Home Novel Seram/Misteri Gadis Yang Hilang
Gadis Yang Hilang
Amaryllis Dahlias
22/6/2019 01:39:18
13,514
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
1
2
3
4
5
3

Tak tahu nak buat apa lagi. Nak bukapintu atau nak tunggu dalam rumah yang gelap gelita..Aku terus azan sekuat-kuathati aku.


BAM..BAM BAM!!! 

Pintu diketuk kuat.

“Aliff!! Bukak pintu ni!!”

Suara siapakah..aku dalam dilemma…

Akhirnya aku nekad dan bingkas bangununtuk membuka pintu.

Hampir sahaja aku melanggarmanusia-manusia yang tercegat di depan pintu. Sungguh aku keliru.

“Aliff.. kau okay?”

“Korang yang ketuk pintu aku macam nak pecah tadi?”

Mereka berdua berpandangan.  Shukri dan Ariff. Jiran di rumah sewa sebelah.

“Yeah kita orang dengar kau tutuppintu macam nak pecah..” jawab Ariff yang sedikit tambun.

“Tadi aku rasa sunyi sepi block ni..”aku mengadu. “Biasanya tak macam ni..”

“Ha ah… betul sangat. Sejak semalam macam kena langgar garuda. Kau okay ke tak ni..pucat lesi muka kau…”Shukri memandang aku seperti mahu tembus.

Aku masih tidak dapat memahami apa yang berlaku sebentar tadi. Apakah semuanya imaginasiku yang ketakutan atau memang ada suara meminta tolong..

“Eh jom masuk dulu aku tak tahu apacerita kat sini. Aku..aku baru sampai sini..”

“Apasal rumah kau gelap?” Ariff mengintai ruang di belakangku.

“Mentol terbakar mungkin. Aku pun tak tahu.”

“Jom pergi lepak rumah kita orang.Buat apa duduk dalam gelap,” Shukri mengajak.

Umpama pucuk dicita ulam mendatang.Dengan tangkas aku mengangkat beg sandangku dan mengunci pintu.

“Kes jiran sebelah kiri kau yang hilang tu..kau tak tahu langsung ke?” Shukri bertanya sambil kami melangkah kearah pintu rumahnya.

“Aku memang sibuk sangat semalam. Aku tidor kat makmal. Nak siapkan tugas.”

“Hmm.. entahlah tak tahu nak terangkan.Tapi gadis sebelah rumah kau tu dengarnya hilang tiba-tiba, tak tahu pergi mana. Teman serumahnya dah buat laporan polis,” panjang lebar Ariff bercerita.

Aku mendengar penuh perhatian.

Perasaan seram kembali timbul tapisebab ada orang lain dan keadaan terang benderang, aku mampu menyimpannya.

“Kita kena jawap dengan  polis apa-apakah pasal dia hilang?”tanyakuteringat usikan Piranha.

“Buat apa. Kita bukan ada kaitan,”kata Ariff.

“Tapi dia kan jiran kita..”

“Tapi dia hilang kat mana pun orang tak tahu,” kata Shukri pula.

“Housemate dia?”

“Ada tiga orang.. awek semua.. tapi.Semua tak tahu.. kata mereka, dia dalam bilik sebelum hilang tu. Dia orang semua tak ada di rumah…” jelas Ariff.

“Mana tahu dia dalam bilik?”

“Ada kawan lain dok wasap dengan dia.. dia cakap dia dalam bilik kat rumah sini..”

“Habis tu?”

“Habis tu dah seharian tak ada orang dapat hubungi dia..”

“Apa yang peliknya… aku ni kadang kala berhari orang tak contact kalau aku ada kerja..”

“Ehh dia kan ada kat rumah, tapi lepas tu bila house mate dia balik dia orang kata dia tak ada kat bilik pun..”

“Mungkin dia kelentong..dia kat tempat lain, dia cakap dia kat bilik..”

“Ada dia send gambar masa dia chat dengan kawan dia tu.. tapi lepas daripada tu dia tak dapat dihubungi.”

“Hmm… pelik..tapi aku penat sangat ni.. boleh aku tumpang tidor kat rumah korang tak.” Pintaku memberi alasan. Tak mungkin aku dapat tidur nyenyak dalam rumah yang gelap gelita seorang diri. Kejadian sebentar tadi masih berlegar dalam fikiranku. Persoalannya suara siapa yang memanggil aku untukminta bantuan itu. 

Previous: 2
Next: 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amaryllis Dahlias