Home Novel Seram/Misteri Berlawan Dengan Syaitan
Berlawan Dengan Syaitan
Shah Iskandar
5/9/2019 15:04:39
1,199
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 20
Shah Iskandar dan abah tidak bercakap langsung didalam kereta. Dalam jarak 100 meter mereka sudah dapat melihat rumah abang Kimi dihadapan mereka. Shah Iskandar terus memandu dengan agak berhati-hati kerana cuaca yang tidak begitu baik pada waktu ini. Hujan semakin mencurah-curah. Kilat sabung-menyabung menyebabkan keadaan sekeliling sekejap gelap, sekejap terang dengan cahaya yang memancar dari langit.
Shah Iskandar memberhentikan kenderaan dihadapan rumah. Lampu dipadamkan. Kelihatan pintu depan rumah dibuka dan abang Kimi keluar dengan membawa payung menuju ke arah mereka.
Shah Iskandar keluar dari kereta sambil dipayung oleh abang Kimi. Kemudian mereka bergerak ke arah pintu sebelah lagi untuk membekalkan payung kepada abah. Mereka bertiga bergerak perlahan-lahan dengan menggunakan payung untuk menuju ke pintu masuk rumah. Setelah sampai dimuka pintu, payung ditutup dan diletakkan ditempat meletak payung ditepi pintu. Mereka masuk kedalam dan abang Kimi menjemput bapa saudara dan anaknya untuk duduk diruang tamu. Pintu ditutup. Abah menegur Ida dan Alisha yang sedang menunggu di ruang tamu tersebut. Kedua-duanya tersenyum memandang abah. Kemudian Shah Iskandar turut serta dan juga abang Kimi. Mereka bersalaman.
Shah Iskandar dan abah memohon untuk menggunakan bilik air kerana pakaian mereka yang agar kotor akibat pertempuran tadi.
Abang Kimi mengarahkan agar mereka naik ke atas dan menggunakan bilik kedua disebelah kanan berhampiran tangga. Mereka berdua bergegas naik ke atas untuk membersihkan diri.
Abang Kimi kembali ke ruang tamu.
“Kenapa pakcik abang nampak macam baru lepas bergaduh?” soal Ida.
“Abang pun rasa macam tu. Tapi takpa, kita tunggu pakcik selesai membersihkan diri dulu. Nanti bila dia dah turun kita boleh tanya terus..” jelas abang Kimi.
“Ya lah ayah. Alisha tengok pakcik Shah pun keadaan dia sama macam atuk” tambah Alisha pula.
“Ya Sha. Ayah pun nak tahu apa sebenarnya yang terjadi sebelum mereka sampai ke rumah kita..” balas abang Kimi.
“Sha tak mengantuk ke? Kalau Sha mengantuk, Sha pergilah tidur dulu” gesa ayahnya.
“Sha dah hilang mengantuk ayah. Lagipun Sha takut nak tidur balik. Sha takut mimpi lagi macam sebelum-sebelum ini” balas Alisha.
“Bukan ke atuk dah ajar apa nak buat sebelum tidur Sha?” ibunya berkata kepada Alisha.
“Ya ibu, Sha tau” pendek jawapan Sha kepada ibunya.
Kelihatan Shah Iskandar dan abahnya menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu. Mereka berdua sudah kelihatan bersih dan kemas berbanding ketika mula-mula sampai tadi.
“Cu, silala duduk dulu” gesa abang Kimi. Ida segera bangun dan diikuti dengan Alisha menuju ke dapur. Abah segera menegur mereka berdua.
“Eh..ida…Sha…tak payah susah-susah. Mari duduk sini..” ucap abah.
“Takpa Ucu. Tetamu datang ke rumah. Kita mesti layan baik-baik. Tak baik kalau tak jamu apa-apa.” balas Ida pula sambil terus berjalan bersama anaknya. Abah hanya tersenyum. Aku pula hanya mengangkat bahuku tanda tiada apa yang aku boleh buat untuk melarang mereka dari menyediakan makanan atau minuman untuk kami. Lagipun, memang aku rasa lapar.
“Terima kasih Cu sebab datang juga ke rumah saya. Cuaca tak begitu baik. Tapi Alhamdulillah, selamat sampai” ucap abang Kimi dengan penuh ikhlas.
“Alhamdulillah Kimi, Cu ingat tak sampai tadi ke rumah Kimi. Maklumlah, banyak betul dugaan dan cabaran yang Cu kena hadapi untuk datang ke sini. Nasib baik ada si Shah ni.” terang Abah.
Abang Kimi tersenyum memandang Shah Iskandar.
“Untung ada Shah. Terima kasih abang ucapkan kerana membawa Cu ke rumah abang” puji abang Kimi.
“Takde apa la abang. Saya tanya abah boleh ke datang umah abang, dia cakap okay, saya pun bawalah dia datang sini. Maklumlah, kita tak mahu masalah lain pula menganggu keluarga abang” terang aku kepada abang Kimi.
Abang Kimi mengangguk-anggukan kepala tanda bersetuju dengan pendapatku.
Aku menghulurkan sebuah ‘envelope’ ke tangan abang Kimi. Envelope ni aku jumpa lepas balik dari rumah dia tempoh hari.
“Eh..apa ni? “ tanya abang Kimi.
“’Envelope’ abang ni. Hari tu kan abang ‘buh’ dalam poket saya..” terang aku semula.
“Janganlah bagi abang balik. Abang ikhlas ni bagi. Tiada cara lain yang abang nampak nak ucap terima kasih atas bantuan Shah dan Ucu kerana membantu Alisha hari tu” terang abang Kimi yang tiba-tiba berasa sebak.
Aku memandang muka abah. Abah hanya mengigit bibirnya sahaja bila aku memberi isyarat untuk tindakan seterusnya. ‘Envelope’ ini aku dah tunjuk dengan abah sebelum ini. Di dalamnya ada cek bernilai RM10,000.00 atas nama aku. Aku berat hendak menerimanya kerana amaunnya terlalu besar. Aku berbincang dengan abah dengan kata putus untuk memasukkan duit berkenaan ke dalam akaunnya tetapi abah enggan menerima duit berkenaan. Dia menyuruh aku menyimpannya untuk tabung kecemasan.
“Tapi abang, banyak sangat ni duit yang abang bagi saya” jelas aku kepadanya.
“Betul tu Kimi..” tambah abah.
“Tak mengapa Ucu…Shah..ikhlas dari saya sebab saya tak tahu macam mana nak balas budi Ucu dengan Shah” balas abang Kimi yang masih cuba menahan sedih dihatinya.
Aku menarik semula tanganku yang memegang envelope berkenaan. Aku menyimpanya semula ke dalam beg.
“Baiklah abang. Saya terima duit ni atas kehendak abang yang bersungguh-sungguh nak balas bantuan yang saya dan abah berikan kepada Alisha.” balasku pendek sambil memandang ke arah abah.
“Kimi…” panggil abah kepada abang Kimi.
Abang Kimi mengangkat mukanya kembali. Ada riak gembira diwajahnya selepas aku bersetuju untuk menerima pemberiannya itu.
“Ya Cu..” jawabnya.
“Ucu nak tanya pasal gangguan yang Alisha hadapi baru-baru ni” soal abah kepada abang Kimi.
Kelihatan Ida dan Alisha membawa dulang berisi makanan dan minuman ke arah mereka semua.
Abang Kimi bersandar seketika di sofa rumahnya. Dia membetulkan cermin matanya.
“Ya Cu…gangguan tu memang menakutkan Alisha. Nanti Ucu tanya terus dengan dia lebih baik” jawab abang Kimi.
Perut aku berkeroncong sebaik sahaja menghidu bau makanan mee goreng yang dibawa oleh ibu Alisha.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Shah Iskandar