Home Novel Seram/Misteri RUMAH AGAM JALAN LAMA
RUMAH AGAM JALAN LAMA
Pemburu Malam
19/11/2017 19:15:39
32,627
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 10

      SETELAH Pak Rul bergerak menjauhi perigi buta itu, Ayna dengan terjengket- jengket menghampirinya.Hari pula makin lewat petang.Burung - burung yang bertenggek pada pohon berdekatan,  riuh berkicau tatkala Ayna semakin menghampiri perigi  berkenaan.

      Rasa merinding pula tiba- tiba hadir pabila perigi itu semakin dia hampir.Fifi yang sedang melayan perasaan di balkoni perasan akan sesuatu.' Apa Ayna buat kat perigi tu ? ' Desis hatinya pelik.Earphone ditanggalkan.Dia cuba memicingkan penglihatannya.

      Jenuh dia berpusing pada keliling perigi berkenaan, namun tidak kelihatan apa- apa yang pelik.Apa yang membuatkannya istimewa di mata lelaki tua itu ? Sampaikan dia selalu ternampak lelaki tua bercakap seorang dihadapan perigi buta berkenaan ? 

      Beberapa helai daun kelapa kering yang menutupi perigi itu dia cuba alihkan.Fifi makin tajam merenung setiap pergerakan sahabatnya itu.Tiba- tiba, entah dirasuk apa matanya terjegil .Dia cuba memanjat balkoni berkenaan seolah mahu menuruninya.

      Matanya yang liar memandang sekeliling semasa dia mengalih pelepah kelapa kering itu." Ya, Allah Fifi !!!," laungnya .Pelepah diletakkan kembali dia berlari ke arah Fifi yang bergayutan di palang balkoni.Pelepah kelapa yang satu lagi dia terlupa untuk letakkannya kembali ke tempat asal.

      " Ayna! Tolong aku ! " Laung Fifi kuat , tangannya masih lagi kuat mengenggam palang balkoni.Kakinya tergawang- gawang." Ya, Allah ! ," jerit Pak Rul pula terhenjot- henjot cuba mempercepatkan langkah kakinya.Kaki yang luka makin sakit .

     " Pak Rul ! Tolong pakcik...

! ," laung Ayna gelisah.Siapa tak cuak dalam keadaan genting.Tetapi , Ayna terfikir seketika apa yang mampu lelaki tua itu lakukan ? Sedangkan fizikalnya ? 

      Pak Rul nampak ' dia' yang menyeringai melihat gadis itu tergapai- gapai.Mulutnya terkumat- kamit membaca sesuatu.Tiada daya lagi untuk jemarinya mencengkam, akhirnya dia terpaksa akur andai ajal telah tiba.

      Dengan pantas Ayna berlari ke arah gadis yang terjunam itu.Begitu juga dengan Pak Rul.Ayna cuba menangkap tubuh itu , walaupun dia tahu dia tiada daya .Fifi bukannya budak lagi.Tapi dia harus cuba ! Kerana dia bertanggungjawab menjaga keselamatan rakannya sepanjang menemaninya.

      Fifi terjatuh.Badannya menghempap Ayna.Ayna tersentak.Bertapa sakitnya tulang punggungnya tika itu.Dia mengaduh.Fifi juga terseliuh kakinya.Dia juga pelik bagaimana boleh dia tergayut pada palang berkenaan.Dia sendiri pun tidak sedar.

      Pak Rul cuba membantu keduanya walaupun dia sendiri pun tidak mampu untuk berbuat demikian." Kau kenapa Fi ? Dah tak sayang nyawa lagi ke ?," soal Ayna mendesah kesakitan.Fifi menoleh , dia berasa kasihan dengan sahabatnya itu tapi dia sendiri pun tidak sedar apa yang telah berlaku.Tetapi, tidak pada Pak Rul .Dia tahu ini ' kerja' siapa .

      " Babe, aku....Aku pun tak sedar ....Aku tak tahu macamana aku boleh bergayut pada palang itu , takkanlah aku sengaja nak cederakan diri aku ni ! Aku pelik....," luah Fifi berterus- terang .

     " Allahuakbar ! Allahuakbar !" Laungan azan bergema.Tirai senja kian berlabuh.Kedua- duanya cuba untuk bangun.Sakit yang mereka alami mereka cuba bertahan.

      Akhirnya mereka berdua saling berpapasan menapak ke arah pintu masuk rumah agam yang sepi itu.Begitu juga dengan Pak Rul.Tiba- tiba, matanya tertancap pada pelepah kering yang kaku tergeletak atas tanah tepi perigi itu.

      Dia berasa pelik .Adakah tadi dia lupa tutup ? Ayna ? Apa gadis itu buat tepi perigi  ? Apa yang sedang cuba dia  lakukan ? 

      Makin berderau darahnya tatkala baru sahaja ingin melangkah ke arah perigi berkenaan.Makhluk berpakaian serba putih compang- camping dan penuh dengan kesan darah itu muncul dari dalam perigi berkenaan.Dia menyeringai.

     Setelah Fifi dia hantarkan ke atas, Ayna kembali ke bawah semula .Ada sesuatu yang dia terlupa ambil .Dia terdengar suara orang berbual dari arah luar.Barang diambil lantas menapak ke arah pintu sambil menelinga.

     Halaman kosong hanya yang ada sebuah pohon rendang dan gelap senja .Ayna menapak ke arah tepi, dari sebalik dinding dia mengintai ke arah belakang dimana kawasan mempunyai satu perigi buta.   

     Hijabnya yang terbuka kini nampak ' sesuatu ' yang sedang terawang- awang atas perigi berkenaan.Pak Rul sedang berkomunikasi dengan ' dia '.

      Agak sukar untuk dia mendengar perbualan itu kerana dijampuk dengan suara cengkerik dan sang kodok yang cuba memanggil hujan.Kelihatan makhluk itu sedang menghalakan jari telunjuknya ke arah Pak Rul .

      Yang sebenarnya jari itu dihalakan pada Ayna .Pak Rul lantas berpaling.Kosong.Ayna memegang dadanya, dia sedar ' benda ' itu sedar akan kehadirannya.Ayna melangkah pantas untuk masuk ke kamarnya semula .Apatah lagi Fifi seorang dan hari makin ditelan gelap malam.

      Tiada sesiapa di situ.Lantas pintu ditutup dan di kunci .Pelbagai perkara pelik yang berlaku semenjak kemunculan anak- anak gadis itu.

       Dan dia juga kadang- kadang berasa pelik dengan tingkah lakunya.Lagaknya seolah dihipnotis oleh satu kuasa.Dia juga pernah cuba mahu terjun ke dalam perigi, hanya suara azan asar yang menyelamatkannya tika itu.Jika diselak pakaian yang selama ini melitupi tubuhnya kelihatan kesan birat, cakaran juga libasan.Pisau juga pernah dia toreh di lengan dan muka! Seperti mana yang pernah dia lakukan terhadap isterinya dulu.

       Fifi terjaga dari lenanya, dia pandang ke arah katil sisi kelihatan Ayna sedang bersila diatas katil.Mungkin sedang menyiapkan manuskripnya.Maklumlah mengejar dateline yang semakin hampir.

      Pejam celik hampir seminggu lebih mereka menginap dirumah yang penuh misteri ini.Memang tak dinafikan kedua ibu bapa mereka risau juga akan keselamatan mereka terutama sekali Puan Leeza.

      " Jauh termenung nampak ? Teringat buah hati ke ?," soal satu suara garau.Puan Leeza berpaling lantas tersenyum.Namun senyuman itu tidak menggambarkan keceriaan." Ayna, sejak kebelakangan  ni, jarang pula dia call ," desah wanita itu." Dia sibuklah tu ....Janganlah dok fikir bukan- bukan "

      " Mana saya tak risau bang, hampir saban malam lena saya terganggu dek mimpi itu.Mungkin mereka dalam bahaya.Lagi satu bang , saya selalu mimpi tentang seorang wanita ini.Wajahnya saling tak tumpah anak kita , " ujar Puan Leeza cuba mengingati sesuatu.

        " Yang, sudahlah tu.Mimpikan permainan tidur " ujar si suami lantas berlalu meninggalkan si isteri.Bukan dia tidak kenal isterinya itu , suka sangat berfikir bukan- bukan.Jika kerap kali diulang kata ia akan menjadi satu doa.

          Puan Leeza mencebikkan bibirnya tanda tidak berpuas hati dengan sikap tidak ambil berat suaminya itu.Ayna sahajalah anak perempuan mereka.Manakala di London itu , lelaki.

          Ayna yang terjegil matanya mengekori langkah sahabatnya itu.Fifi yang menonong langkahnya hampir - hampir mahu melanggar Ayna yang sedang membawa tin biskut.

         " Aik, bila masa kau turun ? Bukan ke kau tadi tengah mengarang ? Kau turun dari tangga mana pula ?," bertubi- tubi soalan keluar dari mulut Fifi yang benar- benar terperanjat .Berderau darahnya kini.

           Berkerut- kerut dahi gadis yang sedang mengunyah biskut itu pabila mendengar penjelasan itu.Dia lagilah pelik , sedangkan dia baru sahaja mahu naik ke tingkat atas.

           " Babe, slow slow babe.Aku baru nak naik lah.Dari tadi aku memang kat bawah .Aku tengok kau begitu lena sekali so, aku malaslah nak kejut temankan aku makan maggi didapur.See, aku tapau sekali ," ujar Ayna sambil menayangkan tin biskut jenama Julies.

          " Ta.....Tapi...Serius babe aku nampak kau bersila atas katil.Aku ingatkan kau sedang mengarang.Ya Allah jadi ' siapa ' dalam bilik tu ?," soal Fifi mulai menggeletar.Ayna juga mulai cuak namun dia tetap steady.

         " Tenang babe..Tenang.Jom kita tengok ' siapa ' itu ? ," ajak Ayna menarik tangan gadis yang sudah pun berpeluh itu.

           Kedua- duanya menaiki tangga dalam keadaan ketakutan.Terutama sekali Fifi.Gadis itu semakin tiada hati untuk berlama di rumah itu lagi.Demi erti persahabatan, dia terpaksa akur.Lagipun minyak kereta juga masih lagi belum diisi .Stesyen berdekatan juga agak jauh .

          Agak menggeletar tangan Ayna memulas tombol pintu.Dengan lafaz bismillah dia membuka pintu tersebut.Gelap, hitam pekat .Kosong .Tiada sesiapa pun yang duduk diatas katil Ayna.

         " Ayna !!!," laung satu suara dari arah belakang.Ayna berpaling.Bulat matanya memandang ke arah itu.Gadis itu ! Jadi siapa pula dengannya kini ?

         " Ka....Kau....Kau bercakap dengan siapa tu ?," soal Fifi berubah mukanya.Ketar lututnya .Tiba- tiba sahaja pundi kencingnya rasa penuh dan mahu membuang.

         Perlahan- lahan dia berpaling ke sisi.Jari yang dia terasa sejuk itu kini kian hilang.Bayangan ' seseorang' berpakaian serba- putih dan berambut panjang sedang menyeringai ke arahnya.

        " Allahuakbar !!," laungnya dan terdorong ke belakang.Terduduk , tersandar ke dinding berdekatan bilik rahsia itu.Kedua- duanya kelu lidah hanya mata mereka sahaja mengikuti bayangan wanita itu yang melayang dan terus meresap ke pintu kamar rahsia itu.

         Berulang kali istigfar terbit dari mulutnya.Manakala, Fifi tergamam lantas rebah ke lantai.Pak Rul yang dirasuk ' sesuatu' itu tersenyum tatkala mendengar jeritan mereka berdua.

        Setelah meletakkan Fifi diatas tilam, Ayna juga menarik selimut yang sama.Keduanya berada di dalam satu selimut kini.Jika terlampau kerap ' terlihat' dek keistimewaan deria keenamnya membuatkan dia berasa tak selesa juga.Apatah lagi tiap kali wajah - wajah ngeri yang selalu dia lihat ! Mahu pengsan juga .


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.