SEUSAI menunaikan solat subuh, aku terus sahaja menghabiskan rutin harianku yang diberikan oleh ibu. Rutin wajib yang aku lakukan ialah membasuh pakaian, menyidai pakaian dan mengemas rumah. Tugas memasak aku tak perlu lakukan kerana ibu akan monopoli tugas itu.
Ting!
Telefonku yang berbunyi mengalihkan perhatianku dari terus menyapu sampah.
Assalamualaikum, Mie - Andrea.
Dahiku berkerut apabila membaca mesej yang dihantar oleh Andrea. Jarang Andrea mahu mesej aku pagi - pagi sebegini. Minah ni mimpi apa malam tadi sehinggakan tiba - tiba mesej aku?
Waalaikumusalam. Kenapa, Andrea? - You
Aku melabuhkan punggung di atas sofa sementara menunggu Andrea membalas mesejku.
Kau sibuk tak hari ni? - Andrea
Kau perli aku ke? Kau sendiri pun tahu kan, aku tak bekerja? Ada apa kau mesej aku pagi - pagi macam ni? Straight to the point, please? - You
Aku merengus geram.
Andrea sama sahaja seperti ibu. Ya, aku tahulah aku memang tak bekerja tetapi itu tak bermakna aku malas untuk melakukan kerja rumah. Aku cuma tak mahu bekerja kerana sudah banyak kali aku dibuang kerja kerana sikap salah faham aku.
Aku tak perli kau, babe. Aku cuma tanya kau sibuk tak hari ni. Mungkin, kau nak temankan ibu pergi pasar atau sebagainya, aku tak mahulah mengganggu. Jangan salah faham - Andrea
Aku tak sibuk. Kenapa? - You
Temankan aku pergi zoo, please? Nik bawa kawan cikgu dia temankan sekali. Aku tak mahulah rasa janggal seorang diri. Temankan aku - Andrea
Aku menjuihkan bibir.
Sudah dapat di agak rencana seorang Andrea.
Takkan aku nak biarkan Andrea segan seorang diri? Mahu atau tidak aku terpaksalah menemaninya juga.
Fine, aku temankan - You
Yeay, bersiap cepat. Aku datang ambil kau sekarang juga! Love you, Mie. Muah, muah! - Andrea
Aku tersengih sendiri.
Andrea… Andrea.
Cepat - cepat aku tutup telefon lantas aku menyudahkan tugasku yang tergendala tadi. Mujurlah tugas lain sudah selesai. Tak lah aku kelam kabut sangat.
+++
GUGUP pula aku sekarang ini. Aku sudahlah tidak pandai bergaul dengan remaja kerana aku dilahirkan sebagai anak tunggal dan aku hanya mempunyai ibu sahaja di sampingku. Andrea tak apa lah. Dia sudah ada anak buah yang berusia lima belas tahun. Jadi, dia lebih arif tentang remaja berbanding aku.
“Jom”. Andrea menarik tanganku untuk mendekati tiga orang lelaki yang menunggu di luar bas. Manakala, pelajar mereka sudah berada di dalam bas.
“Nik!”
Andrea melambai teruja ke arah Nik.
Aku nampak Nik tersenyum manis melihat tunangnya yang datang ke arah dia. Nik betul - betul cintakan Andrea.
Baguslah.
“Maaflah, lambat”. Ucap Andrea serba salah.
Nik tersenyum.
“Tak lambat pun. Kami baru aje melepak kat sini”. Bidas Nik lembut.
Andrea hela nafas lega.
“Oh ya, Rash dan Zach. Kenalkan. Ini, bakal isteri aku. Nurul Andrea. Kau boleh panggil dia, Mrs Nik atau Andrea”. Ujar Nik dalam nada nakal.
Wajah Andrea memerah.
Kedua - dua orang lelaki yamg dipanggil Zach dan Rash itu ketawa nakal juga.
Aku memerhatikan mereka berdua.
Seorang lelaki nampak sangat matang dan ceria. Manakala, seorang lagi kelihat lemah lembut dan seperti berdarah kacukan. Kalau Zahin nampak, tentu dia akan cuba untuk mengurat lelaki itu.
“Ini kawan dia, Amiera Natasha. Kau boleh panggil dia, Miera”. Ujar Nik.
Rash dan Zach mengukirkan senyuman nipis kepadaku.
“Selamat berkenalan”. Ucap mereka berdua serentak.
“Andrea, Amiera. Ini, Zach Hayyan dan ini pula, Firash Amril. Mereka berdua ni dah menjadi ayah orang pun”. Terang Nik.
Aku mengangguk faham.
Padanlah matang.
“Isteri Rash, cantik”. Sempat lagi Nik memuji.
“Awak pernah jumpa ke?” Soal Andrea hairan.
“Kita pernah terserempak dengan Rash dan isteri dia semasa keluar temu janji berdua. Takkan awak dah lupa?” Soal Nik
Bibir Andrea melopong.
Kenapa pula ni?
“Dia isteri kau ke?!” Soal Andrea teruja.
Rash ketawa.
“Ya”.
Kali ini, Andrea menjerit suka. Aku yang terkejut dibuatnya apabila dia menjadi sebegini rupa.
“Isteri kau cantik!”
Rash ketawa lagi.
Nik dan Zach tersengih.
“Marilah masuk. Nanti terlewat pula kita hendak pergi ke zoo”. Pelawa Zach sebaik sahaja dia masuk ke dalam bas.
“Jom”. Gamit Nik pula.
Aku dan Andrea mengikuti langkah mereka bertiga masuk ke dalam bas.
Aku mengambil tempat bersebelahan Andrea.
“Cantik sangat ke isteri Rash?” Soalku sebaik sahaja Andrea membetulkan kedudukannya.
Andrea mengangguk laju.
“Sangat - sangat cantik. Kulit dia putih merah. Bulu mata melentik. Hidung terletak elok dan bibir merah jambu dia yang nipis, buat dia betul - betul nampak cantik. Ada orang kata isteri dia tu berdarah kacukan. Sebab itu, dia cantik seperti bidadari”. Ujar Andrea penuh semangat.
Aku mengangguk perlahan.
“Kalau berdarah kacukan memang cantiklah”. Bidasku.
“Tapi, isteri Rash tu pemalu dan lembut. Saya tengok dia bawa anak dia memang nampak sangat - sangat loving. Pendek kata, mereka berdua memang sesuai berpasangan. Macam pinang dibelah dua!”
Aku tersenyum.
“Ada gambar dia?” Soalku pada Andrea.
Aku tiba - tiba teringin mahu melihat isteri Rash memandangkan Andrea beria memuji.
Andrea menggeleng.
“Aku tak sempat nak ambil gambar. Lagipun, Rash tak pernah upload gambar isteri dia dan anak dia kat media sosial”. Entah mengapa, bicara Andrea mengundang rasa kecewaku. Baru aje aku berminat mahu melihat gambar isteri Rash.
Tak ada rezeki, nampaknya.
“Maafkan aku”. Ucap Andrea serba salah.
“Tak apalah”. Kataku perlahan.
+++
KAMI tiba di zoo seperti mana yang dijangkakan oleh Nik dan kawan - kawannya. Aku melihat Nik, Rash dan Zach yang sporting melayan pelajar - pelajar mereka. Pelajar - pelajar mereka juga seperti kelihatan seronok datang ke sini.
“Mie”.
Aku memandang Andrea yang memegang lenganku.
“Kenapa ni?” Soalku hairan.
“Nik panggil kita. Jomlah”. Aku meleraikan pegangan Andrea tatkala dia bertindak mahu menarik lenganku mengikuti langkahnya.
Nik bukan panggil kami berdua.
Dia sebenarnya memanggil Andrea seorang sahaja. Jadi, biarlah Andrea sahaja yang pergi kepada Nik dan melayani pelajar - pelajarnya. Aku tak mahu jadi penyibuk dalam hubungan mereka.
“Kenapa ni, Mie?” Soal Andrea hairan.
“Aku nak pergi jalan - jalan kat kedai dulu. Kau pergilah pada Nik”. Kataku.
“Aku temankan ya?”
Aku menggeleng.
“Kau pergi aje pada Nik. Aku bukan budak - budak”. Ujarku.
Andrea tampak serba salah.
“Mie…”
“Aku nak jalan - jalan je. Janganlah risau. Nanti aku ikutlah kau”. Pujukku.
Andrea hela nafas.
“Nanti call aku”. Pesannya.
Aku hanya mengangguk sahaja.
Tanpa membuang masa, Andrea terus sahaja berlalu meninggalkanku sendirian. Aku tersenyum nipis.
Baguslah, Andrea sudah jumpa cinta sejati.
Aku harap dia bahagia bersama - sama Nik.
Aku terus sahaja membuka langkah masuk ke arah sebuah kedai kecil yang berdekatan. Aku lihat banyak topi dan pelbagai jenis belon berbentuk haiwan disusun di luar kedai. Comel.
Sedang aku mataku meliar disekeliling kedai tiba - tiba…
Buk!
Tanpa sengaja aku terempuh seseorang sehinggakan dia tersungkur ke belakang. Mujurlah, wanita itu tidak tersembam kerana ada seseorang yang menyambutnya.
“C-cik, saya tak sengaja”. Kalut aku memohon maaf pada wanita itu.
Bibirku melopong melihat wanita itu membalas pandanganku.
Subahannallah, cantik betul wanita itu.
“Tak apa”. Balas wanita itu, lembut.
Tangan lelaki yang memaut pinggangnya dialihkan. Wanita itu tersenyum manis padaku.
Persis bidadari.
“Kau ingat kau siapa nak rempuh kakak sepupu aku?!” Soal lelaki itu garang
Aku mengangkat wajah memandang empunya suara.
Sekali lagi, aku terkelu tatkala melihat Romeo yang berwajah garang merenungku dengan penuh rasa benci.
“Tak perlulah marah. Dia tak sengaja”. Tegur wanita itu lagi.
Oh My Allah…
Kenapa aku perlu berjumpa dengan pujaan hati aku di tempat dan di dalam keadaan yang sebegini? Huwaa, hancus reputasi aku sebagai seorang gadis yang ayu lagikan lemah lembut!