Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan
Berlawan Dengan Syaitan
Shah Iskandar
5/9/2019 15:04:39
1,202
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 19
Lelaki-lelaki yang berlari masuk ke dalam hutan kecil tersebut setelah bertempur dengan Shah Iskandar dan ayahnya berkumpul di suatu kawasan lapang di sebelah anak sungai. Mereka kelihatan cemas dan masih lagi memandang keadaan sekeliling. Pemandu kereta hitam mengumpulkan mereka semua dan memberikan arahan baru kepada ahli-ahli kumpulan. Setelah kesemua mereka berjaya dikumpulkan, mereka mengambil keputusan untuk patah balik ke tempat tadi dan mengambil rakan-rakan mereka yang ditinggalkan akibat tewas dalam pertempuran tersebut.
Hujan semakin lebat mencurah-curah dari langit. Mereka berjalan semakin pantas menuju ke kawasan tadi. Kelihatan cahaya kilat berkilauan sejenak di angkasa diikuti dengan bunyi dentuman guruh yang kuat di kawasan mereka sedang berjalan. Tiba-tiba kilat memancar dan memanah sebuah pokok menyebabkan dahan pokok berkenaan patah dan jatuh ke bawah. Lelaki-lelaki berkenaan bertempiaran lari apabila dahan pokok itu jatuh menjunam ke arah mereka dari atas. Kedengaran bunyi benda jatuh ke tanah di celah-celah dahan pokok yang tumbuh merimbun di dalam hutan kecil ini. Suasana menjadi agak bising dengan kejadian tersebut.
Setelah keadaan kembali tenang dengan hanya bunyi hujan yang mencurah-curah, mereka semua meneruskan perjalanan ke lokasi tadi.
Dalam masa 20 minit mereka sampai ke kawasan berkenaan semula. Mereka memerhatikan keadaan sekeliling. Hujan semakin lebat menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk melihat dengan jelas kawasan berkenaan. Mereka mula mencari rakan mereka. Pemandu kereta hitam dan van hitam berlari-lari anak menuju ke kenderaan mereka dihujung simpang.
Ahli-ahli kumpulan yang lain berusaha mengangkat rakan mereka yang masih tidak sedarkan diri. Mereka mengusung mereka ke arah kenderaan mereka.
Dalam waktu yang sama, kereta hitam dan van hitam sudah bergerak menuju ke arah kumpulan lelaki-lelaki berkenaan. Kenderaan diberhentikan bagi membawa masuk rakan-rakan yang cedera. Kemudian mereka semua menaiki kenderaan-kenderaan tersebut dan bergerak meninggalkan kawasan itu.
Tiada sebarang kata-kata didengari didalam kenderaan masing-masing. Semua diam membisu.
Masing-masing sedar akan kesan kegagalan tugasan mereka pada malam ini.
Kenderaan mereka meluncur laju meredah hujan lebat menuju ke lokasi kumpulan mereka.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar