Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan
Berlawan Dengan Syaitan
Shah Iskandar
5/9/2019 15:04:39
1,210
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 18
Azim Dato’ Ramli terkebil-kebil memandang gelagat seorang lelaki yang begitu berlagak bercakap dengannya sekarang. Lelaki berkenaan menolak badan Azim dengan jarinya. Bising sungguh dia sambil memaki-hamun Azim tanpa rasa malu. Sekejap tangannya menunjuk-nunjuk kereta Azim yang diparkir menghalang laluan keretanya hendak keluar. Lelaki berkenaan terus membuat provokasi terhadap Azim sehingga keadaan menjadi agak kecoh di kawasan meletak kenderaan tersebut.
Azim hanya mendiamkan dirinya diperlakukan sedemikian rupa. Dia masih bersabar dan masih tidak menunjukan sebarang perasaan diwajahnya. Dia hanya merenung dan memerhatikan sahaja. Kemudian datang 2 orang lelaki yang tidak dikenali ke lokasi Azim dan lelaki berbadan sasa itu bertengkar. Mereka memanggil Azim dengan panggilan ‘Bos’. Namun Azim hanya memberi isyarat kepada kedua orangnya agar bertenang seketika.
Mereka bertiga kini menghadap lelaki mengamuk itu dengan pandangan tidak puas hati.
Tiba-tiba lelaki sasa berkenaan cuba untuk menyerang Azim dengan melepaskan tumbukan ke arah mukanya tetapi 2 orang lelaki tadi segera memegang tangan lelaki sasa berkenaan. Kemudian datang lagi 3 orang lelaki yang tidak dikenali memberi bantuan kepada 2 orang lelaki tadi. Mereka membelasah lelaki sasa berkenaan sehingga tidak bermaya. Kemudian dengan isyarat tangan Azim tadi, mereka membawa lelaki berkenaan ke dalam sebuah van hitam yang ada berdekatan disitu. Van hitam meluncur laju keluar dari kawasan tempat letak kereta tersebut diikuti oleh sebuah Mercedes hitam yang di pandu oleh Azim Dato’ Ramli.
Kenderaan berkenaan masuk ke jalan Highway dan menuju ke suatu lokasi yang tidak diketahui.
Keadaan sudah menjelang petang sebelum kedua-dua kenderaan tersebut keluar dari jalan Highway menggunakan jalan dalam ke lokasi rahsia mereka. Lelaki sasa berkenaan terus dipukul dan dibelasah semahu-mahunya oleh lelaki-lelaki yang berada didalam Van Hitam tersebut.
Kenderaan-kenderaan tersebut akhirnya membelok ke suatu simpang yang agak sunyi sebelum menuju ke sebuah kilang usang disebuah kawasan terbiar dipinggir kota.
Lelaki sasa berkenaan yang berlumuran darah dimuka dan kepala diheret keluar dari kenderaan dan dibawa masuk ke dalam kilang berkenaan. Lelaki berkenaan di bawa menghadap Azim yang sedang menghidupkan api rokoknya di tengah-tengah bahagian kilang berkenaan. Dia dicampak ke hadapan Azim yang memandangnya dengan wajah penuh kebencian. Azim menghembuskan asap rokoknya perlahan-lahan. Dia menghampiri lelaki berkenaan. Lelaki berkenaan mengangkat kepalanya untuk memandang Azim dengan wajah penuh simpati. Azim bergerak ke sebelah kanan lelaki yang sedang menunjukkan permohonan maaf kepadanya. Tangan Azim memberi isyarat kepada salah seorang lelaki di situ agar mencampakkan sebatang besi yang bersandar di tepi dinding berkenaan berhampiran dengan bilik penyelenggaraan dikilang berkenaan. Lelaki tersebut mengambil besi berkenaan dan menghulurkan kepada Azim.
Dengan sekali hayun sahaja besi tersebut tepat mengenai muka lelaki yang sedang meniarap tersebut. Hidungnya berlaga dengan besi berkenaan menyebabkan luka besar dan jeritan yang kuat dari lelaki sasa berkenaan. Tulang hidungnya patah barangkali akibat hentakan kuat tersebut kerana lelaki berkenaan masih lagi memegang mukanya yang berlumuran darah itu. Dia berguling-guling di atas lantai.
Kemudian Azim mara mendekati lelaki berkenaan dan menghayunkan besi tersebut ke arah lutut lelaki berkenaan. Terdengar bunyi tulang yang pecah dan patah akibat pukulan tersebut. Lelaki berkenaan terduduk pula kini sambil memegang kepala lututnya yang berada didalam kesakitan yang amat sangat. Azim hanya memerhatikan sahaja dan masih lagi dalam keadaan yang sangat marah. Lelaki-lelaki lain yang merupakan orang-orang suruhan Azim hanya memerhatikan sahaja.
Satu lagi hayunan pantas dari Azim tepat dileher lelaki berkenaan menyebabkan dia menjerit kuat sebelum rebah ke sebelah kanannya. Azim menguis kakinya ke tubuh lelaki berkenaan. Dia mahu memastikan bahawa lelaki tersebut sudah pun menemui ajalnya. Dia melemparkan besi berkenaan dan mengarahkan orang-orangnya memeriksa lelaki berkenaan.
Ternyata setelah diperiksa, lelaki berkenaan sudah mati.
Azim tersenyum puas. Dia mengarahkan mayat lelaki berkenaan di masukkan ke dalam mesin penghancur daging dengan segera.
Orang-orangnya segera melaksanakan arahan tersebut. Mesin dihidupkan dan kedengaran bunyi bising di dalam kilang berkenaan. Lelaki tersebut di heret dan dicampak ke dalam mesin berkenaan yang sedang beroperasi. Dalam sekelip mata mayat berkenaan hancur digilis didalam mesin berkenaan. Darah terpercik dan dagingnya berkecai dimamah mata-mata tajam didalam mesin berkenaan.
Kemudian, Azim mengarahkan mesin tersebut ditutup dan orang-orangnya membersihkan mesin berkenaan tanpa meninggalkan apa-apa kesan yang boleh menggugat mereka kelak.
Azim berjalan keluar dari kilang dan menuju ke keretanya. Dia memandu laju keluar dari kawasan kilang berkenaan.
Azim mengambil telefonnya dan mendail nombor seseorang. Kedengaran panggilan disambungkan dan suara seorang lelaki menjawab panggilan tersebut.
"Ya?" jawab lelaki berkenaan.
"Kau dah uruskan anak bomoh tu?" soal Azim kepada lelaki berkenaan.
"Belum lagi tuan" balasnya kepada Azim.
"Kenapa tak selesaikan lagi arahan aku?", bentak Azim kepada lelaki berkenaan.
"Saya dah arahkan orang-orang kita tuan tetapi ada masalah kecil sedikit. Malam ni kita akan selesaikan tuan" terketar-ketar lelaki tersebut menjawab soalan dari Azim.
"Buat kerja pun lembap! Benda kecik macam ni pun kau tak boleh uruskan dengan pantas. Jangan sampai aku suruh orang lain buat, faham!" jerit Azim kepada lelaki berkenaan.
"Faham tuan. Saya akan pastikan semuanya selesai malam ni!" janji lelaki berkenaan.
Azim menamatkan panggilan berkenaan.
Azim sangat berdendam dengan Shah Iskandar kerana beliau merupakan pak cik kepada bekas kekasihnya, Alisha. Shah Iskandar bersua muka dengannya di pejabatnya sambil memberikan amaran agar tidak mengganggu Alisha lagi setelah mereka putus hubungan. Barangkali Alisha mengadu perihal ugutan-ugutan yang dikenakan olehnya selepas mereka berpisah.
Azim memasang radio didalam keretanya dan terus memandu menuju ke rumahnya. Tadi dia menerima pesanan ringkas dari Dato’ Ramli agar segera pulang ke rumah kerana terdapat perkara penting yang ingin dibincangkan oleh ayahnya.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar