Home Novel Komedi/Romantik Komedi YANG MANA SATU NI?
Bab 13 ~ The Inheritor

PAK Hussin, pemandu Tan Sri Azizan sesekali mengerling cermin pandang belakang. Anak sulong Tan Sri Azizan ini tidak berapa ramah orangnya. Semenjak dijemput dari airport tadi dia tidak bersuara langsung. Anak kecilnya yang di ribaan nampak terus tertidur dek kepenatan barangkali. Tidak sempat pun mereka hendak berkenalan.

Najmi yang menyandarkan kepalanya itu sengaja memejamkan mata tidak mahu nanti ditanya bermacam cerita. Penat sudah dia memikirkan jalan penyelesaian tentang rumahtangga yang dibina dari pilihan hatinya. Akhirnya dia mengalah dan menerima permintaan ayahnya untuk pulang mengurus syarikat mereka. Kejadian terakhir itu memang membuat dia hilang sabar.

“How dare you!” jerit Christine yang menahan perit kesakitan.

Satu penampar sulong hinggap di pipi Christine satu malam bila anaknya dengan tidak sengaja telah memecahkan pasu yang dibeli oleh Christine semasa percutiannya ke Beijing. Mujur Najmi ada di rumah waktu itu dan melihat bagaimana Christine telah memaki hamun anaknya sendiri sambil memukul teruk si kecil itu.

Christine kemudian meluru untuk memukul lagi si kecil. Najmi cepat merangkul anaknya dan membawanya keluar dari rumah itu untuk mendapatkan rawatan. Christine kemudian disabit kesalahan kerana mendera anaknya dan Najmi yang sudah lama menahan sabar itu akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah. 

Sebab itulah setelah mendapat tahu Najmi sudah berpisah dengan isterinya itu, Tan Sri Azizan dengan segera mengarahkan anaknya itu agar pulang ke tanahair untuk menguruskan syarikat yang memang sedang amat memerlukan tenaganya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh