Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan
Berlawan Dengan Syaitan
Shah Iskandar
5/9/2019 15:04:39
1,223
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 25
Azim melangkah masuk ke dalam rumahnya. Kemudian dia menuju ke bilik pembacaan ayahnya. Dia sampai dihadapan pintu dan mengetuk pintu berkenaan. Kemudian terdengar suara mengarahkan dia masuk. Ditolaknya pintu masuk berkenaan dan terus masuk ke dalam. Dilihatnya ayahnya sedang duduk dengan menghisap ‘vape’ nya.
Azim mengambil tempatnya diatas kerusi dihadapan ayahnya.
“Azim, macam mana dengan anak bomoh tu?” soalnya kepada Azim.
“Masih lagi belum selesai ayah. Azim dah arahkan orang-orang kita selesaikan dia secepat mungkin.” Balas Azim semula.
“Okay. Setakat ni apa status?” soal ayahnya lagi.
“Belum tahu lagi ayah sebab malam ni ada ‘planning’ nak buat dengan anak bomoh tu. Hari tu masa mula-mula hantar orang pergi serang…tapi gagal. Kita tunggu ‘result’ malam ni. Kalau gagal lagi, tahu lah Azim nak buat apa…” balas Azim kepada ayahnya.
“Bagus Azim” puji ayahnya.
Azim hanya tersenyum.
“Hari ni kita ada lawatan nak buat. Ayah nak Azim ikut sekali.” gesa ayahnya.
“Baik ayah” jawab Azim pendek.
Mereka kemudian berangkat keluar dari bilik.
Dalam masa 5 minit Azim dan ayahnya sudah keluar dari kawasan rumah mereka menuju ke suatu destinasi yang tidak diketahui oleh sesiapapun.
“Kita nak pergi mana ni ayah?” soal Azim. Dia masih lagi meneruskan pemanduan.
“Oh..kita nak pergi rumah kawan ayah. Ayah nak minta tolong dia” jawab ayah Azim.
“Kawan ayah yang mana satu ni? “ soal Azim lagi.
“Azim ingat tak dengan Pak Heryanto?” balas ayahnya.
“Oh..Pak Heryanto…dah tentu la ayah” balas Azim semula sambil ketawa kecil.
“Kalau dah ingat, bawa ayah pergi rumah dia..” sambung ayahnya semula.
Kedua beranak itu menuju ke rumah bomoh tradisional Pak Heryanto yang sangat handal di kampungnya. Pak Heryanto merupakan pengamal ilmu hitam dan sudah biasa membantu Dato’ Ramli dalam segala hal yang berkaitan dengan urusan perniagaan. Bukan Dato’ sahaja yang mendapatkan khidmatnya, anaknya Azim juga merupakan pelanggan tetap bomoh berkenaan.
Dalam masa satu jam setengah, mereka sudah sampai ke rumah Pak Heryanto. Kereta mereka diberhentikan dihadapan rumah bomoh berkenaan. Mereka berdua keluar dari kereta. Kemudian, Pak Heryanto menegur mereka dari muka pintunya. Dia tersenyum melihat kedua orang pelanggan tetap hadir di rumahnya pada hari ini.
“Dato’..lama sudah tidak ke mari” sapa bomoh berkenaan.
“Ya Pak…benar sekali. Hari ini ada hajat Pak” balas Dato’ Ramli.
Bomoh berkenaan menganggukkan kepalanya sambil menjemput kedua-duanya naik ke rumahnya.
Azim dan ayahnya naik ke rumah bomoh berkenaan.
“Ayuh…silakan duduk dato’ “ ucap Pak Heryanto ketika mereka berada di ruang tamu.
Kedua-duanya duduk di sofa berwarna merah berkenaan. Seketika kemudian, seorang wanita muda datang membawa minuman untuk hidangan tetamu penting berkenaan. Azim sempat menjeling wanita berkenaan yang berkulit cerah dan berambut panjang.
“Cantiknya perempuan ni “ bisik hatinya.
Perempuan berkenaan menghidangkan minuman berkenaan di atas meja sebelum berlalu pergi.
Pak Heryanto tersenyum melihat gelagat Azim terhadap wanita berkenaan.
“Azim suka dengan perempuan itu? “ ucapnya tiba-tiba ketika Azim sedang menikmati minumannya.
Azim terkejut dengan soalan dari Pak Heryanto. Namun dia hanya tersenyum mendengarnya.
Dato’ Ramli hanya ketawa kecil.
“Tak payah Azim…itu bini Pak Heryanto…bini mudanya tu” kata ayahnya sambil terus ketawa.
Azim membulatkan matanya ke arah ayahnya. Dia seakan terkejut dengan jawapan itu. Kemudian dia segera menoleh ke arah Pak Heryanto seakan-akan ingin mendapatkan kepastian.
“Benar Azim, itu isteri saya..yang paling muda. Umurnya baru 17 tahun.” jawab Pak Heryanto.
Azim menelan air liurnya setelah mendengar jawapan Pak Heryanto tersebut.
“Bini nombor berapa tu Pak?” soal Azim semula.
“Oh…itu yang nombor empat Azim” jawab Pak Heryanto pendek.
“Aduh Pak, bagaimana dapat kahwin dengan perempuan macam tu? Jumpa kat mana? “ soal Azim pantas.
Pak Heryanto hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Azim. Dia terus tersenyum apabila Azim seakan-akan tidak percaya dia mampu memiliki gadis muda belasan tahun untuk dijadikan isterinya.
“Tidak mengapa, nanti ada kelapangan, saya bisa ceritakan ya Azim. Lantas, ada hajat apa kamu berdua datang ke rumah saya hari ni? “ soal Pak Heryanto pula.
Dato’ Ramli menarik nafas panjang sebelum memulakan ceritanya kepada pak Heryanto. Azim hanya memerhatikan sahaja ayahnya bercerita panjang tentang hajat mereka datang ke rumah bomoh berkenaan. Sesekali mereka ketawa kecil apabila berbincang mengenai rancangan mereka. Pak Heryanto mengangguk-anggukkan kepalanya apabila Dato’ Ramli mahukan pertolongannya menewaskan musuhnya yang sangat dibenci pada masa ini.
Setelah panjang lebar penjelasan dan permintaan yang dikemukakan oleh Dato’ Ramli kepada Pak Heryanto, maka bomoh berkenaan bersetuju untuk membantu mereka menyempurnakan niat jahat mereka. Bomoh berkenaan juga meletakkan harga yang agak mahal kepada mereka dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Selepas berpuas hati dengan janji-janji Pak Heryanto, tetamunya pada hari itu bersedia untuk pulang ke rumah mereka sambil mengharapkan Pak Heryanto dapat melakukan sesuatu untuk mereka kelak.
Pak Heryanto hanya mengekori pergerakan kereta tetamunya dengan ekor matanya sehinggalah mereka hilang dari pandangan.
Dia kemudian masuk semula ke dalam rumah dan menuju ke bilik dia menjalankan upacara pemujaan dan penyihiran ke atas mangsa-mangsanya yang kebanyakkan merupakan musuh tetamunya yang sudah pulang.
Dia adalah harapan Dato’ Ramli untuk menjalankan kerja-kerja kotornya. Dia juga merupakan orang yang bertanggungjawab membantu Dato dalam urusan perniagaannya. Oleh kerana itu, Dato’ sangat percaya dan yakin dengan kebolehan Pak Heryanto selama ini.
Pak Heryanto duduk mengadap bekas kemenyan dan membakarnya. Kelihatan asap berkepul-kepul naik ke udara memenuhi ruang dalam bilik berkenaan. Bibirnya terkumat-kamit membaca mentera mistiknya. Dia menyeru sahabatnya untuk hadir dihadapannya. Matanya dipejamkan sambil mulutnya terus membaca mentera.
Seketika kemudian muncul satu lembaga bertanduk di hadapannya. Lembaga berkenaan memegang sebatang lembing emas yang berkilauan. Mukanya amat menakutkan bagi orang yang lemah semangat.
Makhluk itu hanya mengangguk-anggukan kepalanya setelah menerima arahan dari Pak Heryanto.  Makhluk itu tahu dia ditugaskan untuk melakukan kerja yang sudah biasa dia lakukan untuk Pak Heryanto.
Seketika kemudian, setelah asap kemenyan beransur hilang, makhluk berkenaan turut hilang ditelan angin.

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar