Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan
Berlawan Dengan Syaitan
Shah Iskandar
5/9/2019 15:04:39
1,211
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 8
"Pakcik abang jadi datang tak malam ni" soal Ida kepada suaminya, Kimi.
"Kalau tiada halangan, insya Allah katanya" jawab abang Kimi sambil matanya memandang ke cermin tingkap rumahnya menanti lampu kereta pakciknya meluncur masuk ke perkarangan rumahnya barangkali.
Namun tiada apa yang dapat dilihatnya. Alisha tiba-tiba muncul dari arah tangga. Dia berjalan ke arah ibubapanya sambil mengukir senyum. Ibunya membalas senyuman itu. Abang Kimi juga turut tersenyum melihat anaknya yang sudah lama tidak melemparkan senyuman setelah jatuh sakit akibat penyakit misterinya itu.
Alisha memeluk ibunya erat. Seakan tidak mahu dilepaskan pelukan itu. Ibunya juga memeluk kuat Alisha seolah-olah melepaskan kerinduan yang teramat sangat. Abang Kimi faham perasaan kedua-dua anak beranak itu.
Sejak Alisha sakit, isterinya sering murung dan sedih. Dia risau dengan keadaan itu; bimbang isterinya akan melakukan sesuatu di luar kebiasaan dan bertindak di luar pemikiran normal. Setelah kedua-duanya duduk di sofa, abang Kimi sambil mengukir senyum bertanya kepada Alisha, "Sha dah nampak sihat dah abah tengok"
"Ya abah, alhamdulillah" balas Alisha.
"Cumanya, Sha selalu mimpi yang pelik-pelik" tambahnya.
"Mimpi yang macam mana Sha?" soal bapanya lagi.
Alisha pun menjelaskan bahawa dia akan terjaga ditengah malam dan merasakan seolah-olah ada orang yang sedang memerhatikannya. Dia kemudian akan cuba tidur semula. Namun dia akan segera bermimpi dikejar seorang lelaki bertanduk bersenjatakan lembing besi yang bersinar seolah berwarna keemasan.
Setiap kali lelaki itu mengejarnya, dia akan melemparkan lembing ke arah Alisha dan setiap kali itulah juga dihalang oleh tasbih yang terbang. Lembing itu akan melantun semula ke arah lelaki itu selepas dia membaca mantera sihirnya. Dia akan ‘mendengus-dengus’ apabila lembing tu melantun semula ke arahnya. Walaubagaimanapun Alisha tidak dapat mengenalpasti dari mana datangnya tasbih terbang itu.
Lelaki itu akan terus mencuba melemparkan lembingnya berulang-ulang kali dan berkali-kali jua tasbih terbang menjadi penghalang. Alisha akan terus melarikan diri dari lelaki misteri tersebut sehinggalah dia sampai ke suatu pintu yang bercahaya terang dan dia segera masuk ke dalamnya. Selepas masuk ke dalam barulah dia merasa selamat kerana keajaiban tempat itu adalah orang yang diluar tidak berupaya untuk melihat orang didalam seolah-olah ‘hijabnya’ ditutup. Alisha akan dapat melihat susuk tubuh lelaki misteri itu dengan lebih jelas. Lelaki itu akan berlegar-legar buat seketika. Dia akan pergi dalam beberapa ketika. Selepas itu barulah Alisha akan keluar dan berjalan pulang.
Abang Kimi mengangguk-angguk perlahan mendengar cerita dari Alisha. Ida juga memberikan reaksi yang hampir serupa seperti suaminya.
“Mungkin Sha berkhayal agaknya…” jelas ibunya.
“Tak tahu lah Ibu…Mungkin juga…” balas Alisha semula.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar