Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
Julia Basri hassan basri
15/5/2015 23:43:43
216,702
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 3
BAB 3

Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.

Inilah pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini. Sangkaannya jauh sekali meleset dengan apa yang pernah di dengarinya sebelum ini. Acapkali media elektronik dan media cetak di negaranya memperlekeh dan memperkecilkan negara ini. Negara mundur, kurang serba-serbi. Semuanya kata-kata berbaur prejudis. Namun sebaik sahaja kakinya terjejak ke sini, semua pojokan sinis tersebut terbang jauh melayang-layang. Lapangan terbang yang moden, bangunan pencakar langit yang tinggi menjulang awan. Hebat. Gah. Setanding dengan bumi kelahirannya, Sepanyol. Memang wajarlah berita yang tersiar di media cetak dan elektronik di negaranya selalu di ragui kesahihannya. Menipu aje kerjanya. Sebijik macam aku, getus Robo dalam hati sambil tersengih-sengih.

“Apa sengih-sengih ni, bos? Ni mesti jumpa dengan pramugari cun-melecun kat atas flight tadi, kan?” jerkah Togo. Robo tersentak. Kepala Togo segera di tunjal kasar.

“Sakitlah, bos!” teriak Togo sambil menggosok-gosok kepala.

“Rasakan! Buat lagi lawak bodoh! Serius sikit lain kali. Kita ada misi penting, faham? Jadi bagaimana? Semua maklumat dah ada ke?”

“Beres, bos. Semuanya dah ada. Lengkap. Terkini. Hebat lagi sensasi,” pojok Togo sambil tersengih-sengih. Terserlah sebarisan giginya yang kekuningan.

Robo mencemik. “Kau jangan nak tabur janji manis sangat. Cakap aje lebih tapi satu apa hasil pun tak nampak, buat apa? Aku nakkan hasil, faham tak? Hasil! Hasil! Bukan propa semata-mata.”

Togo dah senyum kambing. “Jangan risaulah, bos. Gerenti semuanya akan berhasil nanti. Sebagai permulaan, saya akan nyanyikan lagu janji manismu dendangan Aisyah untuk bos, ya. Oh dunia ini, penuh kepalsuan, oh mungkinkah tiada keikhlasan...apakah ini, suatu pembalasan...”

KECEPUK!!! Sekali lagi kepala Togo di tunjal. Kali ini lebih keras. “Aku tengah serius, kau boleh main-main pulak, ya? Kau jangan uji tahap kesabaran aku, Togo!” herdik Robo. Wajahnya masam mencuka.

Togo telan liur. Alamak! Naik anginlah pulak bosnya ni. Ligat otak Togo memikirkan ayat-ayat yang harus di lemparkan untuk meredakan kemarahan Robo.

“Err...jangan marah, bos. Saya gurau aje. Takkanlah nak gurau pun tak boleh? Sekali-sekala kita kena release tension gak, kan?”

“Masalahnya aku tak release tension pun, tapi tambah tension lagi adalah!” jerkah Robo lagi.

Togo telan liur. Di kala ini tiada gunanya dia cuba meredakan kemarahan Robo. Silap-silap dia pula yang kena nanti.

“Ok...ok...saya minta maaf. Sekarang ni kita fokus pasal kerja. Jom saya kenalkan bos dengan bos besar saya. Dia akan terangkan semuanya pada bos nanti. Silakan.”

Togo sudah menala langkah ke arah sesusuk tubuh yang sedang elok duduk menyandar di kerusi sambil menyelak-nyelak suratkhabar. Pantas Robo membontotinya dari belakang.

Big Boss, kenalkan. Inilah Robo, penjejak harta karun yang terkenal di seantero dunia,” ungkap Togo sebaik sahaja mereka berdua berada betul-betul di hadapan lelaki yang bergelar Big Boss itu. Robo terjenguk-jenguk. Cuba melihat setiap ruang inci wajah lelaki itu. Kalau-kalau pernah terserempak sebelum ini. Namun Robo gagal mencerap. Spek mata hitam dan topi yang menutupi separuh dari wajah berjaya melindungi lelaki itu dari di kenalpasti.

Suratkhabar di tangan segera di letak ke tepi. Mata tajam meneliti ke setiap inci. Rupa, boleh tahan gensternya. Pakaian, kemas lagi bergaya. Memang berkaliber. Boleh di percayai, getus Big Boss dalam hati.

Tangan di hulur. Jemari sasa Robo di raup kemas. “Jadi inilah Robo. Salam perkenalan. Kita tak pernah berkerjasama sebelum ini namun itu bukan bermakna kita tak boleh bekerjasama, kan? Aku harap kau boleh jayakan misi kita ni sebaik-baiknya,” ujar Big Boss sambil tersenyum lebar.

“Kalau cukup segala maklumat dan peralatan, aku jamin misi ini takkan gagal. Tapi kalau cukuplah. Kalau tak cukup, rasanya korang semua tahu sendiri jawapannya, kan?” sinis Robo menempelak.

Pedih. Tepat ke sasaran. Togo dan Big Boss saling berpandangan. Mereka sedar bukan calang-calang orang yang berhadapan dengan mereka kini. Seorang lelaki yang kejam, penuh muslihat dan berhati kering. Namun mereka tiada pilihan. Robolah pilihan terbaik untuk melaksanakan misi ini.

“Baiklah. Aku akan cuba salurkan segala yang termampu untuk kau. Tapi pastikan apa-apa jua tindakan yang akan kau ambil nanti tidak bersangkut-paut dengan pihak berkuasa di sini. Apa jua cara kau sekalipun, aku tak nak ambil tahu. Cuma satu aje. Make it smooth and silence. Tiada kompromi. Jangan sampai kau tertangkap di tangan pihak berkuasa pulak.”

Ledakan tawa sudah tercetus di bibir Robo. Kuat. Berdekah-dekah sehinggakan puluhan manusia yang lalu-lalang di sekeliling mula mencuri pandang ke arah mereka.

“Kau tak kenal aku lagi. Ya, lupa pula ini kali pertama kita berurusan. Setakat ni belum pernah lagi mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara sekalipun berjaya berkas aku, tau? Kau tunggu ajelah nanti!”

Big boss bingkas bangkit. “Baik! Aku pegang kata-kata kau. Aku tunggu berita baik dari kau!” Tangkas kakinya melangkah. Tidak betah dia berlama-lama di situ. Bimbang kehadirannya di situ dapat di hidu dek pandangan masyarakat. Buruk padahnya nanti!

Sesusuk tubuh gempal yang sedang berlari-lari anak terus sahaja menerpa ke ruangan mata Qisya. Macam pernah di lihat tapi di mana agaknya? Kepala dah tercangak-cangak. Cuba menjejak ke mana arah susuk tubuh itu pergi.

“Qisya! Dengar tak apa yang saya cakap ni? Haish dia ni! Berbuih mulut kita membebel dari tadi, dia boleh buat bodoh aje!”

Qisya tersentak. Wajah kelat Arish segera tunak di mata. Habislah! Sepatah haram pun kata-kata Arish sebentar tadi langsung tidak lekat di gegendang telinganya.

Qisya dah garu kepala sambil pamer senyum senget. “Err...sori tak berapa dengar tadi. Boleh tak awak ulang balik?”

“Hello! Ingat saya ni Ipod Nano ke? Boleh putar, ulang sesuka rasa? Lain kali kalau saya tengah cakap, pasang telinga tu lebar-lebar! Jangan asyik nak berangan aje!”

Pedih hati Qisya. Ikutkan hati mahu juga di sumbatnya mulut bisa Arish dengan terompah Jepun. Biar berbuih mulut cabul tu. Tapi hasrat itu sekadar berkumandang dalam hati. Nak buat, mana berani!

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.