Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan
Berlawan Dengan Syaitan
Shah Iskandar
5/9/2019 15:04:39
4,115
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 9
"Macam mana korang buat kerja? Nak tangkap dia sorang ja pun susah? Sia-sia aku bayar gaji tinggi, buat kerja macam tahi! Sekarang habis rancangan aku..." pekik lelaki berkot di hujung bilik mesyuarat itu.
Konco-konconya diam membisu. Seorang pun tak berani mengangkat muka mengadap ‘boss’ yang tengah mengamuk. Sesekali terlihat pancaran cahaya diluar tingkap cermin. Hujan sungguh lebat malam ini.
"Aku nak korang pergi lagi tunggu kat ‘umah bapak pompuan’ tu malam ni. Aku pasti ‘bapak’ dia dah syak sesuatu. Dia mesti dah telefon pakcik dia si bomoh tu. Sebab ‘korang’ dah gagal culik anak dia, malam ni mesti bomoh tu pergi dengan anak dia ke rumah ‘bapak pompuan’ tu. Aku nak ‘korang’ halang ‘dorang’. Jangan sampai ‘sapa-sapa’ tau rancangan ni, kalau tidak nahas ‘korang sekor-sekor’ aku bakar hidup-hidup!"  arah lelaki berkot itu lagi.
Kemarahannya tidak terbendung lagi selepas dia menyepak meja kopi dalam bilik mesyuarat tersebut. Terpelanting keluar kaca meja dan jatuh terhempas dan pecah berkecai.
"Apa tunggu lagi? Berambus sekarang!" pekik lelaki berkenaan.
Semua konco-konconya keluar dengan pantas menuju ke pintu keluar. Lelaki berkot membuka cermin mata hitamnya. Dia melabuhkan punggung ke kerusi. Dia meletakkan cermin mata di atas meja. Dia menyandarkan dirinya.
Dia menekan butang interkom telefon. Kedengaran satu suara jawapan dihujung talian.
"Bawa kan aku fail anak bomoh tu sekarang"  arahnya.
"Baik tuan", balas suara itu.
Lelaki berkot itu berehat sebentar dikerusinya. Dia memang cukup marah dengan pakcik Kimi. Baginya lelaki itu merupakan penghalang utama baginya untuk melaksanakan rancangan jahatnya. Anaknya pula menguji kesabarannya ke tahap yang tidak dapat diterimanya apabila turut sama bergandingan dengan ayahnya dalam membantu keluarga Alisha.
"Mengapa ‘korang’ berdua sibuk nak tolong si arkitek tu haa!", bisik hatinya.
"Malam ni tahulah nasib ‘korang’!" bentak hatinya lagi.
Kedengaran pintu diketuk.
"Masuk" ucap lelaki itu.
Kemudian seorang perempuan berskirt hitam masuk sambil membawa sebuah fail. Dia berjalan ke arah lelaki itu. Setelah sampai disisi lelaki itu, perempuan itu menyerahkan fail tersebut. Kemudian dia berjalan keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Lelaki tersebut meneliti maklumat di dalam fail tersebut.
Dilihatnya gambar lelaki dalam fail itu. Diamatinya dengan tekun. Dibacanya profail lelaki itu; nama penuh, alamat rumah, alamat pejabat, nombor plet kenderaan, status keluarga, dan bermacam lagi maklumat peribadi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
"Ya tuan?" jawabnya setelah melihat nombor telefon Azim Dato’ Ramli terpampang di skrin telefonnya.
"Kau dah uruskan anak bomoh tu?" soal suara itu dengan nada keras.
"Belum lagi tuan" balas lelaki berkenaan dengan suara sedikit gementar.
"Kenapa tak selesaikan lagi arahan aku?" soal suara itu lagi.
"Saya dah arahkan orang-orang kita tuan tetapi ada masalah kecil sedikit. Malam ni kita akan selesaikan tuan" balasnya semula.
 "Buat kerja pun lembap! Benda ‘kecik’ macam ni pun kau tak boleh uruskan dengan pantas. Jangan sampai aku suruh orang lain buat, faham!" laung suara berkenaan.
 "Faham tuan. Saya akan pastikan semuanya selesai malam ni!" lelaki itu memberikan janjinya.
Kedengaran talian telefon diputuskan. Lelaki berkot nampak gelisah selepas menerima panggilan tersebut.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar