun apa yang bakal di dedahkan oleh Ida bakal merobek hatinya. Ini kerana dia ikhlas mencintai wanita itu. Dia sanggup menelan kepahitan itu.
Setelah mendengar penjelasan panjang lebar Hakimi, akhirnya Ida pasrah dengan gesaan dari Hakimi. Ida percaya, Hakimi ikhlas untuk memperisterikannya tetapi dia juga kena bersikap jujur terhadap lelaki berkenaan. Jika dia dan lelaki berkenaan ada jodoh yang ditentukan oleh Allah, dia pasti akan mensyukuri takdir tersebut, namun jika dia tidak ditakdirka untuk bertemu jodoh dengan lelaki tersebut, dia hanya pasrah dan menerima dengan hati yang terbuka segala ketentuan dari Allah swt.
Ida menarik nafas panjang ketika dia menatap wajah kekasihnya itu. Di renungnya mata Hakimi sedalam-dalamnya. Pandangannya tidak berkelip, begitu juga dengan Hakimi. Dengan lafaz bismillah, Ida memberitahu perkara sebenar kepada Hakimi yang mendengar dengan sepenuh perhatiannya.
Setelah selesai Ida menerangkan segalanya, Hakimi hanya menundukkan kepalanya. Dia menangis mendengar kisah Ida. Hati lelakinya tidak dapat menahan marah terhadap lelaki jahat yang merosakkan hidup kekasihnya. Dalam, di lubuk hatinya, dia merasa kasihan dengan nasib Ida. Namun, kasih dan sayangnya sedikit pun tidak terjejas akibat perkara yang berlaku kepada Ida. Dia sangat-sangat mencintai wanita itu sepenuh hatinya dan dia percaya, Allah ada perancangan untuk dirinya selaku penyelamat wanita berkenaan. Mungkin ada hikmah disebalik pertemuan dia dengan Ida yang terselit kebahagiaan yang tersirat.
Dilihatnya Ida masih sebak dan menitiskan air matanya kerana rahsia yang selama ini disimpan akhirnya terbongkar jua di hadapan dia. Hakimi memanggil nama Ida beberapa kali bagi memujuknya.
Akhirnya selepas beberapa lama, Ida mengangkat kepalanya untuk menatap wajah Hakimi.
“Ya abang…” perlahan balasnya.
“Ida, abang dah ambil keputusan untuk meneruskan hajat abang terhadap Ida” tegas Kimi kepada Ida.
“Abang sanggup terima Ida ke bang?” perlahan suara Ida menjawab permintaan Kimi itu.
“Ya Ida…abang harap, Ida sudi menerima abang seikhlas hati Ida” pujuk Kimi lagi. Di lihatnya wajah Ida terpancar sinar kegembiraan.
“Abang, kalau abang sanggup buat apa yang abang lakukan untuk Ida, Ida lagi sanggup buat perkara yang sama untuk abang” balas Ida sambil mengukir senyum dalam tangis.
“Alhamdulillah Ida, moga Allah merestui dan memberkati niat suci murni kita. Keluarga abang sudah lama menerima Ida. Bagi abang, rahsia yang Ida beritahu abang pada hari ni, akan menjadi rahsia kita berdua sehingga akhir hayat kita…” pinta Kimi kepada Ida sambil turut tersenyum gembira.
Selepas pulang ke Malaysia, mereka berdua di ijabkabulkan dan perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah disamping keluarga tercinta.
Rahsia berkenaan tersimpan rapi tanpa ada siapa pun yang tahu.

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar